Ahad, 3 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


‘Ambiga jangan fikir kuat’

Posted:

'Ambiga jangan fikir kuat'

'Ambiga jangan fikir kuat'

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


NAJIB Tun Abdul Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi dan Mustapa Mohamed menunjukkan tanda 1Malaysia setelah memotong kek 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh, semalam. – MINGGUAN MALAYSIA/ROSNI MASRI


PASIR PUTEH 2 Julai – "Ambiga jangan fikir kuat sangat." Demikian peringatan keras Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu ini.

Perdana Menteri berkata, majoriti rakyat, termasuk lebih 20,000 yang hadir pada Majlis Bersama Rakyat di padang Sekolah Kebangsaan Sri Aman dekat sini, menentang sebarang tindakan pihak terbabit untuk mencetuskan kekecohan di ibu negara sehingga boleh menjejaskan keamanan dan ekonomi negara.

Katanya, sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, beliau boleh mengarahkan ahli-ahli parti untuk berdepan dengan kumpulan tersebut tetapi tidak berbuat demikian kerana mengambil kira kesan buruk yang mungkin berlaku.

Katanya, jika kacau-bilau berlaku, keadaan itu akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini, tetapi hendak dirosakkan oleh Ambiga.

"Jadi, Ambiga janganlah fikir kuat sangat, kita kenal siapa Ambiga. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita simpan kuku kita dulu, kita jangan hunus keris kita sebab kalau ambo (saya) bagi isyarat, semua boleh pakat-pakat turun.

"Kita jangan (turun), sebab kita tidak mahu ada perbalahan terbuka dalam negara sebab bila ada demonstrasi jalanan, mungkin ada orang yang tidak boleh kawal perasaan, boleh timbul huru-hara dalam negara.

"Kita sudah payah bina negara, pemimpin dulu kerja sampai mati nak bangunkan negara, nak jadi Malaysia negara contoh, pemimpin dulu banyak berjasa sebab itu kita hidup dalam negara aman damai. Tapi Ambiga nak rosakkan ini semua," katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO bahagian, Zawawi Othman.

Menurut Perdana Menteri, matlamat perhimpunan haram itu bukan untuk membersihkan pilihan raya, kerana ternyata Pas boleh memerintah Kelantan lebih 21 tahun dan pembangkang menang di lima negeri pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, keadaan itu menunjukkan demokrasi di negara ini adalah lebih baik dan tidak sama seperti di negara Asia Barat seperti Mesir, di mana parti memerintah memenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun.

Justeru, beliau pelik dengan tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sanggup bersekongkol dengan Ambiga dalam gerakan itu bagi merosakkan keamanan negara.

Ini kerana katanya, Ambiga merupakan orang yang cuba mengganggu-gugat Islam, dan UMNO serta BN mesti menegakkan kebenaran.

"Apa sudah jadi dengan pemimpin Pas," soalnya sambil mengingatkan rakyat dalang paling besar di sebalik perhimpunan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau yang melihat angin perubahan sedang bertiup di Kelantan, menyatakan janji BN untuk membawa pembangunan ke negeri ini sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada parti itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih: Kerajaan tidak takut bertindak

Posted:

Bersih: Kerajaan tidak takut bertindak

Bersih: Kerajaan tidak takut bertindak

MACHANG 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak takut untuk bertindak ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang berkeras mengadakan perhimpunan haram di ibu negara Sabtu ini.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, kerajaan perlu memastikan sebarang tindakan yang diambil adalah secara berhemah bagi mengelak disalah tafsir dan kerajaan atau polis dituduh zalim oleh pihak tertentu yang sememangnya ada niat menggambarkan kerajaan bersikap autokratik serta tidak mengikuti perubahan zaman.

"Dalam kita nak menentukan keamanan dan kesejahteraan atau pun ketenteraman awam, kita mesti tahu bagaimana kuasa yang kita gunakan, ia tidak akan menyebabkan rakyat tidak memahami ataupun tidak menyokong tindakan pihak polis atau kerajaan.

"Kita mesti menggunakan kuasa itu secara berhemah dan dengan menggunakan pertimbangan yang matang sebelum melakukan sesuatu dan rakyat mesti memahami serta menerima bahawa tindakan itu tindakan tepat dan berpatutan," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan The Red Warriors di Sekolah Kebangsaan Machang 1 yang dihadiri oleh lebih 15,000 masyarakat pelbagai kaum di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa; Ketua UMNO bahagian, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Perdana Menteri ditanya tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi menangani perhimpunan haram itu berikutan desakan pelbagai pihak sehingga dibimbangi wujud tanggapan kerajaan takut untuk bertindak.

Sambil menafikan andaian tersebut, Najib sekali lagi menjelaskan, sebarang bentuk tindakan undang-undang yang hendak digunakan mestilah berdasarkan kepada penggunaan yang berhemah supaya kelak tidak ada pihak memberi tafsiran tidak tepat kepada kerajaan dan pihak polis.

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih.

"Kita amat komited kepada itu dan seperti mana yang telah diterangkan berulang kali, pilihan raya yang dulu telah membawa keputusan luar dugaan kepada parti pembangkang sehingga mereka menang di lima buah negeri dan 82 kerusi Parlimen dan Kelantan diperintah 21 tahun oleh Pas.

"Bererti, kalau kita boleh memanipulasi pilihan raya, tentu sekali perkara ini tidak akan berlaku, takkan kita nak serah Kelantan 21 tahun diperintah oleh Pas. Tetapi ada pihak yang akan fokus kepada polis menggunakan kuasa seolah-olah polis menggunakan kuasa secara zalim, keterlaluan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah raikan ahli kelab SS78

Posted:

Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah raikan ahli kelab SS78

Tuanku Mizan, Tuanku Nur Zahirah raikan ahli kelab SS78


TUANKU Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah berkenan bergambar bersama ahli-ahli jawatankuasa sahabat Kelab Sekolah Sultan Sulaiman 1978 (SS78) pada majlis minum petang di Istana Melawati, Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Yang Dipertua Kelab SS78, Ramli Ashari (sembilan dari kiri). – BERNAMA


PUTRAJAYA 2 Julai – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah hari ini berkenan meraikan sahabat Kelab Sekolah Sultan Sulaiman 1978 (SS78) dalam satu majlis minum petang di Istana Melawati di sini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 400 tetamu termasuk bekas pelajar sekolah berkenaan pada tahun 1978 serta tenaga pengajar.

Sebaik ketibaan baginda, lagu sekolah iaitu "Usaha Tekun Jaya" didendangkan.

Baginda juga turut berkenan menyampaikan cenderahati kepada para penderma kelab selain meluangkan masa beramah mesra dengan bekas pelajar. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved