Ahad, 3 Julai 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


'Elakkan berpuak, musuh dalam selimut'

Posted:

'Elakkan berpuak, musuh dalam selimut'

'Elakkan berpuak, musuh dalam selimut'

PEKAN 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengamalan politik fraksi atau berpuak-puak dalam parti umpama musuh dalam selimut yang boleh menghalang UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada pilihan raya.

Tegas Perdana Menteri, penyakit itu jika berjaya dibendung akan menyaksikan UMNO dan BN mampu mencipta kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, amalan yang bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri itu perlu dielakkan, sebaliknya meletakkan kepentingan parti terlebih dahulu, mengatasi kepentingan peribadi dan kepentingan tertentu.

"Saya mengambil analogi kekalahan pasukan bola sepak Kelantan kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini apabila ada pemain Kelantan menjaringkan gol sendiri di saat akhir.

"Bayangkan dalam konteks politik jika ada ahli (bertindak) seperti itu, sudah tentu ia memberi kesan kepada parti kita," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, amalan berpuak-puak didapati wujud dalam parti apabila berlaku pemilihan parti sama ada di peringkat cawangan atau bahagian.

"Ia juga berlaku apabila ada pemimpin yang tidak dipilih menjadi calon pada pilihan raya. Calon yang dipilih tidak akan disokong oleh puak lain.

"Kalau kita mahu menang, ketepikan soal peribadi dan utamakan parti, insya-Allah UMNO dan BN akan terus relevan di hati rakyat," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Beliau mengingatkan 'tragedi' pada pilihan raya umum lalu perlu dijadikan iktibar supaya kesilapan dan kelemahan yang ada diperbaiki demi memperkukuhkan parti.

Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, amalan berpuak-puak tidak hanya berlaku dalam UMNO tetapi turut melibatkan parti pembangkang.

Bagaimanapun tambah beliau, amalan berpuak-puak itu tidak menjejaskan prestasi sesebuah parti jika ia dapat dikawal sepenuhnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hanya letak calon boleh menang

Posted:

Hanya letak calon boleh menang

Hanya letak calon boleh menang

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Mustapa Mohamed melancarkan program Empower Jeli di Jeli, semalam. Turut sama Jebasingam Issace John. - BERNAMA


JELI 3 Julai - UMNO Kelantan akan meletakkan calon yang mampu memberi kemenangan termasuk mereka yang tidak mempunyai kedudukan dalam parti bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, faktor calon memainkan peranan penting dan mereka yang berwibawa sahaja layak diletakkan untuk mewakili Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, perkara itu perlu diberi perhatian serius kerana rakyat Kelantan sudah mula menunjukkan perubahan sikap dan ia terbukti apabila lebih 50,000 menyambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada lawatan kerja sehari beliau ke negeri ini semalam.

"Perdana Menteri sudah ingatkan bahawa calon yang boleh menang sahaja akan diletakkan mewakili BN, jadi saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri akan menyarankan orang yang boleh menang, bukan sahaja yang dalam hierarki parti, tetapi mereka yang disenangi rakyat, tidak kira individu atau tokoh tertentu.

"Memang benar kita tidak boleh sahaja melihat pada program atau kedudukan, yang penting ialah tokoh berwibawa dan mampu meraih sokongan supaya kita boleh beri perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya selepas melancarkan program Empower Jeli di Dewan Majlis Daerah, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Empower Jeli merupakan program pembangunan modal insan yang diperkenalkan oleh ECERDC untuk mempertingkat serta memperkasakan masyarakat yang seimbang dan seiring dengan matlamat gagasan 1Malaysia.

Program tersebut terbahagi kepada dua komponen iaitu kelas tuisyen untuk 700 pelajar yang akan menduduki peperiksaan dan kelas kemahiran yang kini disertai oleh 500 orang sejak ia mula diperkenalkan pada April lalu.

Mengulas mengenai lawatan Perdana Menteri semalam, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kehadiran begitu ramai rakyat pada setiap program yang dihadiri Najib membuktikan bahawa usaha yang dilakukan oleh UMNO selama ini telah diterima rakyat.

"Jelas sudah ada perubahan yang ketara. Kalau dulu pemimpin datang sambutan agak dingin, tidak ramai sangat, sekarang jumlah yang datang lebih 50,000 dalam tiga pertemuan dengan rakyat.

"Saya amat bersyukur kerana kerja-kerja kita telah menampakkan hasil walaupun ada pihak mendakwa kita zalim dan menyekat peruntukan untuk Kelantan. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved