Ahad, 3 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perhimpunan Bersih kotor

Posted:

Perhimpunan Bersih kotor

Perhimpunan Bersih kotor

Oleh HAMDEN RAMLI dan KHAIRUL ABIDIN NUAR
utusanperak@utusan.com.my

TAIPING 2 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak menunjukkan simpati terhadap penganjuran perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini kerana ia boleh menghancurkan negara.

Sebaliknya, beliau menegaskan, rakyat perlu mengutuk sekeras-kerasnya gerakan tidak bertanggungjawab itu.

"Ini bukan perhimpunan bersih tetapi perhimpunan kotor. Mereka mahu menggantikan demokrasi berparlimen dengan demokrasi jalanan," katanya ketika berucap pada Majlis Turun Padang Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Kaya di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 masing-masing kepada sebuah surau dan tokong di Taman Kaya serta RM500,000 untuk penambahbaikan Pasar Awam Taman Kaya.

Beliau turut menyampaikan geran tanah untuk Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Salak Baru, Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Aulong Baru Tambahan, RPT Simpang Halt dan RPT Teratai Tambahan.

Terdahulu, Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perak melakukan tinjauan mesra ke Kampung Baru Pokok Assam dan mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Peniaga Pasar Awam Taman Kaya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Muhyiddin berkata, perhimpunan haram Bersih tersebut tidak mendatangkan faedah tetapi bakal menjejaskan ekonomi dan aliran pelaburan negara serta menggugat keharmonian hidup rakyat di negara ini.

Selain itu tegas beliau, kekacauan yang dijangka timbul daripada perhimpunan tersebut mungkin akan dijadikan alasan oleh kuasa besar asing untuk campur tangan dalam soal dalam negara.

"Pengalaman negara lain harus menjadi iktibar kepada kita. Lihatlah di Asia Barat bagaimana kuasa asing campur tangan kononnya untuk membantu menyelesaikan keadaan huru hara di negara berkenaan," ujarnya.

Mengulas mengenai perhimpunan yang diadakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) semalam, Muhyiddin berkata, ia berlaku kerana ada pihak menyokong dan menentang cadangan perhimpunan haram itu.

"Sebab itu kita mahu elak perhimpunan Bersih daripada diadakan dan ini juga rasional mengapa pihak berkuasa perlu bertindak tegas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Muhyiddin ulangi jaminan subsidi padi dikekalkan

Posted:

Muhyiddin ulangi jaminan subsidi padi dikekalkan

Muhyiddin ulangi jaminan subsidi padi dikekalkan


Muhyiddin Yassin berdialog dengan para pesawah dan penduduk di Kampung Parit Haji Kassim, Alor Pongsu, Bagan Serai bagi menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat sempena lawatan kerja sehari ke Perak, semalam. - BERNAMA


BAGAN SERAI 2 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi jaminan subsidi tanaman padi akan dikekalkan, walaupun kerajaan kini sedang melaksanakan proses rasionalisasi yang menyebabkan beberapa subsidi lain terpaksa di kurangkan.

Beliau berkata, selagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah, subsidi akan terus diberikan bagi membantu pesawah memajukan industri padi negara.

"Mungkin kita terpaksa mengurang atau mengeluarkan subsidi-subsidi lain seperti rasionalisasi subsidi minyak tetapi subsidi tanaman padi akan dikekalkan kerana tanaman itu sangat penting untuk negara.

"Dasar kita adalah untuk menghasilkan 70 peratus padi bagi menampung keperluan negara manakala baki 30 peratus diimport," katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Dataran Alor Pongsu dekat sini hari ini.

Pada majlis itu beliau mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan daerah ini dan RM250,000 bagi membaiki Masjid Jamek Al-Ridzwan, Alor Pongsu dekat sini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri menunaikan solat zuhur di masjid tersebut sebelum melawat kawasan sawah padi di Kampung Parit Haji Kassim dan mengadakan perjumpaan bersama pesawah padi sekitar daerah ini.

Pada perjumpaan itu, Muhyiddin menjelaskan kajian mendalamkan Tasik Bukit Merah bagi mengawal banjir serta mengatasi masalah air tidak mencukupi untuk tanaman padi, dijangka siap akhir tahun ini.

Katanya, berdasarkan laporan awal juru perunding, sebanyak RM300 juta diperlukan bagi mendalamkan tasik berkenaan.

"Saya akan bawa cadangan ini ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk mendapatkan kelulusan," katanya.

Muhyiddin turut mencadangkan petani di sini melaksanakan projek tanaman padi secara estet bagi membolehkan teknologi moden digunakan untuk meningkatkan hasil padi.

Beliau berkata, selain memajukan industri padi, kaedah itu dijangka mampu menarik generasi muda terlibat dalam bidang tersebut dan mengatasi masalah sawah terbiar.

"Dengan cara ini, petani juga boleh melakukan kerja lain dan tidak hanya melakukan kerja di sawah, sekali gus meningkatkan pendapatan pesawah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM lulus RM500,000 naik taraf masjid

Posted:

PM lulus RM500,000 naik taraf masjid

PM lulus RM500,000 naik taraf masjid

PASIR PUTEH 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan segera peruntukan sebanyak RM500,00 untuk menaik taraf Masjid Mukim Pulau Lima dekat sini berikutan pertambahan bilangan jemaah.

Kelulusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri selepas beliau dan rombongan yang dalam rangka lawatan sehari ke Kelantan, selesai menunaikan solat zuhur di masjid itu.

"Insya-Allah kita lulus permohonan ini demi keperluan rakyat khususnya penduduk di mukim ini untuk berjemaah dengan selesa," katanya selepas menerima permohonan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Pulai Lima, Abdullah Hasaan.

Sebelum itu, Imam Muda masjid berkenaan, Arifin Mohamad selepas mengimamkan solat, merayu kepada Perdana Menteri supaya kerajaan Pusat meluluskan permohonan itu memandangkan kesesakan sering berlaku pada setiap hari Jumaat serta semasa solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Arifin berkata, peruntukan itu membolehkan pengurusan masjid menggantikan atap yang uzur di samping membina bangunan tambahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved