Ahad, 3 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis mampu bendung Bersih

Posted:

Polis mampu bendung Bersih

Polis mampu bendung Bersih

Oleh Ain Safre Bidin
perakutusan@utusan.com.my

HUTAN MELINTANG 3 Julai - Angkatan Tentera Malaysia yakin dengan kemampuan polis melaksanakan tugas dan menguatkuasakan undang-undang bagi membendung perhimpunan haram Bersih pada Sabtu ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini ATM hanya menjadi pemerhati dalam isu itu dan bersedia membantu polis jika diperlukan.

Menurutnya, pihak tentera hanya akan bertindak sepenuhnya apabila undang-undang darurat diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Tindakan polis harus dilihat sebagai profesional kerana mereka menjalankan tugas dalam usaha menwujudkan keamanan di negara ini," katanya selepas merasmikan pembukaan Restoran Mydin Kari Kepala Ikan di sini semalam.

Menurut Ahmad Zahid, polis boleh menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan mana-mana perancang perhimpunan haram Bersih.

"Saya percaya ini merupakan satu tindakan undang-undang yang telah difikirkan secara mendalam oleh polis.

"Apa yang dilakukan pihak polis bukan sahaja untuk menjaga ketenteraman awam tetapi juga bagi mengelakkan perhimpunan itu menggugatkan keselamatan dan kestabilan negara," ujarnya.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak campur tangan dalam tindakan yang dilakukan polis dan rakyat perlu menghormati tindakan pihak berkuasa itu yang berlandaskan undang-undang negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis mula sekatan jalan halang Bersih

Posted:

Polis mula sekatan jalan halang Bersih

Polis mula sekatan jalan halang Bersih

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 3 Julai - Polis telah mula mengadakan sekatan-sekatan di beberapa jalan utama di ibu negara sebagai pencegahan awal dan strategi bagi menghalang perhimpunan haram Bersih, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, semua warga kota dan penduduk berhampiran diminta bersabar kerana tindakan itu sudah pasti menyusahkan mereka.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut strategi polis itu termasuk lokasi-lokasi sekatan diadakan.

"Kita terpaksa adakan sekatan dan pelbagai lagi cara yang pastinya akan menyusahkan pelbagai pihak pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar pada Program Keselamatan Kanak-kanak dilancarkan Kumpulan Perbankan RHB di Pusat Beli-belah Sunway Piramid, di sini hari ini.

Khalid seterusnya menasihatkan orang ramai tidak berada di lokasi tumpuan perhimpunan haram Bersih bagi mengelakkan mereka turut sama ditahan.

Katanya, sebaliknya golongan itu diminta agar ke tempat yang lebih selamat seperti pusat-pusat beli-belah di luar ibu negara.

"Kami tidak mahu salah tangkap mereka yang tidak berkenaan, hanya kerana mereka berada di situ. Oleh itu saya menasihati supaya mereka tidak ke sana kerana itu adalah perhimpunan haram.

"Lebih baik anda bersama keluarga atau bersantai di pusat beli-belah pada hari itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan tindakan tegas akan turut dikenakan kepada semua ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta UMNO yang dijangka mengadakan perhimpunan pada tarikh sama.

"Kita akan mengambil tindakan meskipun kepada mereka yang berada di pihak kerajaan. Ini kerana polis telah memanggil mereka untuk diberi nasihat agar tidak mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved