Ahad, 3 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pinjam buku melalui U-Pustaka

Posted:

Pinjam buku melalui U-Pustaka

Pinjam buku melalui U-Pustaka

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 3 Julai - Masyarakat luar bandar tidak perlu bersusah payah ke perpustakaan mencari bahan bacaan yang diinginkan sebaliknya boleh membuat tempahan dengan menggunakan sistem U-Pustaka.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat Perbadanan Perpustakaan Pahang, Maria Hamzah berkata, orang ramai terutama di luar bandar yang boleh akses kepada Internet boleh membuat pendaftaran di www.u-pustaka.gov.my dan mencari bahan bacaan yang diinginkan.

Menurutnya, setelah membuat tempahan bahan bacaan itu, mereka hanya menunggu di rumah kerana pihak perpustakaan akan menghantarnya melalui Pos Laju.

''Kemudahan mendapatkan bahan bacaan kini sangat mudah dan tidak ada alasan untuk masyarakat tidak membaca. Setakat ini, seramai lebih 1,000 ahli mendaftar dengan U-Pustaka.

''Kita akan terus melaksanakan pelbagai program untuk memberitahu orang ramai kemudahan menggunakan U-Pustaka itu yang sangat mudah dan membolehkan mereka menempah tiga buku dalam tempoh 30 hari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah U-Pustaka peringkat daerah di Perpustakaan Awam Temerloh di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Perpustakaan Awam daerah, Zalina Ahmad.

Maria berkata, pengguna yang ingin memulangkan buku yang dipinjam melalui U-Pustaka boleh berbuat demikian dengan beberapa cara.

Menurutnya, pengguna boleh memulangkan buku itu dengan menggunakan khidmat pos laju atau menghantar buku itu ke bookdrop atau gelongsor buku yang disediakan di premis atau luar premis perpustakaan.

''Gelongsor buku ini bukan sahaja ada di perpustakaan malah, pengguna boleh menggunakan khidmat gelongsor buku ini di negeri lain yang menyediakan khidmat ini.

''Jadi, mereka tiada masalah untuk memulangkan buku yang dipinjam itu. Oleh itu, kami harap orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan atas talian ini untuk mencari bahan ilmiah yang diinginkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM500,000 baik pulih rumah di Bera

Posted:

RM500,000 baik pulih rumah di Bera

RM500,000 baik pulih rumah di Bera

BERA 3 Julai - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih 100 kediaman orang miskin menerusi program membaiki rumah uzur dan usang di seluruh daerah ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rumah yang dipilih itu akan diperbaiki secara gotong-royong yang dilakukan bersama anggota tentera, penduduk kampung dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, kerajaan akan terus membantu penduduk miskin termasuk anak yatim, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dapat memiliki rumah yang lebih baik menerusi dana khas yang disediakan.

"Kerajaan tidak bercakap kosong dan tetap menunaikan janji-janji yang dibuat walaupun adakalanya lewat sedikit disebabkan masalah teknikal.

"Pemberian pelbagai subsidi membabitkan berbilion ringgit setiap tahun merupakan tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan rakyat menanggung beban perbelanjaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai gotong-royong membaiki rumah warga emas, Zubaidah Hamid, 68, di Kampung Belakang Masjid di sini semalam.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Tambah beliau, rakyat negara ini masih bernasib baik apabila kerajaan sanggup memberikan subsidi berbanding di beberapa negara lain yang terpaksa menanggung beban akibat harga barang yang melambung.

Beliau memberitahu, kerajaan boleh membiarkan harga barang naik dan tidak memberi subsidi tetapi rakyat akan menjadi sengsara yang akhirnya membawa ketidakstabilan politik dan kekacauan seperti yang berlaku di sesetengah negara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji-janji retorik pembangkang yang seronok didengar tetapi tidak mampu dilaksanakan.

"Mereka hanya berjanji untuk meraih sokongan pilihan raya tetapi apabila berkuasa di beberapa negeri, mereka tidak mampu melaksanakan kerana pada ketika janji itu di buat pada pilihan raya lalu, mereka sendiri tidak jangka boleh menang.

"Berdasarkan pengalaman rakyat di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang, kita perlu sedar bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membela dan melaksanakan konsep negara kebajikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

500 murid SMK Jengka 18 sertai 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Posted:

500 murid SMK Jengka 18 sertai 1Murid 1Sukan 1Malaysia

500 murid SMK Jengka 18 sertai 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Sebahagian guru dan pelajar menunjukkan tanda satu sebelum memulakan larian mengelilingi tanah rancangan Felda Jengka 18 sejauh dua kilometer di Maran, kelmarin.


MARAN 3 Julai - Seramai 500 murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 di sini menyertai larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia semalam.

Larian bermula pukul 7.45 pagi itu diketuai Pengetuanya, Saimah Hassan dengan jarak sejauh satu kilometer mengelilingi kawasan Felda Seroja Jengka 18.

Sebelum larian, Saimah membaca perutusan khas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menekankan bahawa sukan adalah platform dalam pembentukan sahsiah murid-murid.

Larian sempena majlis pelancaran 1Murid 1Sukan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Dataran Perbandaran di Taiping, Perak semalam.

Selain penyertaan pelajar, guru dan ibu bapa, larian berkenaan turut berlangsung serentak di 28 institut Pendidikan guru Malaysia (IPGM) dan 15 kolej matrikulasi seluruh negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved