Ahad, 3 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Festival Muzik KL 2011 lebih meriah

Posted:

Festival Muzik KL 2011 lebih meriah

Festival Muzik KL 2011 lebih meriah

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


Persembahan kebudayaan kaum etnik tidak dipinggirkan dalam FMKL 2011.


KUALA LUMPUR 3 Julai – Dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kesenian bertaraf antarabangsa, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menganjurkan Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) sepanjang Julai ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

FMKL pada tahun ini merupakan penganjuran kali ketujuhnya sejak 2005. Sejak kali pertama diadakan, FMKL berjaya menarik hampir 30,800 pengunjung serta peminat seni muzik tanah air dan negara-negara jiran.

Penganjuran pada tahun ini pula merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan menjadi antara sorotan utama sebagai pembuka tirai Festival Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata, tema festival tersebut pada tahun ini adalah Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari yang akan mengimbas kembali perkembangan dunia muzik tanah air dan menggabungkan pemuzik baharu serta lama.

Katanya, walaupun tema pada penganjuran kali ini adalah berbeza dengan tema-tema tahun sebelumnya iaitu 'Muzik Tanpa Sempadan', matlamatnya masih sama iaitu menyediakan ruang dan peluang kepada pemuzik serta penghibur tanah air menyerlahkan kehebatan masing-masing.

"Sepanjang sebulan festival ini berlangsung, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh agensi kerajaan dan swasta dalam bentuk seni persembahan, seni visual, bahasa dan persuratan, warisan, permainan tradisi, rekreasi dan pelancongan serta program-program berbentuk keilmuan.

"Kami akan menampilkan beberapa kelainan pada penganjuran kali ini bagi membolehkan lebih ramai karyawan dan pencinta muzik tanah air mendapat peluang lebih luas. Ia selari dengan tema penganjuran pada tahun ini.

"Festival kali ini akan memberi imbasan kepada pembangunan industri muzik negara yang telah banyak menerima pembaharuan mengikut arus pemodenan dunia hiburan.

''Bagaimanapun, dalam mengejar pembangunan dunia muzik pada zaman ini, 'unsur lama' tidak akan dilupakan, malah 'dihidupkan' semula dengan elemen muzik baharu yang akan membuai rasa pada festival itu nanti," katanya pada sidang akhbar FMKL 2011 baru-baru ini.

JKKN merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab mengendalikan program-program serta aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Antara penggiat industri muzik yang akan menyemarakkan festival itu ialah Datuk M. Daud Kilau; Datuk Khatijah Ibrahim; Jaclyn Victor; Dayang Nurfaizah; One Nation Emcees; Aizat; Najwa Mahiaddin; Azlan & The Typewriter; Suki Low serta barisan kumpulan indie seperti Tilu; Father Father; Fauziah Gambus & Band; House of 5; Ayu Jazzrin; Johnny Comes Lately; Asfar Alias dan Cynosure.

Program-program yang akan berlangsung sepanjang FMKL 2011 merangkumi Konsert Utama, Konsert Terbuka @Laman Beringin, pertandingan, seminar muzik dan jualan serta pameran produk muzik.

Selain itu, terdapat juga program serta persembahan teater, opera dan tarian-tarian tradisional yang unik di negara ini.

Festival pada kali ini juga akan menekankan pendekatan untuk menyemarakkan muzik di kalangan generasi muda apabila pelbagai 'genre' muzik yang menjadi kegilaan golongan itu turut diketengahkan.

Konsert Utama pada 1 hingga 3 Julai berjaya mengembalikan nostalgia muzik klasik dan dalam masa yang sama meraikan muzik kontemporari di atas satu pentas. Penampilan artis-artis veteran sehinggalah yang baharu menepati tema persembahan muzik klasik kontemporari yang diketengahkan tahun ini.


MENDIDIK pelapis dititikberatkan dalam menghidupkan seni budaya tradisional.


Berdasarkan kepada barisan artis yang terpilih dan muzik iringan daripada kumpulan Malaysian All Stars serta Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Aubrey Suwito, FMKL 2011 pastinya menjanjikan kelainan berbanding konsert-konsert lain sebelum ini.

Konsert Laman Beringin pula akan menjadi medium kepada bakat-bakat baru mengetengahkan diri mereka. Konsert tersebut menampilkan tiga tema utama iaitu 'Bintang IPT', Unplugged dan Indie di mana ia akan berlangsung sebelum konsert utama.

Begitu juga bagi slot Pertandingan @Laman Beringin yang meliputi Pertandingan Akustika Gitar Gempaq, KL Got Talent dan Kompang Challenge yang pastinya akan memeriahkan serta memberi impak baru kepada suasana festival di Istana Budaya itu.

Slot Seminar Muzik yang berlangsung pada 2 Julai di Auditorium Balai Seni Lukis Negara pula menampilkan tokoh-tokoh penceramah dalam bidang muzik seperti Fauzi Marzuki (Bagaimana menghasilkan karya hebat); Norman Abd. Halim (Pemasaran Muzik); Ong Peng Chu (Muzik dan Masyarakat) dan Ayob Irahim (Kerjaya Prospek Muzik Tradisional).

Yuran Pendaftaran seminar hanya RM50 bagi pelajar manakala RM80 untuk orang awam. Seminar selama sehari itu bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Sementara itu, Norliza berkata, selain daripada aktiviti-aktiviti yang direncanakan oleh pihaknya, beberapa program serta aktiviti muzik turut dianjurkan oleh beberapa agensi lain bersempena FMKL 2011.

Antara yang terlibat adalah Menara Kuala Lumpur; Dewan Filharmonik Petronas; Yamaha Music; Pusat Persembahan Seni Kuala Lumpur; Pesuruhjaya Tinggi India; Akademi Broadway; Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL); Jabatan Penyiaran dan Kementerian Pelajaran.

"Kami juga menghargai usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan untuk menjayakan program-program yang telah direncanakan.

''Semoga gandingan dan kerjasama sebegini akan berlanjutan dalam semua aktiviti pembangunan seni dan budaya supaya pembentukan komuniti 1Malaysia menerusi muzik mendapat sokongan semua pihak," jelasnya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Festival Muzik KL melalui laman sesawang rasmi, http://www.klfestival.org.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved