Sabtu, 2 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bantah Hillary sokong Israel

Posted:

Bantah Hillary sokong Israel

Bantah Hillary sokong Israel

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Julai – Misi flotila antarabangsa terus menerima ancaman daripada rejim Tel Aviv dan kali ini, para aktivis pro-Palestin diugut untuk disumbatkan ke dalam penjara yang kononnya dikosongkan untuk menempatkan mereka di dua lokasi di Israel.

Para aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia kini bimbang dengan khabar angin bahawa tentera rejim tersebut akan menyerang kapal mereka pada bila-bila masa seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar di Greece.

Perkara tersebut diceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sedang menyertai misi tersebut kepada Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid melalui panggilan telefon hari ini.

"Dakwaan kononnya kapal misi bantuan sukarelawan Malaysia yang kini tersadai di Pelabuhan Corfu, Greece bermotifkan ketenteraan hanyalah perspektif yang sengaja diwujudkan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi sekutunya, Israel," kata Megat Firdouz kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun jelas beliau, segala tohmahan tersebut tidak memadamkan semangat para aktivis untuk meneruskan misi murni itu dan semangat mereka kini lebih berkobar-kobar untuk meneruskan misi tersebut.

Beliau turut mengutuk kenyataan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang menyifatkan misi kemanusiaan oleh aktivis pro-Palestin sebagai tindakan provokasi terhadap Israel.

Katanya, tindakan Hillary itu seolah-olah memberi kebenaran kepada rejim Zionis untuk mengenakan tindakan ketenteraan dan mengancam keselamatan sekumpulan 600 aktivis atas alasan 'mempertahankan diri'.

Sehubungan itu, ujarnya, kira-kira 550 wakil dari Pemuda UMNO, Dewan Pemuda Pas dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan AS di sini bagi mengutuk kenyataan Hillary tersebut.

Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Setiausaha Dua (Bahagian Politik) Kedutaan Amerika Syarikat, Gregory Chapman kira-kira pukul 2.30 petang ini.

"Amerika Syarikat perlu menggesa sekutunya itu (Israel) memberi laluan kepada kapal itu bagi meneruskan misi kemanusiaan kerana ia melibatkan isu keamanan sejagat," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelbagai pihak bantah Bersih di seluruh negara

Posted:

Pelbagai pihak bantah Bersih di seluruh negara

Pelbagai pihak bantah Bersih di seluruh negara

KUALA LUMPUR 1 Julai - Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai ini terus mendapat bantahan daripada pelbagai pihak di seluruh negara.

Di KANGAR, seramai 372 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negeri mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Bersih yang masih berdegil mahu menganjurkan perhimpunan haram pada Sabtu ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang juga Pengerusi Majlis JKKK Perlis turut menyifatkan tindakan Bersih itu bertujuan menjatuhkan pemerintahan kerajaan secara kekerasan.

"Kita juga bimbang ada pihak yang cuba menyebarkan fahaman komunis dalam perhimpunan tersebut terutama daripada pihak pembangkang semata-mata untuk kepentingan peribadi masing-masing," katanya yang mengetuai bantahan itu di sini, malam tadi.

Di ALOR SETAR pula, kira-kira 300 ahli Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) berhimpun secara aman di hadapan Masjid Zahir di sini hari ini bagi membantah perhimpunan haram tersebut.

Presiden MBNK, Ku Iskandar Ku Saad berkata, pihaknya mewakili para belia negeri ini membantah sebarang perhimpunan haram yang dirancang diadakan di negara ini.

"Kami turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar bagi menyatakan pendirian kami menolak sebarang cubaan untuk menghuru-harakan negara dan tidak menggalakkan belia di Kedah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini kerana dikhuatiri terjebak dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Sementara itu, di KUANTAN, seramai 30 ahli Kelab Pemuda Bersatu Kuantan (KPBK) berhimpun di hadapan pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Jalan Beserah dekat sini bagi membantah perhimpunan tersebut.

Di PULAU PINANG pula, kira-kira 40 ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bayan Baru pagi ini membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru.

Laporan yang diketuai oleh Ros Suryati Alang itu dibuat bagi membantah penganjuran perhimpunan jalanan tersebut yang disifatkan sia-sia dan hanya akan membawa keburukan.

Sementara itu di KLUANG, Johor, kira-kira 150 orang daripada 32 NGO berhimpun secara aman di hadapan Masjid Jamek di daerah itu hari ini bagi membantah perhimpunan haram berkenaan.

Mereka berhimpun di Masjid Jamek di sini kira-kira 3.30 petang sebelum berarak ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membuat laporan pada pukul 3.45 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan besar-besaran NGO

Posted:

Perhimpunan besar-besaran NGO

Perhimpunan besar-besaran NGO

PULAU PINANG 1 Julai - Lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini akan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran, Jumaat depan sebagai tindak balas sekiranya penganjur perhimpunan haram Bersih tetap berdegil meneruskan hasrat mereka pada 9 Julai ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang, Datuk Ahmad Saad berkata, perhimpunan secara besar-besaran itu akan diadakan di beberapa tempat tumpuan umum di negeri ini termasuk Jambatan Pulau Pinang.

Bagaimanapun tegas Ahmad, tindakan tersebut hanya akan diambil sekiranya penganjur Bersih masih berdegil meneruskan rancangan mereka.

"Saya mewakili lebih 10 NGO di negeri ini merayu supaya perhimpunan Bersih dibatalkan kerana ia hanya akan membawa kepada keadaan huru-hara kepada negara serta menggugat perpaduan rakyat yang terjalin sekian lama," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, jika penganjur Bersih masih berdegil, pihaknya memberi amaran akan mengadakan perhimpunan yang sama sehari sebelum itu untuk menunjukkan rasa tidak setuju mereka.

"Kita tengok apa akan jadi pada ekonomi, rakyat dan negeri ini bila perhimpunan diadakan di sini nanti. Biar semua tidak boleh masuk, tidak boleh keluar. Semua akan susah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved