Selasa, 11 Mac 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


India sertai misi mencari dan menyelamat MH370

Posted: 11 Mar 2014 06:48 PM PDT

NEW DELHI 12 Mac - Kapal Tentera Laut India yang membuat rondaan di Selat Melaka menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lepas.

Satelit Tentera Laut India Rukmini atau GSAT-7 juga diaktifkan untuk merekodkan apa-apa petunjuk yang boleh membawa kepada penemuan pesawat yang hilang itu, lapor Media India.

Operasi SAR memasuki hari kelima hari ini.

Lebih 40 kapal dan 26 pesawat dari pelbagai negara menyertai operasi SAR selepas pesawat itu hilang secara misteri daripada radar pada 8 Mac.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk lima warganegara India dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - BERNAMA

Tidak boleh tolak kemungkinan pengganas - CIA

Posted: 11 Mar 2014 03:51 PM PDT

WASHINGTON 12 Mac - Pengarah Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA), John Brennan semalam berkata, pegawai perisik tidak boleh menolak kemungkinan kegiatan pengganas sebagai faktor kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang berlaku Sabtu lalu.

Anda tidak boleh menolak sebarang teori berkenaan kejadian itu," katanya dalam satu sidang akhbar, di sini.

Sebelum ini, agensi polis antarabangsa (Interpol) menolak kaitan kejadian kehilangan pesawat itu dengan aktiviti pengganas. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved