Selasa, 11 Mac 2014

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Dua sektor baharu di Kulaijaya

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin berbasikal semasa melakukan lawatan kerja di Kampung Sri Gunung Pulai, Kulaijaya, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

KULAIJAYA 10 Mac - Kerajaan negeri akan membangunkan sektor penjagaan kesihatan dan pemprosesan makanan di daerah ini dalam usaha meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedua-dua sektor baharu itu berpotensi tinggi untuk dibangunkan berdasarkan kekuatan dan sumber yang terdapat di daerah ini.

"Daerah Kulaijaya sebelum ini amat dikenali dengan sektor pembuatan serta pelancongannya dan menerusi pelan pertumbuhan strategik ekonomi yang diperkenalkan kerajaan negeri, kita lihat sektor penjagaan kesihatan dan pemprosesan makanan juga berpotensi dimajukan.

"Kita berharap usaha yang dilakukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi ekonomi khususnya di daerah ini, malah penduduk setempat turut mendapat manfaat menerusi penglibatan mereka dalam kedua-dua sektor berkenaan," katanya sempena lawatan kerja di Kampung Sri Gunung Pulai di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Pegawai Daerah Kulaijaya, Mohd. Halim Hasbullah.

Mohamed Khaled turut meminta IRDA membuat kajian terhadap pembangunan di daerah ini yang merupakan sebahagian daripada kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, kajian menerusi Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia yang sedang dijalankan IRDA bagi kali kedua itu antara lain mahu melihat sejauh mana pembangunan yang dijalankan mampu memberi impak kepada sosioekonomi penduduk setempat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar memaklumkan, kerajaan negeri telah meminta Jabatan Hutan untuk membuat kajian tentang cadangan membuka semula Hutan Lipur Gunung Pulai 1 yang ditutup sebelum ini.

Bagaimanapun, perkara itu memerlukan kajian mendalam termasuk aspek keselamatan pengunjung sebelum sebarang keputusan dibuat kelak.

Lima pemimpin MCA angkat sumpah Ahli Majlis MPJBT

Posted: 10 Mar 2014 11:53 AM PDT

ENAM Ahli Majlis MPJBT yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Salehuddin Hassan di Dewan Mesyuarat MPJBT, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 10 Mac - Seramai lima ahli MCA semalam mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

Yang Dipertua MPJBT, Salehuddin Hassan berkata, selain lima ahli MCA itu, seorang ahli UMNO turut mengangkat sumpah bagi tempoh perkhidmatan bermula Februari lalu hingga Disember 2015.

Menurutnya, dengan pertambahan enam ahli itu, jumlah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan berkenaan kini seramai 21 orang dan tinggal tiga kekosongan lagi sebelum mencapai kuota maksimum .

"Kita masih menunggu tiga lagi Ahli Majlis iaitu dua daripada MCA dan seorang ahli UMNO untuk mengangkat sumpah bagi memegang amanah itu. Perkara ini kita harap dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

"Hari ini merupakan kali ketiga majlis angkat sumpah Ahli Majlis MPJBT diadakan dan bakinya diharap dapat dijalankan tidak lama lagi," katanya selepas Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis MPJBT.

Mereka yang mengangkat sumpah ialah Abdul Aziz Abdullah, 58; Ng Yew Aik, 49; Lim Soon Hai, 45; Tan Tuan Peng, 40 dan Leong Kwai Seng, 46, yang diketuai oleh Er Siau Kheng, 54, selaku Timbalan Ketua Whip MPJBT yang baharu.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Salehuddin dan disaksikan Setiausahanya, Farizal Ismail serta Ketua Whip, Samat Atan.

Dalam pada itu, Salehuddin berkata, Ahli Majlis mempunyai peranan penting sekali gus diharap dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada kawasan yang diwakili mereka dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat.

"Saya yakin dan percaya barisan yang dilantik ini dapat memberikan perkhidmatan yang baik untuk memperjuangkan nasib penduduk setempat meskipun bayaran yang diterima tidak seberapa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved