Selasa, 11 Mac 2014

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Simpan memori lama

Posted: 10 Mar 2014 09:22 PM PDT

KATA orang, kita mungkin terlupa akan tarikh dan bilakah sesuatu peristiwa berlaku, namun kita tidak mungkin akan terlupa dengan memori indah yang tercipta antara anda berdua dengan pasangan.

Terlalu banyak rakaman kenangan yang boleh anda abadikan kini, biarpun menerusi rakaman lensa kamera, kad-kad ucapan selamat, hadiah, rakaman video dan sebagainya.

Terdapat sesetengah pasangan yang semasa bercinta dahulu banyak menerima hadiah atau pemberian daripada orang tersayang, namun setelah mereka ke alam rumah tangga, memandangkan kesibukan keluarga dan kerjaya menyebabkan mereka melupakan terus barang-barang tersebut dengan membuangnya.

Bagi mereka barang-barang lama hasil percintaan dahulu bagi mereka hanya akan menyebabkan ruang di rumah menjadi semakin sempit begitu juga untuk menguruskannya kerana sudah berhabuk.

Barang-barang yang mudah rosak dan busuk, sudah pasti tidak akan dapat disimpan lama, tetapi bagi barangan yang boleh disimpan, pasangan sepatutnya mengambil inisiatif untuk menyimpan barangan berkenaan memandangkan barang-barang ini boleh memberi idea dan kenangan yang sudan tentu tidak ternilai harganya.

Bukan itu sahaja dinasihatkan album-album lama kenangan dahulu bukan sahaja ketika anda bercinta malah selepas anda mendapat anak-anak kecil, perlu disimpan sebaik mungkin sebagai satu memori yang indah apabila dilihat kembali satu hari nanti.

Tip menyimpan barangan lama

Sekiranya anda mempunyai gambar-gambar rakaman kamera lama yang cepat kuning kertasnya dinasihatkan menyimpannya di dalam plastik yang kedap udara.

Gambar-gambar yang mempunyai album, masukkan ke dalam album dan disusun dengan baik.

Bagi barangan letakkan di dalam satu atau dua kotak yang indah mengikut kesesuaian saiz dan letakkan di satu sudut di bilik atau di satu tempat yang istimewa untuk anda.

Kegunaannya

Barangan lama menyimpan sejarah yang bukan sedikit. Kenangan yang terumpil sewaktu anda duduk-duduk berdua bersama pasangan sambil membelek rakaman gambar-gambar lama mahupun melihat barangan-barangan yang anda berikan kepada pasangan anda dahulu merupakan satu khazanah yang amat terindah.

Bila waktu melihat produk memori

Semua masa sesuai sebenarnya, namun keadaan yang lebih digalakkan ketika waktu senggang anda bersama suami dengan mengambil masa beberapa ketika mengimbas kenangan lalu untuk dapatkan rasa yang lebih romantik.

Lebih teristimewa sekiranya pada waktu itu anak-anak anda berada di sisi dan anda turut berkongsi pengalaman anda dan pasangan ketika bercinta dahulu atau gambar-gambar lain.

Saat atau momen yang lebih penting apabila anda meraikan ulang tahun perkahwinan atau percintaan anda.

Penjara beri peluang banduan lanjut pengajian

Posted: 10 Mar 2014 09:22 PM PDT

Mohd. Zainuddin (berbaju merah), Mohd. Hasnul dan Mohd. Ridzuan sedang menjawab soalan.

Pelbagai program pemulihan dilaksanakan Jabatan Penjara antaranya dengan memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Ini kerana pelajaran menjadi bekalan kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan dan tidak mengulangi kesalahan lalu apabila tamat hukuman.

Menerusi kerjasama itu, OUM menawarkan kemudahan pengajian hingga ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah kepada banduan berkelayakan.

Pelajar Ijazah Pengurusan Perniagaan, Mohd. Hasnul, 37, (bukan nama sebenar), berkata, kemudahan disediakan di Penjara Kajang membolehkan dia meneruskan pengajian.

Dia yang pernah menjadi guru sekolah menengah berazam menamatkan pengajian di dalam penjara dan membawa keluar ijazahnya apabila bebas kelak.

Peluang saya menjadi guru semula mungkin sukar apabila dijatuhkan hukuman penjara, namun saya berazam untuk menjadi guru tuisyen apabila dibebaskan nanti dalam tempoh tujuh tahun lagi," katanya ketika ditemui di Penjara Kajang, baru-baru ini.

Mohd. Hasnul dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan berkaitan kes jenayah dilakukan dan tinggal di situ sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, OUM memberi peluang dia melanjutkan pengajian dengan yuran sebanyak RM28,000 dengan sokongan ahli keluarganya.

Dia mengambil 14 mata pelajaran dengan dibantu dua pensyarah. Setiap pensyarah akan memberi kuliah selama tiga jam, tiga kali seminggu untuk tiga matapelajaran.

Selain buku rujukan luar, dia diberi kemudahan menggunakan internet untuk mengumpulkan bahan pengajian. Sebanyak 60 peratus pengajiannya adalah berdasarkan kerja kursus dan selebihnya menerusi peperiksaan.

Dia yang mempunyai seorang isteri dan empat anak pada mulanya berasa sedih dan tidak boleh menerima hakikat apabila menyedari akan tinggal di dalam penjara untuk tempoh agak panjang.

Bagaimanapun saya perlu menerima hakikat dan takdir Allah setelah mendapat sokongan moral dan motivasi daripada pegawai penjara serta ahli keluarga," tegasnya.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, Mohd. Ridzuan, 28, (bukan nama sebenar), yang terbabit dalam kes jenayah ketika remaja berasa bertuah kerana belajar di situ daripada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga ke pengajian tinggi.

Dia pernah dikenakan Tahanan Limpah Sultan ketika berusia 14 tahun.

Saya tertarik meneruskan pelajaran apabila bertemu dengan lapan pelajar remaja yang terbabit dalam kes buli peringkat sekolah.

Mereka dibenar meneruskan pengajian peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di dalam penjara dan mereka mengajak saya turut serta," katanya.

Mohd. Ridzuan yang memeluk Islam sejak 2002 berkata, selepas lulus PMR, dia menyambung pelajaran ke peringkat SPM, Diploma dan kini ke peringkat yang lebih tinggi.

Kalau di luar, tidak mungkin saya boleh belajar sehingga ke peringkat sekarang. Dengan berbekal keyakinan, saya berjaya melakukannya di dalam penjara.

Saya berharap hukuman dapat diringankan dan dibebaskan lebih awal untuk memberi peluang hidup di luar penjara bersama ahli keluarga," katanya yang memberitahu, keluarganya di Kota Marudu, Sabah, tidak mampu menjengah di sini kerana kemiskinan.

Pelajar peringkat Diploma Pengurusan, Mohd. Zainuddin, 21, (bukan nama sebenar), berkata, sebelum terbabit dalam jenayah, dia melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Ukur Bahan di salah sebuah IPT tempatan.

Menurutnya yang sebelum ini merupakan pelajar pintar kerana memperoleh 7A dalam peperiksaan PMR, dia bagaimanapun terlibat dalam dadah sehinggalah akhirnya terbabit dengan jenayah.

Mohd. Zainuddin mengikuti pengajian selama empat tahun dengan mengambil 30 mata pelajaran membabitkan kos RM18,000 sumbangan ahli keluarga.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved