Isnin, 11 November 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan beri jaminan bertindak terhadap Comango

Posted: 11 Nov 2013 02:47 AM PST

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Kerajaan memberi jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Sambil menyifatkan tuntutan Comango sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) bersekongkol dengan Comango antaranya bagi menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.

"Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama jabatan agama negeri serta agensi penguat kuasa lain akan bersama-sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam daripada berleluasa.

"Pemantauan terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dengan pemikiran menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam ini akan dimantapkan," katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE

Ibu Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Posted: 11 Nov 2013 02:28 AM PST

PUTRAJAYA 11 Nov. - Ibu kepada Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria meninggal dunia di kediaman rasmi Arifin di Presint 16 di sini pagi ini.

Wan Zainab Wan Yusoff, 84, meninggal dunia akibat sakit tua dan kematiannya disedari oleh seorang pembantu rumah kira-kira pukul 9 pagi sebelum beliau memanggil seorang anak Arifin.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak lelaki berumur antara 60 hingga 70 tahun serta 20 orang cucu dan Arifin merupakan anak ketiga.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 selepas solat Asar.

Sementara itu, Arifin berkata beliau mendapat tahu mengenai berita kematian ibunya sewaktu berada di Kota Baharu, Kelantan atas urusan rasmi sebelum bergegas pulang ke Putrajaya.

"Sebelum pergi ke Kota Baharu semalam dia berada dalam keadaan sihat sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya. - BERNAMA

Pusat pandang serius permintaan Sultan Kelantan

Posted: 11 Nov 2013 02:14 AM PST

KOTA BHARU 11 Nov. - Kerajaan Pusat memandang serius titah Sultan Kelantan,

Sultan Muhammad V yang meminta supaya Jambatan Palekbang merentasi Sungai Kelantan dibina selepas Kerajaan Pas Kelantan yang menjanjikan projek itu kepada rakyat sejak tahun 1996 gagal melaksanakannya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

berkata, Kerajaan Pusat akan melihat perkara tersebut berdasarkan kepada

kemampuan kewangan yang ada demi kebaikan rakyat Kelantan.

"Kita menjunjung kasih kepada tuanku kerana menyampaikan hasrat rakyat Kelantan, semuanya memang memerlukan kemudahan yang lebih baik dan lebuh raya, jambatan, apa yang disebut itu memang perkara-perkara yang diperlukan.

"Walaupun Jambatan Sultan Yahya Petra sudah diperbesarkan (pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra), kita tahu bahawa ia belum mencukupi dan Kerajaan Pusat sudah pasti memandang serius titah tersebut berdasarkan kemampuan kewangan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Tahun 2013 Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad Ke-44 di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Sultan Muhammad ketika bertitah pada majlis tersebut meminta Kerajaan Pusat membina Jambatan Palekbang merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kampung Cina, Kota Bharu dengan Palekbang, Tumpat bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kota Bharu. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved