Sabtu, 3 Disember 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


3,000 penumpang terjejas

Posted:

3,000 penumpang terjejas

3,000 penumpang terjejas

Oleh OPAT RATTANACHOT
utusankedah@utusan.com.my


Norulsafikah Bokhari membaca notis laluan bas Cityliner yang dihentikan operasi di Stesen Bas Jalan Petri, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 2 Dis. - Lebih 3,000 penumpang bas henti- henti ke 13 laluan yang kebanyakannya ke kawasan perumahan sekitar bandar ini terkejut apabila operasi bas itu ditamatkan serta-merta berkuat kuasa semalam.

Lebih memeranjatkan, syarikat bas Cityliner itu tidak memberikan sebarang notis terlebih dahulu sebaliknya hanya bertindak menampal kenyataan pada pejabat jualan tiket.

Tinjauan Utusan Malaysia di Stesen Bas Jalan Petri di sini mendapati petak-petak bas Cityliner kosong dan ramai penumpang menunggu tanpa mengetahui operasi bas berkenaan telah ditamatkan.

Antara laluan terlibat ialah dari Sungai Petani ke Gurun; Jeniang; Kuala Ketil; Taman Bandar Baharu; Taman Ria Jaya; Batu Lintang Tikam Batu; Pantai Merdeka; Taman Kelisa; Taman Keladi; UiTM Semeling; Taman Nilam; Taman Seri Gedong dan Baling.

Seorang suri rumah, Norulsafikah Bokhari, 21, dari Taman Ria, berkata, dia menunggu bas untuk ke pusat bandar sejak awal pagi tetapi tidak muncul seperti biasa.

"Memang saya tidak tahu ada masalah, sehinggalah saya ambil teksi datang tengok di stesen bas. Apabila sampai sini, kakitangan syarikat memaklumkan bas sudah tamat operasi tanpa sebarang alasan diberikan," katanya.

Norulsafikah berkata, ekoran masalah itu, dia terpaksa meminta bantuan kawan untuk mengambilnya semula di pusat bandar.

Seorang lagi penumpang, Wong Len Siw, 64, dari Taman Keladi berkata, dia bimbang kejadian tersebut akan menjejaskan rutin harian penduduk.

"Ramai pekerja kilang menggunakan bas ini pada waktu pagi dan petang. Para pelajar juga menggunakan perkhidmatan ini untuk ke sekolah. Jika terus tutup begini, penduduk kena cari kaedah lain termasuk menggunakan khidmat kereta sapu," katanya.

Bagi seorang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), Fatinazihah Yusoff, 21, dari Taman Bakar Arang, dia bimbang kejadian berkenaan akan menyebabkan kegiatan kereta sapu berleluasa.

"Sudahlah pemandu teksi mengenakan tambang tidak munasabah, sekarang ia pula membuka peluang kepada kereta sapu. Oleh itu, penduduk berharap masalah ini dapat diselesaikan memandangkan bas adalah satu-satunya perkhidmatan yang menawarkan harga berpatutan serta mampu digunakan penduduk," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, operasi perkhidmatan bas berkenaan terpaksa ditamatkan ekoran syarikat kini menanggung kerugian dalam jumlah besar.

Beliau berkata, sehingga kini, kerugian RM400,000 telah dicatatkan untuk operasi bas henti-henti Cityliner di negeri Kedah.

Selain itu, katanya, syarikat juga terpaksa membelanjakan kos yang besar untuk membeli diesel.

"Kerajaan hanya memperuntukkan diesel subsidi sebanyak 1,400 liter sebulan sedangkan kita menggunakan minyak keseluruhan sebanyak 4,000 liter. Ini bermakna baki 2,600 liter lagi diesel terpaksa dibeli mengikut harga pasaran," jelasnya.

Tengku Hasmadi menambah, pihaknya telah menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan kementerian serta agensi berkaitan untuk mengatasi masalah tersebut.

"Bagaimanapun, tiada maklum balas positif. Kita terpaksa menunggu hingga ada pihak yang sedia menawarkan penyelesaian," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

2,000 CD perisian dirampas

Posted:

2,000 CD perisian dirampas

2,000 CD perisian dirampas


Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa, Syed Sulaiman Syed Mohd Noor (tengah) bersama kakitangan pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri memeriksa cakera padat perisian cetak rompak yang dirampas di Geroge Town, kelmarin.


PULAU PINANG 2 Dis. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas lebih 2,000 cakera padat (CD) perisian cetak rompak bernilai RM171,500 dalam dua serbuan di sini petang semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, M. Guna Selan, serbuan oleh 12 pegawai dan anggota yang bermula pukul 2.45 petang itu melibatkan dua premis di Kompleks Bukit Jambul di sini.

Katanya, perisian yang dicetak rompak termasuk 'Microsoft Windows 7 Ultimate', 'Microsoft Windows 7 Pro', 'Microsoft Windows XP', 'Microsoft Office Enterprise 2007' dan 'Microsoft Office Pro Plus 2010'.

"Pihak kami turut merampas dua unit pemprosesan pusat (CPU), dua komputer riba, satu komputer dan satu cakera keras luar dari kedua- dua premis berkenaan.

"Dalam serbuan itu, kami turut menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guna Selan berkata, ketiga-tiga suspek direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Katanya, sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM20,000 bagi setiap cetakan dibuat atau penjara maksimum lima tahun atau dua-duanya sekali.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk menjejak pemilik kedua-dua premis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Super Kinta jadi pusat jualan ICT

Posted:

Super Kinta jadi pusat jualan ICT

Super Kinta jadi pusat jualan ICT

IPOH 2 Dis. - Kompleks Super Kinta di sini yang telah lama terbiar bakal dibangunkan semula sebagai pusat jualan utama gajet dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, pembangunan itu sekali gus diharap dapat melonjakkan nama kompleks berkenaan setaraf dengan hab jualan peralatan ICT seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur.

"Walaupun perkara ini masih di peringkat cadangan, saya difahamkan terdapat lebih daripada satu pihak termasuk Persatuan Pengusaha Komputer dan Digital Perak (PCDA) yang berminat untuk membangunkannya.

"Kawasan seluas 12,000 meter persegi itu sudah pasti dapat menempatkan kira-kira 300 vendor ICT. Mereka bukan sahaja dapat mengambil bahagian dalam pameran seperti ini, malah mempunyai ruang tetap untuk berniaga selama 365 hari," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Teknologi Maklumat (IT) di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Pameran kali ketiga yang dianjurkan PCDA itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Sebanyak 115 gerai jualan menawarkan produk komputer dan gajet ICT terkini pada harga menarik disediakan pada pameran tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved