Sabtu, 3 Disember 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar sanggup memfitnah, berbohong untuk jadi Perdana Menteri

Posted:

Anwar sanggup memfitnah, berbohong untuk jadi Perdana Menteri

Anwar sanggup memfitnah, berbohong untuk jadi Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selama tiga tahun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memfitnah beliau dan berbohong dengan rakyat Malaysia semata-mata mahu mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, kata Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut difitnah.

Pembohongan terbesar Anwar dalam sejarah, kata beliau, ialah pengisytiharan tarikh 16 September sebagai tarikh menubuhkan kerajaan pembangkang.

''Dia kata dia nak berarak ke Putrajaya, dia kata Yang di-Pertuan Agong menunggu untuk dia mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

''Lepas tu dia beri tahu, Angkatan Tentera Malaysia menyokong dia, sedangkan Panglima Angkatan Tentera (ketika itu), Tan Sri Aziz Zainal setia kepada kerajaan,'' tegasnya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Presiden UMNO itu, pemimpin PKR itu bukanlah kuat sangat, sebaliknya hanya pandai berkokok sahaja.

''Dia kata kamilah juara tapi parti sendiri kucar kacir,'' kata Najib.

Dilihat sebagai merujuk kepada keengganan Anwar bersumpah dalam kes dakwaan liwat pemimpin PKR itu, Najib secara sinis berkata, beliau sudah empat kali bersumpah di masjid.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat di Selangor kecewa

Posted:

Rakyat di Selangor kecewa

Rakyat di Selangor kecewa


DR. Ahmad Zahid Hamidi


KUALA LUMPUR 3 Dis. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mendedahkan, kajian persepsi politik yang dilakukan oleh panel pendidik bebas atas arahan Pas mendapati, 76.3 peratus kakitangan awam kecewa dengan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Menurutnya, kajian itu yang dibuat bertujuan menilai sokongan orang Melayu pada Ogos lalu juga mendapati 65.6 peratus kakitangan awam tidak suka PKR memerintah dan 60.6 peratus lagi menganggap tiada perubahan besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Pada masa sama jelas beliau, hasil kajian yang dilakukan panel bebas itu menunjukkan 41.3 peratus rakyat setuju pengurusan ekonomi di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada pada landasan tepat berbanding hanya 14.1 peratus tidak setuju.

Tambah Ahmad Zahid, kajian tersebut juga mendapati 54.2 peratus rakyat percaya dan yakin bahawa UMNO adalah parti yang sentiasa konsisten membela hak ketuanan Melayu dan Islam walaupun selepas bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Namun, beliau menambah, 56.1 peratus koresponden yang dikaji pula setuju bahawa DAP yang kini menjadi 'pasangan kekasih' Pas dan PKR cuba menghakis kepimpinan Melayu melalui pelbagai tindak-tanduk politik cauvinis, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang.

"Ini bukan kajian yang dibuat oleh UMNO, tetapi dibuat atas arahan Pas pusat pada Ogos lalu. Kajian ini dengan jelas membuktikan kekecewaan rakyat kepada kegagalan pentadbiran pembangkang dan ia bukti UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang luas untuk menang selesa.

"Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed ingat jangan kecewakan Presiden (Najib) kerana beliau Pengerusi Perhubungan Selangor. Rampas semula Selangor," katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, satu lagi kajian yang dilakukan oleh pensyarah, Prof. Datuk Seri Dr. Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mendapati, populariti Najib pada 2011 meningkat menjadi 55 peratus dalam kalangan seluruh penduduk dan 59 peratus bagi orang Melayu, jauh meninggalkan populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kajian itu sekali gus menjadi bukti bahawa rakyat menerima idea Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Najib dan sebagai rekod sepanjang tahun ini sahaja, penerimaan masyarakat kepada gagasan tersebut meningkat kepada 85 peratus berbanding 75 peratus tahun lalu.

Mengenai tindakan biadab Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggelar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'hitam metalik dan haram jadah', Ahmad Zahid memberi amaran kepada pemimpin DAP itu supaya menjaga tutur kata dan perbuatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved