Sabtu, 3 Disember 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bantu kontraktor Melayu

Posted:

Bantu kontraktor Melayu

Bantu kontraktor Melayu

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Pendekatan rangsangan ekonomi bumiputera yang digariskan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) perlu 'mengalir ke bawah' bagi membantu kontraktor Melayu bersaing dan membangunkan sosioekonomi Melayu.

Perwakilan UMNO Negeri Perak, Datuk Idris Hashim (gambar) berkata, justeru syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu mengambil alih atau membeli ekuiti lebih banyak syarikat-syarikat rangkaian pembekal bagi membantu usahawan Melayu.

Ini kerana, kata beliau, rangkaian pembekal merupakan antara faktor penting untuk menjayakan agenda ekonomi Melayu khususnya dalam persaingan dunia perniagaan.

"Dulu tiap-tiap satu projek RM1, 80 sen bukan kita yang punya sebab paku bukan kita punya, besi bukan kita punya, pasir bukan kita punya. Semua mereka punya. Kontraktor Melayu hanya dapat 20 sen.

"Jadi kita nak minta yang berkenaan kalau boleh bagilah kepada orang Melayu. GLC kena bantu orang Melayu.

"Bukan tidak ada orang Melayu yang tidak boleh buat kerja...berpengalaman. Tetapi mereka yang dapat (projek) janganlah cuai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Idris yang juga Ketua UMNO Teluk Intan turut meminta agar peneraju GLC dan GLIC dipilih dalam kalangan mereka berjiwa UMNO bagi memastikan program transformasi ekonomi yang dirancang dapat dirasai sepenuhnya oleh orang Melayu.

Bagaimanapun, kata beliau, segala perubahan dan program yang dirancang perlulah dilakukan bukan sahaja di peringkat tertinggi tetapi hingga ke akar umbi bagi memastikan ia memberi impak kepada pembangunan sosia-ekonomi Melayu.

"Syarikat-syarikat kerajaan kalau telah diberi kuasa, tumpu dengan apa yang digariskan. Kalau suruh buat rumah kedai untuk orang Melayu, jangan buat lain. Baru kita tak jadi parti juara kampung," katanya.

Namun, tegas beliau, ahli UMNO perlu membantu setiap perancangan yang telah dilakukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Selain itu, Idris turut meminta semua ahli UMNO menjadi ejen penerangan berhubung program kerajaan bagi membantu orang Melayu memahami aspirasi kerajaan.

"Kita akan pasti dibicara oleh rakyat pada PRU 13 tapi saya percaya kita menang perbicaraan ini sekiranya orang Melayu dapat disatukan dan bersatu di bawah panji UMNO," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kajang dilanda bah

Posted:

Kajang dilanda bah

Kajang dilanda bah

Oleh ROZIANAH RISMAN
kota@utusan.com.my


SEORANG lelaki melihat kereta-kereta yang hampir ditenggelami air banjir di sebuah kawasan letak kereta dalam bangunan di Kajang, semalam.


HULU LANGAT 2 Dis. - Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.

Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.

Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.

Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa turut ditenggelami air.

Di sebuah kedai di pusat bandar Kajang, seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang terperangkap dalam banjir itu terpaksa diselamatkan dengan menggunakan tangga oleh orang ramai setelah dia terperangkap di atas bumbung sebuah kereta.

Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.

"Sebanyak 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta Cheras bergegas ke lokasi kejadian. Kami turut dibantu oleh anggota polis dan skuad penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat ini.

"Pemantauan turut dijalankan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, hujan lebat mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.

"Air dikatakan naik sehingga ke paras pinggang namun banjir kilat ini kembali surut kira-kira pukul 5.30 petang ini," katanya.

Mohamad Sani berkata, sehingga kini, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku namun kerugian yang dialami kebanyakan mangsa agak tinggi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, banjir yang berlaku hari ini adalah paling teruk dalam tempoh lima tahun lalu.

"Banyak kenderaan ditenggelami air setelah hujan yang begitu lebat turun di sekitar daerah ini. Polis kini meningkatkan kawalan bagi memastikan keselamatan di kawasan terlibat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemborong, peruncit boleh simpan 30% stok banjir

Posted:

Pemborong, peruncit boleh simpan 30% stok banjir

Pemborong, peruncit boleh simpan 30% stok banjir

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Pemborong dan peruncit di negeri-negeri yang dilanda banjir dibenarkan menyimpan stok bekalan makanan melebihi 30 peratus daripada biasa bagi menampung keperluan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu juga bertujuan mengatasi masalah kenaikan harga barangan yang dilaporkan kerap berlaku ketika musim banjir akibat bekalan kurang di pasaran.

"Walaupun mereka tidak dibenar menyimpan stok terlalu banyak, tetapi untuk menghadapi musim banjir ini kita longgar peraturan tersebut dan mereka boleh menyimpan lebih 30 peratus.

"Saya yakin, kalau bekalan cukup, harga tidak akan naik," katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas masalah kenaikan harga barangan keperluan pengguna di Kelantan ketika banjir baru-baru ini dan masalah itu dijangka berulang pada gelombang kedua tidak lama lagi.

Ismail Sabri menambah, pihaknya dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah mengambil langkah perlu seperti mengimport sayur-sayuran dari Vietnam, China dan Indonesia bagi mengatasi kekurangan bekalan barangan di Kelantan yang banyak bergantung kepada produk Thailand.

Mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), beliau menjelaskan, penerimaan menggalakkan daripada rakyat menyebabkan ia menjadi sasaran parti pembangkang.

"Saya percaya tujuan mereka (pembangkang) hendak memastikan rakyat menolak KR1M.

"Bagaimanapun kementerian menerima macam-macam surat dan sebagainya meminta KR1M diperbanyakkan ke seluruh negara,'' katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua sebelum ini dilaporkan mendakwa, kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di KR1M telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

Malah, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved