Sabtu, 3 Disember 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Platform mencari produk halal

Posted:

Platform mencari produk halal

Platform mencari produk halal

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my


RUANG pameran Jabatan Agama Johor menyediakan perkhidmatan informasi kepenggunaan halal pada Karnival Kepengunaan dan Transformasi Halal Johor 2011 di Dataran Tanjung Emas,Muar,semalam. - utusan/Ishak Rahmad


MUAR 2 Dis. - Lebih 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Kepenggunaan dan Transformasi Halal Johor 2011 yang akan berlangsung selama tiga hari di Dataran Tanjung Emas Muar di sini, bermula hari ini.

Karnival bersempena Sambutan Maal Hijrah 1433H itu akan menempatkan sebanyak 48 gerai pameran daripada usahawan-usahawan industri halal, selain menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan produk halal.

Pengurus Karnival berkenaan, Azuan Ahmad (gambar) berkata, karnival tersebut merupakan anjuran Jabatan Agama Johor (JAJ) dan ia adalah yang kedua diadakan selepas pertama kali diadakan di Johor Bahru pada tahun lalu.

"Program ini sebenarnya menawarkan pelbagai pengisian dan ia juga memberi pendedahan tentang pendidikan halal kepada semua lapisan masyarakat dan memberi peluang kepada para pengunjung untuk memperoleh maklumat terkini mengenai produk-produk halal," katanya.

Jelas beliau, pelbagai program telah disusun termasuk Forum Perdana Halalan Toyyiba; Mencari Yang Halal Satu Kewajipan yang dibarisi ahli panel merangkumi Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot serta Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'mor Osman.

Katanya, bagi hari kedua karnival tersebut, satu konsert Nasyid Hijrah akan diadakan dengan menampilkan penyanyi Rahmat Ekamatra dan kumpulan nasyid Al Mawlid bermula dari pukul 9 malam.

Menurutnya, antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah seminar kepenggunaan halal, pameran automotif, pertandingan kompang berirama, karaoke nasyid, pertandingan kopi tarik, pertandingan mewarna bersama Upin dan Ipin serta cabutan bertuah.

"Bagi seminar kepenggunaan halal yang akan diadakan di Rumah Anak Yatim Muar, kertas kerja yang akan dibentangkan adalah termasuk Halal Toyyiban; Dari Aspek Syariah, Kepenggunaan dan Kebersihan, Keberkatan Bisnes dengan Berzakat dan Berwakaf serta Peluang Bisnes Bersama KFC/Ayamas," katanya.

Katanya, beliau berharap masyarakat di daerah Muar serta daerah-daerah yang berhampiran tidak akan melepaskan peluang bagi memeriahkan karnival tersebut, selain membantu menggalakkan lagi industri bisnes halal.

Full content generated by Get Full RSS.

Kerajaan sentiasa bela rakyat tanpa mengira kaum

Posted:

Kerajaan sentiasa bela rakyat tanpa mengira kaum

Kerajaan sentiasa bela rakyat tanpa mengira kaum

SEGAMAT 2 Dis. - Kerajaan tidak pernah bersikap zalim dan sentiasa mencari jalan untuk membela nasib rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik yang mana ia memerlukan kerjasama semua pihak ke arah menjayakan rancangan negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Pegawai Daerah Segamat, Rahim Nin berkata, pendekatan kerajaan memberi saguhati dan ruang masa kepada penduduk di tanah rizab kerajaan untuk mengosongkan kawasan diperlukan adalah antara bukti keprihatinan kerajaan.

"Sebenarnya kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penduduk tanah rezab kerajaan di bawah peruntukan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara yang membawa hukuman denda RM10,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Bayaran Ex-Gratia Setinggan Kediaman Rezab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Bagi Landasan Berkembar Gemas ke Johor Bahru di Dewan Jubli Intan dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Pentadbir Tanah Segamat, Muzaldin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Datuk Dr. Lee Hon Tee.

Seramai 77 orang menerima bayaran saguhati sebanyak RM8,200 sekeluarga yang mana kos untuk berpindah sebanyak RM1,000 dan bayaran sewa rumah pada RM300 sebulan selama 24 bulan berjumlah RM7,200 sekeluarga.

Pembayaran sebanyak RM488,000 dan para penerima diminta menandatangani surat aku janji serta kontrak untuk mengosongkan kawasan dalam masa 15 hari manakala penduduk yang diklasifikasikan sebagai penduduk komersial, pertanian dan rumah ibadat tidak diberikan ganti rugi kerana mendapat hasil daripada kegiatan mereka.

Projek kereta api elektrik itu melibatkan landasan berkembar sejauh 167 kilometer yang dipagar sepenuhnya dengan sembilan buah stesen penumpang dan dua stesen kargo dari Gemas ke Johor Bahru yang mana ia juga dapat mengurangkan kesan bencana banjir di daerah itu.

Jelas Rahim, projek yang dijangka siap pada 2016 itu bakal memberi kemudahan pengangkutan yang lebih pantas dan mampu menjimatkan masa hingga sejam lebih cepat berbanding perjalanan menaiki kenderaan yang memakan masa hingga 2 setengah jam untuk ke Johor Bahru.

Sementara itu, Khatujah Ali, 63, yang menduduki Kampung Sedeng sejak 1987 menerima hakikat bahawa dia perlu berkorban demi memberi laluan kepada kemajuan yang bakal dibawa ke Segamat.

"Kita tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri, saya akur dengan perintah mengosongkan kawasan berkenaan. Memang adat menumpang, bila tuan punya nak pakai kita kena pulangkan, saguhati yang diberi membuktikan nasib kami diberi perhatian oleh pihak berwajib," katanya.

Siti Rahmah Zakaria, 65, yang menduduki tanah rizab KTMB sejak dua tahun lalu merasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan jiran yang dianggapnya seperti keluarga sendiri namun, demi kepentingan ramai dia akur dan akan mengosongkan kawasan terbabit dalam masa terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved