Sabtu, 3 Disember 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Longkang tunggu mangsa

Posted:

Longkang tunggu mangsa

Longkang tunggu mangsa


SALAH seorang peniaga meletakkan kayu besar bagi menutup longkang di Pasar Besar Masjid Tanah, Alor Gajah, semalam.


ALOR GAJAH 2 Dis. - Peniaga dan orang awam yang mengunjungi Pasar Besar Masjid Tanah di sini diancam bahaya kerana longkang berhampiran tidak ditutup sejak lima tahun lalu.

Mereka mendakwa, masalah itu telah menyebabkan beberapa orang awam terjatuh ke dalam longkang tersebut yang dianggarkan sedalam dua meter kerana tidak menyedari ia tidak bertutup.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hanya sebahagian longkang tersebut tidak bertutup iaitu berhampiran peniaga menjual kuih di pasar berkenaan.

Salah seorang peniaga, Razali Mat Isa, 40, berkata, masalah itu telah berlarutan sejak lima tahun lalu namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa terbabit.

Menurutnya, sepanjang ketiadaan penutup longkang itu, beberapa pengunjung pasar yang tidak biasa dengan keadaan di situ pernah terjatuh ke dalam longkang tersebut namun mujur tidak mengakibatkan kehilangan nyawa.

''Oleh kerana bimbang kejadian itu berulang, saya mengambil inisiatif menutup longkang itu dengan kayu besar dan apabila kayu itu rosak, saya terpaksa gantikan dengan yang baru," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ujarnya, biarpun masalah itu kelihatan remeh, namun, jika dibiarkan boleh menjadi serius sehingga meragut nyawa orang awam terutama kanak-kanak dan warga emas.

Selain itu, menurut Rohani Harun, 51, longkang yang tidak bertutup di situ boleh mengundang bahaya kepada sesiapa sahaja yang melaluinya kerana mereka tidak menyedari ia tidak bertutup.

''Saya sudah berniaga di sini sejak lebih 10 tahun dan masalah tersebut sudah lama berlaku tetapi tiada pula tindakan diambil oleh pihak berkuasa terlibat," katanya.

Sementara itu, kata Rokiah Abdul Ghani, 50, kehilangan penutup besi itu dipercayai dicuri bagi dijual kepada pengusaha barangan lusuh dan jika tidak diganti dengan segera boleh mengancam nyawa orang awam.

''Kalau tidak boleh diganti, saya berharap pihak berkuasa terlibat boleh membuat simen konkrit bagi mengganti penutup longkang ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

100 sertai program tanam bakau

Posted:

100 sertai program tanam bakau

100 sertai program tanam bakau


Jeanne Abdullah (depan) bersama sebahagian kakitangan dan pegawai ExxonMobil menanam pokok ketika menyertai program menaman 1,000 pokok bakau di Kampung Balak, Pasir Panjang, Port Dickson, Telok Kemang, kelmarin.


TELOK KEMANG 2 Dis. - Seramai 100 pekerja ExxonMobil Malaysia Sdn. Bhd. (ExxonMobil) terlibat menyertai program menanam 1,000 pokok bakau di Kampung Balak, Pasir Panjang, Port Dickson di sini semalam.

Pengarah Perniagaan Bahagian Peruncitan ExxonMobil, Faridah Ali berkata, projek tersebut bukan sahaja bertujuan meningkatkan jumlah pokok bakau di kawasan berkenaan, malah untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan melindungi ekosistem di kalangan masyarakat setempat.

"Ini merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat kami dalam penjagaan alam sekitar. Pokok ini memberi perlindungan kepada tanah besar sekiranya berlaku air pasang besar atau tsunami.

"Projek ini bukan sahaja mengukuhkan kemapanan kawasan Pasir Panjang malah ia juga akan meningkatkan potensi pelancongan sekali gus membawa manfaat kepada penduduk setempat," katanya di sini semalam.

Turut hadir menanam pokok berkenaan ialah Pengerusi Landskap Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.

Jelas Faridah lagi, penganjuran program tersebut juga selari dengan seruan serta saranan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam usaha memperhebatkan kempen penanaman bakau di negara ini.

"Projek ini turut disertai ahli Persatuan Landskap Malaysia, 10 wakil dari Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) serta 20 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Port Dickson," ujarnya.

Tambahnya, sepanjang tahun ini pihaknya terlibat dalam empat projek komuniti iaitu memulihkan landskap berhampiran sungai Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong; membersihkan kawasan sekitar Zoo Negara; penanaman pokok herba di Unit Pembangunan dan Latihan Perhutanan Sungai Buloh serta penanaman pokok di Teluk Likas berhampiran Kota Kinabalu, Sabah.

Full content generated by Get Full RSS.

Persembahan artis di Stadium Tertutup Nilai malam ini

Posted:

Persembahan artis di Stadium Tertutup Nilai malam ini

Persembahan artis di Stadium Tertutup Nilai malam ini


PELAJAR USIM tidak melepaskan peluang menyertai permainan Dart pada Pesta Konvokesyen USIM di Stadium Tertutup Nilai, semalam.


SEREMBAN 2 Dis. - Stadium Tertutup Nilai, dekat sini bakal digegarkan dengan persembahan artis terkenal tanah air melalui penganjuran konsert Pancaindera yang diadakan sempena sambutan Pesta Konvokesyen Edisi Ke-9 (C-Fest 9), esok.

Menurut Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd., Mohammad Fahmi Asraf Khan, konsert tersebut bakal menampilkan penyanyi terkenal seperti Aishah, Heliza, Aiman, Irma Hasmi dan Amin Idris, kumpulan nasyid In-team, Nubhan Nasir Wahab, Fazli Zainal dan Adam.

''Konsert Pancaindera ini akan dilangsungkan di pentas khas yang disediakan di perkarangan Stadium Tertutup Nilai bermula pukul 8.30 malam esok. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan konsert ini," katanya di sini, hari ini.

Jelas Mohammad Fahmi, selain konsert itu, pengunjung turut berpeluang beramah mesra dengan pelakon terkenal yang akan hadir di gerai jualan Utusan Malaysia bertempat di perkarangan stadium berkenaan.

''Antara pelakon yang akan hadir esok ialah Zain Saidin, Razali Hussain, Ery Putra dan Hairi,

''Manakala pada hari Ahad, pelakon yang akan hadir termasuk Fida Ibrahim, Amar Bahrain, Tan Suhaimi, dan Bienda," ujarnya.

C-Fest 9 yang berlangsung empat hari bermula hari ini hingga 4 Disember ini dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang pesta tersebut seperti pameran kereta, karnival kerjaya, pertandingan nasyid terbuka, futsal, mewarna dan bola jaring.

Sambutan pesta tersebut turut dimeriahkan dengan pembukaan 140 gerai jualan, konsert Pancaindera, jualan buku dan majalah, pertandingan memancing dan karaoke oleh Utusan Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved