Sabtu, 3 Disember 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Badan bebas kaji statistik jenayah

Posted:

Badan bebas kaji statistik jenayah

Badan bebas kaji statistik jenayah

SHAH ALAM 3 Dis. - Satu badan bebas perlu diwujudkan bagi mengkaji mengenai statistik jenayah di negara ini, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar).

Beliau berkata, kewujudan badan bebas ini penting supaya rakyat dapat memperoleh statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan yang diyakini bebas dan adil serta tidak berkepentingan.

"Kita selalu membaca atau mendengar mengenai penurunan kadar jenayah, tetapi rakyat masih berasa tidak selamat kerana tidak yakin dengan maklumat penurunannya yang diterima itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Kolokium Kritikan Media Ke-25 anjuran pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Turut menjadi panel kolokium ialah Penasihat Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Abdul Jalil Ali dan Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia , Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani.

Sementara itu, Dr. Mohd. Azizuddin berkata, Majlis Media perlu ditubuhkan sebagai kod etika kewartawanan kepada setiap pengamal media di negara ini.

"Dengan penubuhan Majlis Media, ia mampu mewujudkan garis panduan dan kod etika apatah lagi apabila hari ini terlalu ramai blogger yang mendakwa diri mereka adalah wartawan.

Abdul Jalil pula berkata, tidak adil sekiranya sesebuah akhbar dipersalahkan serta dilabel sebagai berat sebelah dan menyelewengkan fakta jika mereka tidak membaca secara menyeluruh berita disiarkan.

"Sebagai contoh, tidak adil kita tuduh Utusan Malaysia seleweng fakta, kerana sekiranya anda membaca akhbar itu secara menyeluruh, setiap fakta yang diterbitkan juga tidak pernah lari daripada apa yang disiarkan oleh media lain," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tujuh anggota geng samun 'Cota Kayu' diberkas

Posted:

Tujuh anggota geng samun 'Cota Kayu' diberkas

Tujuh anggota geng samun 'Cota Kayu' diberkas

BATU PAHAT 3 Dis. - Polis berjaya menumpaskan sekumpulan tujuh penjenayah antaranya baru berusia 15 tahun yang menggunakan cota kayu untuk menyamun mangsa, khususnya warga asing baru-baru ini.

Kumpulan itu terlibat dalam sekurang-kurangnya empat kes samun warga asing di daerah ini. Dalam kes tersebut, terdapat mangsa yang dibelasah sehingga patah gigi.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 26 tahun dan difahamkan suspek yang di bawah umur masih bersekolah manakala rakan yang lain adalah penganggur.

Dalam kes terbaru, kumpulan itu menyamun seorang warga Myanmar berusia 19 tahun dan melarikan wang tunai RM100, telefon bimbit jenama Nokia dan salinan pasport antarabangsa milik mangsa di hadapan kawasan Kelab Golf Bukit Banang di sini pada 27 November lalu.

Mangsa turut dipukul dan dibelasah dengan cota sehingga patah gigi serta cedera di muka, belakang badan dan tangan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu.

Mangsa yang merupakan pelayan restoran di kelab golf itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Banang dengan menunggang basikal bersama rakannya setelah selesai kerja, diserang tanpa belas kasihan tetapi rakan mangsa sempat melarikan diri dan bersembunyi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, hasil siasatan dan maklumat yang diterima, polis berjaya menahan suspek di sekitar daerah ini dalam tempoh 24 jam selepas kejadian samun itu.

"Polis turut menemui wang tunai dan telefon bimbit mangsa tetapi salinan pasport tidak ditemui ekoran suspek tidak mengingati tempat mereka membuang salinan tersebut," katanya di sini hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved