Rabu, 24 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


84 keluarga dapat rumah percuma

Posted:

84 keluarga dapat rumah percuma

84 keluarga dapat rumah percuma

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 23 Ogos - Nasib 84 keluarga dari Kampung Sungai Nibong di sini akhirnya terbela apabila JKP Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan hari ini menawarkan sebuah rumah kos rendah secara percuma kepada mereka.

Pada masa sama, para penduduk terbabit juga ditawarkan oleh JKP untuk membeli rumah di kawasan bersebelahan dengan harga RM42,000.

Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, rumah kos rendah tersebut akan didirikan di tapak asal di Kampung Nibong bagi mengelak penduduk berhijrah dari situ.

Katanya, penduduk terbabit bersetuju untuk menerima pampasan tersebut.

"Pada masa sama, JKP akan menyediakan kos pemindahan sebanyak RM2,000 dan sewa rumah sebanyak RM600 sebulan kepada mereka.

"Pembiayaan ini melibatkan tempoh di antara 18 hingga 36 bulan," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan kira-kira dua jam dengan 30 penduduk Kampung Sungai Nibong dan perwakilan JKP di sini semalam.

JKP membeli tanah terbabit yang berkeluasan 3.8 hektar dengan harga RM28.5 juta pada 2000.

Projek perumahan berkenaan mula dibangunkan tahun ini selepas diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 9 November 2006.

Jabatan Zakat Kedah buka pusat hemodialisis

Posted:

Jabatan Zakat Kedah buka pusat hemodialisis

Jabatan Zakat Kedah buka pusat hemodialisis


Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bertanya sesuatu kepada Azliza Zainol yang mendapatkan rawatan di Pusat Hemodialisis Jabatan Zakat Negeri Kedah di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 23 Ogos - Jabatan Zakat Negeri Kedah mewujudkan sebuah pusat hemodialisis yang menelan kos hampir RNM1.5 juta bagi meringankan beban rawatan pesakit-pesakit buah pinggang daripada golongan yang tidak berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Rasli Basir berkata, rawatan hemodialisis di pusat tersebut diberikan secara percuma kepada 17 pesakit yang terdiri daripada golongan asnaf, fakir miskin dan penerima zakat.

"Pusat rawatan untuk pesakit buah pinggang kronik ini dilengkapi 18 mesin dialisis.

"Jika di pusat-pusat rawatan lain, pesakit dikenakan bayaran antara RM180 hingga RM200 bagi setiap kali rawatan, namun dengan adanya pusat ini tiada sebarang caj dikenakan kepada pesakit," katanya selepas majlis perasmian pusat itu.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan majlis itu di Menara Zakat di sini hari ini.

Menurut Rasli, setakat ini jabatan itu hanya membuka pusat tersebut kepada pesakit yang dikenal pasti oleh pihaknya dan akan mempertimbang untuk kegunaan lebih ramai pesakit pada masa akan datang.

"Kalau kita buka untuk orang lain pun, mungkin akan dikenakan bayaran untuk menampung perbelanjaan pusat ini," katanya.

Tambah Rasli, selain memberi perkhidmatan rawatan secara percuma, penubuhan pusat berkenaan juga dapat membantu membaiki taraf kesihatan golongan asnaf.

Dalam pada itu jelasnya, Jabatan Zakat Negeri juga membuka pusat kemahiran jahitan untuk memberi peluang kepada golongan asnaf menjana pendapatan antara RM700 hingga RM800 setiap bulan.

Jelasnya, setakat ini pusat kemahiran jahitan itu mempunyai 10 tukang jahit yang terdiri daripada kalangan golongan asnaf yang kini bertugas sepenuh masa di pusat itu.

"Golongan asnaf yang mempunyai kemahiran menjahit dipilih untuk bekerja di pusat yang buat masa ini hanya menjahit pakaian sekolah untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar tidak berkemampuan di negeri ini.

"Cara ini menjimatkan kita kerana tidak perlu lagi membeli pakaian sekolah kerana kita telah menghasilkannya sendiri," katanya.

JPAM lancar Ops Bantu

Posted:

JPAM lancar Ops Bantu

JPAM lancar Ops Bantu

BUTTERWORTH 23 Ogos - Bagi membantu pengguna jalan raya terutama di jalan-jalan persekutuan yang menghadapi kecemasan sepanjang musim perayaan ini, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri menggerakkan pasukan bantuan menerusi Ops Bantu III.

Pengarahnya, Lt. Kol. (PA) Noor Azzam Johari berkata, Ops Bantu III yang akan bermula 25 Ogos sehingga 4 September ini akan menumpukan rondaan di sepanjang laluan Nibong Tebal ke Tikam Batu, Kedah melibatkan 40 anggota JPAM dari seluruh Pulau Pinang.

Menurutnya, objektif utama Ops Bantu adalah membantu pengguna jalan raya yang menghadapi masalah sepanjang perjalanan mereka. Anggota JPAM akan meronda di sekitar laluan tersebut bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

"Skop tugas pasukan rondaan ini adalah lanjutan daripada perkhidmatan yang diberikan oleh JPAM selama ini di samping membantu sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan dan kerosakan kenderaan.

"Ops Bantu III ini juga adalah komitmen kami membantu pengguna jalan raya selain Ops Sikap yang mana kami turut menghantar anggota untuk membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri yang berpusat di Plaza Tol Juru," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pasukan Ops Bantu di Pejabat JPAM Seberang Perai Utara di sini hari ini.

Tambah Noor Azzam, dua pasukan ditugaskan untuk menjalankan operasi terbabit iaitu masing-masing satu dari arah Nibong Tebal, Tikam Batu dan satu lagi pasukan yang bergerak dari arah bertentangan.

Menurutnya lagi, kenderaan yang terlibat adalah dua buah motosikal gerak cepat, empat buah pacuan empat roda dan kenderaan penyelamat pelbagai guna.

"Di bahagian pulau pula, biarpun tiada pasukan yang bergerak menerusi Ops Bantu ini namun JPAM membuka bilik gerakan yang beroperasi 24 jam untuk membantu orang ramai.

"Diharapkan dengan adanya operasi ini, pengguna jalan raya dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan selesa dan selamat tiba ke destinasi masing-masing," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved