Rabu, 24 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Esei Kemerdekaan 1Malaysia

Posted:

Esei Kemerdekaan 1Malaysia

Esei Kemerdekaan 1Malaysia

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


MAHASIWA UTM Skudai berbincang mengenai pertandingan mengarang Esei Kemerdekaan 1Malaysia anjuran Utusan Malaysia dan Belia 4B Johor dengan kerjasama Fargoes di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 23 Ogos – Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia yang julung kali dianjurkan oleh Utusan Malaysia dan Gerakan Belia 4B Malaysia Johor terus mendapat sambutan pelbagai pihak, termasuk daripada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Presiden Sekretariat Anak Johor Darul Takzim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohd. Aizat Nor Rahman (gambar) berkata, pihaknya tertarik dengan usaha penganjur yang menggunakan pendekatan ilmiah untuk menyemai semangat cintakan kemerdekaan khususnya di kalangan generasi muda.

Beliau berkata, pertandingan itu bukan sahaja dapat mencungkil kebolehan peserta melalui bidang penulisan, malah dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

"Pertandingan esei kemerdekaan ini menarik kerana kebanyakan peserta lahir selepas negara mencapai kemerdekaan.

"Dari sini kita akan dapat tahu bagaimana mereka akan menterjemahkan kemerdekaan dan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Najib Razak," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Johor, Amran Arsat dam Setiausaha Gerakan Belia 4B Malaysia Johor, Misnan Miskam.

Menurut Mohd. Aizat, sekretariat itu turut menggalakkan ahlinya 3,000 orang untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan yang mendapat kerjasama syarikat Fargoes Books Sdn. Bhd. itu diadakan bersempena bulan kemerdekaan dan penulisan esei merupakan kaedah yang sesuai untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan belia, remaja dan kanak-kanak.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori A (Terbuka Belia), Kategori B (Pelajar Sekolah Menengah) dan Kategori C (Murid Sekolah Rendah) dengan setiap kategori meletakkan dua tajuk esei untuk dihuraikan oleh peserta.

Kategori A meletakkan tajuk Peranan Belia Memperkasa Peranan 1Malaysia dan Belia Ejen Transformasi Negara; Kategori B (Falsafah Kemerdekaan Daripada Konteks 1Malaysia dan Makna Kemerdekaan 54 Tahun); Kategori C (Menghayati Kemerdekaan ke-54 dan Kemerdekaan Daripada Perspektif Pelajar).

Terbuka Belia mempertaruhkan hadiah johan RM1,500 beserta buku dan sijil, tempat kedua (RM1,000) dan tempat ketiga (RM700).

Pelajar Sekolah Menengah meletakkan ganjaran juara setinggi RM1,000 beserta buku dan sijil, kedua (RM500) dan ketiga (RM300) manakala Murid Sekolah Rendah melibatkan hadiah tempat pertama RM500 beserta buku dan sijil, kedua (RM300) dan tempat ketiga (RM200).

Semua penyertaan perlu disertakan dengan lima keratan 'masthead' Utusan Malaysia antara tarikh 16 Ogos hingga 16 September dan dihantar ke alamat Pertandingan Esei Kemerdekaan 1Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., No. 24, Jalan Serampang, Taman Pelangi, 80050 Johor Bahru, Johor.

Ziarah Ramadan bantu warga emas di kampung

Posted:

Ziarah Ramadan bantu warga emas di kampung

Ziarah Ramadan bantu warga emas di kampung

KOTA TINGGI 23 Ogos - Mengambil berkat Ramadan yang masih berbaki seminggu dan sambutan Aidilfitri, Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi mengadakan program Ziarah Ramadan untuk meringankan beban golongan warga emas, uzur dan kurang upaya di sini, semalam.

Ketuanya, Mesran Tukiman berkata, program sehari bermula pukul 10 pagi semalam itu disertai oleh 20 anggota pergerakan melibatkan lawatan dari rumah ke rumah melibatkan 10 kampung dan menyerahkan sumbangan hari raya kepada 30 penerima.

"Kaedah sebegini dilihat lebih berkesan dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anggota masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan melalui pendekatan sebegini kami dapat menyenaraikan mereka yang benar-benar uzur dan kurang upaya.

"Kita tidak mahu sumbangan ikhlas seperti ini tidak sampat kepada mereka yang sepatutnya menerimanya," katanya ketika ditemui semasa mengetuai program tersebut.

Hadir sama Jabatan Hal Ehwal (JASA) Parlimen Kota Tinggi, Sadiana Nur Azura Sadikin dan Pegawai Seranta Wilayah Johor Bahru, Muhammad Fadzli Hassan.

Program merupakan lanjutan daripada majlis Berbuka Puasa dn Penyerahan Sumbangan Hari Raya yang diadakan baru-baru ini dan turut mendapat kerjasama JASA Parlimen Kota Tinggi dan Seranta Wilayah Johor Bahru.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved