Rabu, 24 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sasaran RM3b hampir tercapai

Posted:

Sasaran RM3b hampir tercapai

Sasaran RM3b hampir tercapai

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 23 Ogos – Melaka berjaya memperoleh nilai pelaburan sebanyak RM1.7 bilion dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding RM1.6 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Ia sekali gus menampakkan keyakinan kerajaan negeri untuk mencapai sasaran ditetapkan sebanyak RM3 bilion menjelang akhir tahun ini.

Daripada jumlah RM1.7 bilion itu, sebanyak RM1.4 bilion diperoleh daripada pelabur asing manakala RM302 juta daripada pelabur tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, terbaru dua syarikat dari Amerika Syarikat berminat untuk melabur masing-masing berjumlah RM300 juta.

"Ini membuktikan Melaka terus menjadi pilihan untuk kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) apabila dua syarikat ini berminat membina kilang membuat gelas dan produk kesihatan.

"Kita juga masih menunggu keputusan sebuah anak syarikat Daihatsu (M) Sdn. Bhd. yang ingin mendirikan kilang membuat peralatan automotif di Kawasan Perindustrian Lipat Kajang, Jasin dengan nilai pelaburan RM270 juta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa anjuran Invest Melaka bersama Media dan Sekretariat Jawatankuasa Teknikal dan Perlesenan (OSC) Invest Melaka di Beruang Hill, Bukit Beruang di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Invest Melaka, Ramli Mohd. Ali.

Abdul Ghafaar berkata, Melaka berada di tangga keenam kemasukan pelaburan ke negara ini selepas Selangor yang menduduki tempat pertama diikuti Pulau Pinang (kedua), Johor (ketiga), Sarawak (keempat) dan Negeri Sembilan (kelima).

"Kadar pertumbuhan ekonomi dijangka terus meningkat dengan aliran masuk FDI yang pesat.

"Kerajaan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan terus mempromosikan kawasan perindustrian di sini untuk menarik lebih ramai pelabur," katanya.

Pekebun kecil RISDA Melaka terima dividen RM12 juta

Posted:

Pekebun kecil RISDA Melaka terima dividen RM12 juta

Pekebun kecil RISDA Melaka terima dividen RM12 juta


WAN Mohamad Zuki Mohamad (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Abdul Rahim Tamby Chik (kanan) selepas menyempurnakan majlis penyerahan dividen kepada pekebun kecil RISDA di Lendu, Alor Gajah, kelmarin.


ALOR GAJAH 23 Ogos - Tinggal hanya lapan hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, kira-kira 2,002 pekebun kecil Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) di negeri ini mengukir senyum gembira.

Kegembiraan menghadapi Aidilfitri amat bermakna apabila mereka menerima pembayaran dividen sebanyak RM12 juta daripada RM176.6 juta dividen RISDA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.

Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, setiap peserta akan menerima bayaran dividen RM1,000 hingga RM2,000.

"Dengan pembayaran dividen ini ia akan dapat membantu peserta membuat persiapan menghadapi sambutan Aidilfitri. Ini setimpal dengan apa yang diusahakan di bawah RTBB atau TSK selain memajukan RISDA," katanya selepas menyampaikan bayaran dividen di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Lendu di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata, dengan pembayaran itu, beban pekebun kecil dapat diringankan untuk membeli pakaian, makanan dan sebagainya bagi persiapan Aidilfitri.

Dalam majlis itu, RISDA turut melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyumbang duit raya kepada 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zahra, 20 saudara baru dan 10 pesakit yang menerima rawatan hemodialisis.

Strategi baru elak kemalangan maut

Posted:

Strategi baru elak kemalangan maut

Strategi baru elak kemalangan maut

MELAKA 23 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan memperkenalkan beberapa strategi baru dalam Operasi Musim Perayaan Aidilfitri selama sebulan bermula 14 Ogos sehingga 14 September ini.

Pengarahnya, Mohd. Fadhil Hassan berkata, strategi yang dirancang dalam operasi tersebut bertujuan melahirkan pemandu berhemah selain mengelak daripada berlaku lebih banyak kemalangan maut sepanjang musim perayaan.

Menurutnya, antara strategi yang telah dilakukan sejak 5 hingga 12 Ogos lalu ialah dengan mengadakan pemeriksaan 49 buah bas ekspres di depoh-depoh dan bukannya di terminal Melaka Sentral.

"Selain itu, kakitangan JPJ akan terus menyamar sebagai pengguna bagi mengesan kesalahan yang dilakukan pemandu bas sepanjang pemanduan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai operasi pemeriksaan bas ekspres di Melaka Sentral, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Ghazale Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadhil berkata, pihaknya juga melakukan pemeriksaan lebih agresif ke atas bas ekspres seperti memeriksa tayar, brek, buku log kenderaan dan menjalankan ujian air kencing.

Menurutnya, penumpang boleh membantu JPJ dengan mengambil gambar melalui telefon bimbit, jika melihat mana-mana pemandu bas ekspres yang memandu secara bahaya.

''Mereka boleh melaporkannya kepada bahagian penguatkuasaan JPJ melalui e-mel jaafar.yaakob@jpj.gov.my atau srahmat@jpj.gov.my," katanya.

Beliau berkata, JPJ membuka bilik kawalan negeri yang beroperasi 24 jam bagi memastikan semua maklumat dan aduan orang ramai dapat disalurkan melalui talian 06-2328625.

Sementara itu, Mohd. Fadhil berkata, JPJ akan mengurangkan sekatan jalan raya yang boleh menyebabkan kesesakan, tetapi rondaan pasukan penguat kuasa di lokasi-lokasi tertentu akan diadakan lebih kerap.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved