Rabu, 24 Ogos 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Aura raya dengan Shiseido

Posted:

Aura raya dengan Shiseido

Aura raya dengan Shiseido

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH

PERCAYALAH bahawa wajah ceria dengan solekan bergaya di pagi raya pasti memberikan satu pesona atau aura positif untuk diri sendiri dan insan di sekeliling. Anda pasti boleh buktikannya sendiri.

Inilah juga masanya untuk anda memberikan satu impak buat seluruh ahli keluarga terutama suami dengan solekan ceria penuh bergaya.

Bagi yang tidak pasti caranya boleh mengaplikasikan idea yang diilhamkan oleh artisan Shiseido, Jimmy Foong.

Mengetahui majoriti wanita memang menggemari warna merah jambu, Jimmy menzahirkan solekan yang paling sesuai untuk mood baju raya anda tahun ini.

BERMULA dengan solekan asas, rahsia untuk memiliki kulit licin mulus tanpa nampak sebarang cela ialah dengan penggunaan Shiseido Makeup Primer, kemudian diikuti dengan Corrector dan kalau masih tidak kelihatan sekata gunakan Natural Finish Cream Concealer.

"Kalau mahukan efek yang lebih nipis, sebaiknya gunakan jari sahaja untuk meratakan krim ke seluruh wajah, tetapi jika mahu efek yang lebih tebal, boleh gunakan sepan atau berus.

"Perlu diingat, jangan sapukan krim dengan tebal di kawasan garis senyum kerana pergerakan ketara di bahagian tersebut akan menyebabkan krim asas tampak tidak sekata," ujar Jimmy Foong.

Untuk menambah seri, sebelum menggunakan solekan, gunakan Pore Refining di bahagian Zon T diikuti Make Up Based untuk melindungi kulit.

"Seperkara lagi tentang krim asas, pilihlah warna satu ton kurang dari warna kulit, ini kerana warna tersebut akan dioksida apabila bercampur dengan oksigen seterusnya menghasilkan warna adunan kulit yang lebih natural.

"Untuk mencuba krim asas yang sesuai dengan kulit, pastikan anda mencubanya di bahagian rahang, sebelum mengambil keputusan memilih warna untuk dibeli," tambahnya.

Langkah seterusnya ialah dengan menghasilkan shading atau penggelap untuk mengurangkan fokus di bahagian tersebut. Untuk itu, Jimmy menggunakan bedak pupur yang tona nya lebih gelap dan aplikasikan di bahagian bawah tulang pipi menggunakan berus khas.

"Jika mahukan efek berseri-seri pastikan anda menggunakan highlighting powder di kawasan Zon T," jelasnya.

UNTUK bahagian kening pula pastikan kening anda mengikut piawaian saiz kening dengan ukuran standard.

"Untuk mengukur arca kening iaitu di bahagian yang paling tinggi, pandang mata ke depan dan bola mata hitam tepi adalah ukuran arca tersebut. Gunakan pensel berwarna perang atau coklat gelap, adun di bahagian pangkal kening dan gelapkan sedikit di bahagian hujung kening," ujarnya.

PEMBAYANG mata perlu dimulakan dengan warna yang sederhana terang di keseluruhan bahagian kelopak mata.

"Untuk kelihatan lebih ceria di pagi raya, saya memilih warna merah jambu untuk bahagian kelopak atas mata. Untuk efek mata yang lebih seksi dan besar, warna biru gelap dibentuk di hujung ekor mata. Lebih ringkas dan efeknya juga lebih natural," katanya lagi.

PENGGUNAAN penggaris mata dan maskara perlu diberi perhatian kerana ia akan memberi efek dramatik pada mata.

"Untuk mata seperti Nadiah, saya menggunakan penggaris mata yang kurang tebal kerana matanya sudah sedia besar. Maskara digunakan untuk menampakkan bulu mata yang lebih lebat dan menawan," jelasnya.

PEMERAH pipi diaplikasi dengan berus besar dan caranya dengan senyum dan sapukan warna lembut seperti merah jambu atau jingga lembut di bahagian pipi yang timbul ketika anda senyum. Sapu rata dan pastikan berus anda diketuk sedikit untuk membuang sedikit habuk sebelum disapukan ke atas pipi.

AKHIR sekali gunakan gincu yang lebih lembut warnanya kerana tidak mahu banyak titik fokus di bahagian wajah.

"Bila mata sudah disolek hebat, pastikan warna gincu yang digunakan lebih lembut, begitulah juga sebaliknya. Selepas gincu, oles sedikit glos di bahagian tengah bibir atas dan bawah sahaja," ujarnya.

NADIAH yang tampil begitu menawan di Hari Raya dengan solekan dari Koleksi Solekan Shiseido.

Kilauan emas di Aidilfitri

Posted:

Kilauan emas di Aidilfitri

Kilauan emas di Aidilfitri


CINCIN emas Tomei.


MEMILIKI barang kemas baru sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi tentu menambah keceriaan khususnya kepada wanita.

Apatah lagi jika ia rekaan terbaru sebagaimana yang ditampilkan oleh jenama barang kemas terkenal, Tomei.

Jauhari emas bagi kebanyakan wanita itu memeriahkan hari raya kali ini dengan koleksi terbaru barang kemas yang bertemakan Gemilang Emas Bersama Tomei.

Keindahan tiga set barang kemas terbarunya, iaitu set Gemilang Emas, set Legenda Emas dan set Seri Mewah juga Impian yang merupakan anting-anting emas sememangnya memukau mata.

Bagi yang hanya ingin mendapatkan rantai leher atau gelang mungkin boleh mendapatkan koleksi Cetusan Abadi atau Cahaya Klasik selain pilihan pelbagai bentuk cincin, loket dan anting-anting secara berasingan.

Tidak ketinggalan koleksi Sweet Lily, keluaran jenama antarabangsa Prima Gold pula merupakan koleksi emas tulen 24K.

Menariknya dengan pembelian RM4,999 ke bawah bagi Prima Gold pelanggan boleh memiliki beg simpanan barang kemas manakala set beg biru eksklusif disediakan bagi pelanggan yang membeli sehingga RM5,000 ke atas.

Sempena raya ini, Tomei mengadakan promosi jimat-jimat raya di beberapa buah lokasi, iaitu di Alamanda, Putrajaya sehingga hingga 29 Ogos 2011, serta di cawangan-cawangan Tomei yang lain.

Hadiah percuma turut disediakan bersama-sama dengan pembelian pada tarikh tersebut.

Bagi memudahkan pembeli ia memperkenalkan program bersama Bank UOB dan Aeon Credit yang menarik.

Ahli-ahli kad kredit UOB boleh mendapatkan rebat tunai dengan pembelian mana-mana produk terkini daripada senarai promosi disediakan.

Dalam pada itu sepanjang Ogos ini hingga Januari 201 2 Tomei tampil dengan promosi istimewa Peraduan RM100 Untuk Berlian 1 Karat. Keterangan lanjut boleh layari www.myjewelclub.com.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved