Rabu, 24 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis buru perogol bersiri

Posted:

Polis buru perogol bersiri

Polis buru perogol bersiri

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


MAZLAN Lazim menunjukkan gambar suspek yang disyaki perogol bersiri sewaktu membuat kenyataan akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 24 Ogos – Seorang lelaki yang dikategorikan amat berbahaya kini diburu polis kerana dipercayai telah merogol seramai 19 gadis selain terlibat dalam beberapa kes cubaan merogol di negeri ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan pihaknya mendapati, lelaki terbabit sering menjadikan pelajar dan pekerja yang tinggal di asrama sebagai mangsanya.

Menurut beliau, perogol bersiri berusia antara 20 hingga 30 tahun itu aktif melakukan jenayah itu sejak tahun lalu di negeri ini.

"Dalam kes terbaru di Tanah Merah, suspek dikatakan memecah masuk asrama mangsa, mengikat tangan dan mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa.

"Polis berjaya mengesan identiti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berhampiran asrama tersebut dan kita sedang berusaha memburunya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mazlan berkata, kebanyakan kes rogol berlaku di rumah yang tidak berkunci dan pada tingkat atas bangunan asrama tersebut.

Berdasarkan modus operandi yang sama, katanya, polis percaya semua kes ini dilakukan oleh orang yang sama.

Kes ini tambah beliau, disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Nor Hafizah Nor Hamid di talian 017-6900714.

Curi kereta di pusat servis

Posted:

Curi kereta di pusat servis

Curi kereta di pusat servis

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my

SEREMBAN 24 Ogos – Misteri kehilangan beberapa buah kereta di pusat servis kenderaan sekitar bandar ini terjawab selepas polis berjaya menahan seorang lelaki dan membawa kepada penemuan empat buah kereta curi bernilai lebih RM200,000 di sini semalam.

Suspek yang berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira pukul 6 pagi di Sikamat ketika polis sedang mengesan kehilangan sebuah kereta BMW 3 siri yang dilaporkan hilang pada pukul 5 petang kelmarin, di sebuah pusat servis di bandar ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh berkata, bertindak atas maklumat diterima, polis berjaya mengesan kereta berkenaan yang ditinggalkan di deretan kedai sekitar Sikamat, sebelum membuat intipan bagi memberkas suspek.

"Kita membuat intipan selama sejam selepas menerima maklumat berhubung kecurian kereta BMW berwarna putih itu.

"Kereta itu dipercayai ditinggalkan di kawasan lain sebelum suspek datang keesokan harinya ketika cuba menghidupkan kereta yang dicurinya itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid.

Menurut Osman, modus operandi lelaki tersebut adalah dengan menaiki kenderaan lain ke pusat servis lalu meninggalkan kereta tersebut sebelum mencuri kereta lain.

Katanya, hasil tangkapan suspek yang rekod jenayah lampau itu turut membawa kepada penemuan tiga lagi kenderaan curi iaitu Perodua MyVi, Kia Spectra dan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.

"Berdasarkan siasatan, suspek berasal dari Perak dan melakukan jenayah itu seorang diri. Dia juga dipercayai mempunyai tempat menjual kereta yang dicuri manakala sasarannya apa sahaja kenderaan.

"Selain empat buah kenderaan itu, suspek juga mengaku mencuri beberapa kenderaan lain dan menjualnya di negeri ini, Selangor dan Kuala Lumpur," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved