Rabu, 24 Ogos 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SMK Mulong lancar Tabung Nurul Dahyatul

Posted:

SMK Mulong lancar Tabung Nurul Dahyatul

SMK Mulong lancar Tabung Nurul Dahyatul

KOTA BHARU 24 Ogos - Sempena Bulan Kemerdekaan 2011, Kelab Pencinta Alam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong di sini melancarkan Tabung Bantuan Pulih Wajah kepada Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, dari Sekolah Kebangsaan Padang Setar, Kuala Berang, Terengganu.

Usaha tersebut dibuat atas rasa simpati dan mahu berkongsi kesedihan yang dialami oleh Nurul Dahyatulyang terpaksa menjalani kehidupan seharian dengan wajah yang berparut teruk akibat terkena asid angkara perbuatan bapanya sendiri.

Menurut Pengerusinya, Sarah Halwa Zainuddin, 18, dia bersama-sama 25 ahli kelab yang terdiri di kalangan pelajar tingkatan enam rendah dan atas melahirkan rasa syukur kerana tabung tersebut mendapat sambutan di kalangan pelajar lain di sekolah tersebut walaupun tempoh kutipan hanya sehari.

"Selepas mendapat maklumat mengenai mangsa asid, Nurul Dahyatul di dada akhbar, kelab Pencinta Alam SMK Mulong mengambil inisiatif melancarkan tabung bantuan untuk memulihkan wajahnya kerana kami simpati dengan nasib yang menimpa Nurul Dahyatul.

"Sebagai gadis remaja, semua ahli kelab dapat merasai kesedihan dan kepayahan yang terpaksa dilalui oleh Nurul Dahyatul setiap kali berhadapan dengan orang ramai. Justeru hanya pembedahan wajah yang diharap dapat memulihkan wajahnya semula," katanya.

Sarah ditemui selepas menyerahkan sumbangan RM700 yang berjaya dikumpul menerusi tabung tersebut kepada Pengetua SMK Mulong, Mohd. Fauzi Mamat sewaktu Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, baru-baru ini.

Menurut Sarah, melalui bantuan yang dihulur itu, diharap mampu menambah tabung anjuran Larian Sahara dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) yang diberi nama Tabung Pulih Wajah Nurul Dahyatul Fazlinda-YPU.

"Kami berharap rakan-rakan dari sekolah lain akan sama-sama menghulurkan bantuan kepada Nurul Dahyatul agar pembedahan ke atasnya dapat disegerakan," ujarnya.

Sementara itu, guru penasihat kelab, Hasmah Mamat berkata, bagi pihak sekolah kutipan tabung seumpama itu amat dialu-alukan kerana ia bertujuan menggalakkan pelajar berkongsi perasaan dan menyelami hati individu yang memerlukan.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan kepada tabung tersebut menerusi nombor akaun Bank Islam (Malaysia) Bhd. 13053010003071.

"Melalui tabung yang dilancarkan, para pelajar terus menyumbang mengikut keikhlasan masing-masing selepas kelab menyampaikan maklumat mangsa asid yang diperoleh daripada akhbar-akhbar tempatan," ujarnya.

Dalam kejadian Ogos tahun lalu di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, Nurul Dahyatul Fazlinda cedera parah hampir keseluruhan wajah dan beberapa anggota badan akibat terkena simbahan asid oleh ayahnya sendiri.

Ibunya Che Ku Huzaimah, adik serta neneknya, Muhammad Irfan Firdaus, 3, dan Minah Omar, 57 tahun turut terkena asid tersebut tetapi tidak mengalami kecederaan serius.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan kepada tabung tersebut menerusi nombor akaun Bank Islam (Malaysia) Bhd. 13053010003071.

SMK Sungai Udang hasilkan Jalur Gemilang terpanjang

Posted:

SMK Sungai Udang hasilkan Jalur Gemilang terpanjang

SMK Sungai Udang hasilkan Jalur Gemilang terpanjang


WARGA Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang ceria mempamerkan Jalur Gemilang terpanjang yang dihasilkan mereka di Melaka, semalam.


MELAKA 24 Ogos - Kira-kira 811 warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Udang di sini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 15.5 meter bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran lebar 10 meter itu dihasilkan oleh 30 guru sekolah tersebut sejak dua bulan lalu dan selepas disiapkan, bendera terlibat ditandatangani oleh semua warga SMK Sungai Udang sebelum digantung di pekarangan sekolah.

Pengetua SMK Sungai Udang, Omar Yusof berkata, idea menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu diperoleh melalui perbincangan Jawatankuasa Bulan Keceriaan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah itu sebelum ini.

''Pihak sekolah memang merancang membuat kelainan dalam menyambut kemerdekaan negara tahun ini kerana mahu para pelajar berasa bangga menjadi rakyat negara ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Jalur Gemilang SMK Sungai Udang di sini baru-baru ini.

Katanya, pihak sekolah membelanjakan kira-kira RM200 untuk menghasilkan bendera tersebut dengan bantuan para guru dan seluruh pelajar sekolah berkenaan.

Beliau berkata, program menghasilkan Jalur Gemilang terpanjang itu merupakan sebahagian acara tahunan dan aktiviti sekolah tersebut sempena menyambut bulan kemerdekaan negara setiap tahun.

''Kos ini dianggap tidak membebankan guru dan pelajar kerana apa yang penting adalah semangat patriotisme dan cintakan negara berjaya diterapkan ke atas semua warga SMK Sungai Udang,'' ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved