Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Generasi muda pertahan boria

Posted:

Generasi muda pertahan boria

Generasi muda pertahan boria

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


Kumpulan Boria Rukun Tetangga (RT) Bukit Gedung mengadakan latihan di Bayan Baru, Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 17 Ogos – Boria memang cukup sinonim dengan masyarakat di negeri ini. Tahun 1940-an hingga 1980-an dulu merupakan era kegemilangan boria di mana persembahannya sering dapat dilihat dari majlis-majlis rasmi sehinggalah di pesta ria serta ceruk kampung.

Namun, boria kini tidak lagi mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, semakin dilupakan.

Menyedari keadaan itu, beberapa kumpulan boria kini giat melatih anak-anak muda bagi memastikan warisan Pulau Mutiara itu tidak lupus ditelan zaman.

Mereka dibimbing oleh para penggiat seni bagi membentuk kumpulan pelapis untuk membolehkan boria kekal relevan dalam budaya masyarakat di negeri ini.

Antaranya kumpulan boria Rukun Tetangga (RT) Bukit Gedung di Bayan Baru.

Kumpulan tersebut bergiat aktif dan sering mengadakan persembahan pada majlis-majlis selain menyertai pertandingan yang diadakan di sekitar negeri ini.

Pengasasnya, Sharill Che Amad, 57, berkata, penubuhan kumpulan itu bertujuan membangunkan semula kegemilangan seni budaya warisan asli Pulau Pinang agar tidak dilupakan.

"Kumpulan ini disertai 16 remaja perempuan berusia 11 hingga 16 tahun yang merupakan anak-anak penduduk di rumah pangsa Bukit Gedung.

"Selain memupuk minat agar terus memberi perhatian terhadap seni boria, penubuhannya juga bertujuan mengurangkan aktiviti tidak berfaedah di kawasan perumahan flat ini misalnya melepak," katanya.

Rata-rata ahli kumpulan berkenaan yang ditemui bangga kerana bukan sahaja mereka dapat mengembalikan kegemilangan seni boria tetapi juga mengisi masa terluang dengan kegiatan berfaedah.

Sharill yang turut bertindak sebagai jurulatih kumpulan memberitahu, ketika ini, latihan dilakukan setiap malam Rabu dan Sabtu di balai komuniti rumah pangsa itu.

Beliau tidak menafikan menghadapi kesukaran semasa mula-mula membentuk kumpulan itu kerana rata-rata ahlinya tidak mempunyai asas dalam boria, malah, ramai yang tidak tahu mengenai kesenian tersebut.

Menurutnya, ahli-ahli kumpulan yang dibimbing secara perlahan-lahan dapat menerima segala tunjuk ajarnya, malah semakin serasi dan mesra sesama mereka.

"Alhamdulillah, saya dapat lihat anak-anak ini berubah dari segi sikap dan kematangan pemikiran. Disiplin dalam kumpulan yang diterapkan berjaya mempengaruhi diri mereka.

"Jika semasa penubuhannya, kumpulan ini berdepan dengan masalah kekurangan ahli yang majoritinya beliawanis, kini ramai muda-mudi tempatan tertarik untuk menyertainya termasuklah belia lelaki.

"Malah, saya dan pihak kepimpinan RT di sini amat berbesar hati sekiranya lebih ramai yang berminat untuk menganggotai kumpulan ini agar sama-sama memartabatkan seni warisan boria Pulau Pinang," ujarnya.

Pada April lalu, kumpulan tersebut muncul juara bagi kategori remaja peringkat saringan Festival Boria 1Malaysia yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Jalan Perak di sini.

Kumpulan yang dibarisi peserta berumur antara 13 dan 20 tahun itu berjaya mengalahkan 10 kumpulan lain dari seluruh daerah Pulau Pinang.

Pertandingan boria tersebut dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan yang turut melibatkan kategori kanak-kanak dan terbuka.

Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian.

Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang di mana biasanya akan memegang tongkat ketika menyanyi.

Rangkap karangan boria yang hujung suku katanya sama pada setiap rangkap selalunya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis menyamar masuk premis judi elak tonto

Posted:

Polis menyamar masuk premis judi elak tonto

Polis menyamar masuk premis judi elak tonto


Lai Fah Hin (kiri) menunjukkan lambakan komputer yang telah diubah suai menjadi mesin judi di IPD Barat Daya di Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam.


BALIK PULAU 17 Ogos - Seorang penjaga premis judi berkomputer di sini, hanya mampu tergamam apabila mendapati pelanggan yang datang untuk bertaruh rupa-rupanya anggota polis yang menyamar.

Begitu taktik digunakan sepasukan lapan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang diketuai Inspektor Saiful Aflan Rahim ketika menyerbu premis berkenaan di Taman Seri Indah di sini, pukul 12.20 tengah malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin berkata, anggotanya terpaksa menyamar sebagai pelanggan bagi mengelak dikesan tonto yang diupah oleh pemilik premis judi itu.

"Ketika serbuan tiada pengunjung di premis itu dan hanya seorang penjaga warga tempatan yang berusia 25 tahun.

"Kita menahan suspek itu dan merampas 23 buah komputer yang sudah diubah suai menjadi mesin judi bernilai hampir RM30,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, premis tersebut biasanya memulakan perniagaan ketika orang Islam menunaikan sembahyang tarawih.

Katanya, lelaki yang ditahan dibawa ke IPD Barat Daya dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001) dan Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998.

Fah Hin melahirkan rasa kesal terhadap pemilik-pemilik premis perjudian yang bukan sahaja tidak menghormati undang-undang, malah berani beroperasi termasuk pada waktu siang.

Beliau menambah, sebanyak 44 serbuan dibuat dan 631 buah komputer yang sudah diubah suai menjadi mesin judi dirampas sejak Januari lalu.

Daripada serbuan tersebut, jelas beliau, seramai 98 orang ditahan, manakala 38 kes masih dalam siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiga laluan dipantau 24 jam

Posted:

Tiga laluan dipantau 24 jam

Tiga laluan dipantau 24 jam

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


HASSAN Yaccob melihat slip pemeriksaan bas yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan selepas sidang akhbar di Butterworth, kelmarin.


BUTTERWORTH 17 Ogos - Bagi memastikan penurunan kes kemalangan pada musim cuti perayaan Aidilfitri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menempatkan anggota penguat kuasa serta rondaan selama 24 jam sehari bagi mengawasi tiga laluan maut yang dikenal pasti di negeri itu.

Pengarah JPJ negeri, Datuk Hassan Yaccob berkata, laluan terbabit adalah Jalan Chain Ferry-Bumbung Lima-Lebuhraya Bertam-Sungai Dua; Jalan Baru Prai-Nibong Tebal-Lebuhraya Jawi-Juru dan Jambatan Pulau Pinang-Jalan Tun Sardon-Bayan Lepas.

Menurutnya, anggota penguat kuasa akan membuat rondaan dan memberi tumpuan kepada jalan-jalan terbabit melalui kaedah penguatkuasaan nampak iaitu anggota JPJ dapat dilihat oleh pemandu bagi membolehkan mereka mempunyai perasaan bimbang diambil tindakan.

"Rondaan berkala 24 jam akan dijalankan oleh 20 kumpulan rondaan di sekitar laluan tersebut bermula 14 Ogos lalu sehingga 14 September ini bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

"Selain itu, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan di dua terminal bas iaitu Terminal Sementara Penang Sentral di sini dan Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong di George Town," katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran operasi tersebut di sini semalam.

Hassan berkata, sebanyak 137 buah bas ekspres telah diperiksa terlebih awal sebelum musim perayaan, iaitu pada 5 hingga 15 Ogos di pejabat JPJ negeri serta terminal bas.

Jelasnya, anggota JPJ juga ditempatkan di terminal bas tersebut bagi mengadakan pemeriksaan seperti tayar, brek, buku log dan pemandu kedua, lesen memandu, cukai jalan dan permit serta semakan mata Kejara pemandu.

"Pemeriksaan teknikal bas ekspres di depot dan terminal akan dilakukan bagi memastikan keselamatan teknikal bas terjamin selain penyamaran anggota sebagai penumpang bas ekspres untuk mendisiplinkan pemandu bas.

"Operasi di terminal ini turut disertai Bahagian Narkotik Polis Diraja Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan bagi membuat pemeriksaan rawak ujian air kencing terhadap pemandu," ujarnya.

Selain itu, JPJ turut menjalankan penguatkuasaan secara penyamaran bagi sembilan kesalahan lalu lintas seperti memandu melebihi had laju, gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan dan sebagainya.

Hassan turut memaklumkan sepanjang dua hari pemeriksaan operasi terbabit dijalankan, sebanyak 34 saman dikeluarkan kepada pemandu atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta 19 lagi kerana tidak memakai tali pinggang keledar manakala 12 yang lain kerana tiada lesen memandu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved