Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Bergaya walau berbadan dua

Posted:

Bergaya walau berbadan dua

Bergaya walau berbadan dua

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Abdul Nazir Mohamed


BAGI yang mahu gaya ringkas tapi agak moden, mungkin ini boleh menjadi pilihan.


APABILA berbicara mengenai dunia fesyen, ia sebenarnya tiada halangan untuk semua wanita bergaya.Ini termasuklah wanita-wanita yang berbadan dua. Malah dalam setiap rekaan yang dihasilkan, golongan ibu mengandung tidak akan dilupakan.

Begitu juga apabila tibanya musim perayaan di mana wanita yang hamil juga boleh meraikannya dengan pelbagai fesyen yang disediakan. Bagi butik pakaian ibu mengandung, Modernmum, untuk tahun ini, mereka turut menyediakan pelbagai pilihan bergaya untuk bakal-bakal ibu.

Koleksi Modernmum kali ini sememangnya direka khas untuk digayakan pada pagi Syawal. Memilih fabrik sejuk dan selesa untuk digayakan ibu mengandung, sudah pasti koleksi yang ditampilkan berkualiti tinggi.

Menurut Pengurus Kanan Operasinya, Amy Yep, untuk memberi keselesaan yang maksimum kepada wanita hamil, pihaknya telah memilih fabrik jenis kain kapas. Ini kerana fabrik tersebut dilihat bukan sahaja lembut tetapi sejuk dan selesa apabila digayakan.

"Kami di Modernmum pastinya memberikan yang terbaik buat pelanggan dan sudah pasti pemilihan fabrik amat penting untuk memberi keselesaan penuh kepada ibu mengandung apabila menggayakannya.

"Koleksi kali ini juga boleh digayakan ke mana-mana jua dan ia sudah pasti sesuai untuk digayakan ketika mengunjungi sanak-saudara mahupun menghadiri rumah terbuka.

"Begitupun, apa yang menjadikan koleksi di Modernmum lebih istimewa ialah, ia masih lagi boleh digayakan selepas bersalin," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ingin memastikan setiap ibu mengandung sentiasa kelihatan anggun dan bergaya ketika hamil, koleksi yang ditampilkan turut memberi pelbagai pilihan seperti blaus dan seluar, blaus dan skirt labuh, serta blaus labuh.

Turut menyelitkan beberapa hiasan manik di bahagian dada, sudah pasti ia memberikan penampilan ceria kepada bakal ibu.

Tidak ketinggalan mengetengahkan warna-warna lembut, ibu mengandung akan lebih kelihatan bergaya dan menarik dengan sentuhan rekaan moden.

Ini kerana warna turut mempengaruhi mood ibu mengandung selain potongan baju yang dihasilkan Modernmum amat bersesuaian dengan potongan badan dan tidak terlalu longgar.

Yang penting, segala rekaan yang ditampilkan adalah trendy dan mengikut cita rasa aliran fesyen semasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved