Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Tiga beranak maut di jalan raya

Posted:

Tiga beranak maut di jalan raya

Tiga beranak maut di jalan raya


AHMAD Tajudin Mohd. Ariffin yang cedera dibawa masuk ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital selepas kemalangan di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, malam kelmarin.


KEMAMAN, 18 Ogos - Sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka terbunuh dalam satu kemalangan malam tadi di Kilometer 127, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan Resort Awana Kijal di sini, selepas membeli baju raya di Kuantan.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Nik Herna Mokhtar, 28; suaminya, Mohd. Aswari Ariffin, 36; dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4 tahun.

Nik Nor Syafiqah, 10, adik kepada Nik Herna dan pemandu sebuah lagi kereta, Ahmad Tajuddin Mohd. Ariffin, 30-an, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva yang dipandu oleh Mohd. Aswari terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu oleh Ahmad Tajuddin.

"Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kuantan ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik. Kereta mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum berpusing dan bertembung dengan sebuah kereta lain," katanya.

Menurut seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Naim, dia terkejut apabila ternampak sebuah kereta terbalik, namun tiada suara meminta tolong didengari.

"Selepas diperiksa saya nampak seorang wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terhimpit di bahagian depan kereta dan sudah meninggal dunia.

Seorang lagi kanak-kanak yang duduk di bahagian belakang masih bernyawa tapi lemah.

Bapa Nik Herna, Mokhtar Said, 52, memberitahu,keadaan Nik Nor Syafiqah yang merupakan anak bongsunya adalah kritikal.

"Waktu sahur kelmarin Nik Herna dan Nik Nor Syafiqah bawa air sejuk untuk saya sebab saya memang tidak bersahur.

"Mereka tidak pernah berbuat demikian tetapi ketika itu saya tidak berasa apa-apa yang pelik," katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman di sini. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Polis tubuh pasukan khas siasat kes simbah asid

Posted:

Polis tubuh pasukan khas siasat kes simbah asid

Polis tubuh pasukan khas siasat kes simbah asid

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Polis sudah menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu penjenayah yang bertanggungjawab dalam kes-kes serangan asid terhadap orang awam di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pasukan khas menggabungkan pegawai polis dari Selangor dan Kuala Lumpur itu akan bekerjasama dalam mengumpul maklumat dan menjejaki penjenayah berkenaan.

"Pihak polis memandang serius laporan kes-kes serangan asid terhadap orang awam yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

"Satu pasukan khas sudah ditubuhkan yang menggabungkan pegawai-pegawai dari Kuala Lumpur dan Selangor bagi bekerjasama mengumpul maklumat dan mengesan penjenayah yang bertanggungjawab dalam kes ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, lakaran wajah seorang suspek turut diedarkan kepada media oleh polis Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, setakat ini, siasatan pihaknya mendapati suspek dalam serangan terbaru itu tidak mempunyai kaitan dengan siri serangan simbah asid yang dilaporkan sebelum ini.

"Spekulasi bahawa serangan terbaharu ini ada kaitan dengan siri serangan asid yang mencederakan beberapa orang awam sejak Mac lalu adalah tidak berasas.

"Kami mempunyai alasan kukuh untuk mempercayai bahawa kejadian jenayah terbabit tiada kaitan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Bakri turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya tampil membantu polis dalam siasatan.

"Kami akan berhabis-habisan berusaha untuk menjejaki pelaku jenayah ini dan berharap dapat menyelesaikan kes-kes serangan asid terbabit dengan segera," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved