Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Mengaku rasuah anggota Rela

Posted:

Mengaku rasuah anggota Rela

Mengaku rasuah anggota Rela

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


Mohd. Norizan Salimin (kiri) dan Tan Bon Tong (dua dari kanan) berbincang dengan rakan mereka sebelum dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memberi rasuah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 17 Ogos - Seorang ejen syarikat perkapalan dan peneroka Felda, masing-masing dihukum penjara sehari dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pada April lalu.

Hakim Madihah Hairullah turut memerintahkan Tan Bon Tong, 45, dan Mohd. Norizan Salimin, 51, menjalani hukuman penjara 15 bulan lagi sekiranya mereka gagal menjelaskan denda masing-masing.

Bon Tong dan Mohd. Norizan mengaku memberi suapan RM4,950 kepada Penolong Pegawai Rela, Noor Hasni Dewi Abdul Rahman di Nombor 237, Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit, Pengerang kira-kira pukul 9 malam, 12 April lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk Noor Hasni tidak membuat pemeriksaan terperinci terhadap sekumpulan warga Indonesia yang ditahan serta tidak mengambil tindakan terhadap dua wanita warga asing yang mempunyai pas lawatan tamat tempoh.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, peguam bela, K. Sivarajendren yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan anak guamnya itu telah mengaku bersalah dan ia merupakan kesalahan pertama mereka.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noorfazlin Hamdan memohon mahkamah mengambil kira kepentingan umum lebih daripada kepentingan tertuduh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

25 pasar tani sempena Aidilfitri

Posted:

25 pasar tani sempena Aidilfitri

25 pasar tani sempena Aidilfitri

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 17 Ogos - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Ahli Jawatankuasa Peserta Pasar Tani akan mengadakan Pasar Tani Khas Menjelang Aidilfitri selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Ogos ini di 25 lokasi di seluruh negeri ini.

Pengarah FAMA negeri, Faridulatrash Md. Mokri berkata, empat pasar tani akan beroperasi selama dua hari iaitu Pasar Tani Mega Larkin pada 27 dan 29 Ogos ini, manakala Pasar Tani Taman Indahpura, Kulaijaya; Pasar Tani Bandar Baru Uda; Pasar Tani Jalan Sungai Kemang, Kota Tinggi dan Pasar Tani Stadium Pontian akan beroperasi pada 28 dan 29 Ogos ini.

Beliau berkata, pasar tani lain pula akan mengadakan jualan khas selama sehari pada tarikh yang ditetapkan iaitu 27 Ogos di Pasar Tani Pasir Gudang; Pasar Tani di tempat letak kereta Dewan Jubli Intan Segamat dan Pasar Tani Endau, Mersing.

"Pada 28 Ogos pula, Pasar Tani Taman Universiti; Pasar Tani Taman Sri Pulai; Pasar Tani Nusa Perintis, Gelang Patah; Pasar Tani Rengit, Pasar Tani Jalan Omar dan Pasar Tani Parit Raja, Pontian akan beroperasi.

"Pasar Tani Kampung Melayu, Kluang; Pasar Tani Simpang Renggam; Pasar Tani Bandar Tenggara, Kota Tinggi; Pasar Tani Yayasan Segamat; Pasar Tani Mersing, Pasar Tani di tempat letak kereta Stadium Muar; Pasar Tani Bukit Pasar dan Pasar Tani Tangkak, Muar akan turut beroperasi pada hari yang sama, manakala Pasar Tani Labis, Segamat beroperasi 29 Ogos," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved