Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bekalan air kerap terputus

Posted:

Bekalan air kerap terputus

Bekalan air kerap terputus

AHMAD SHUKRI, Kuala Krau

Saudara pengarang,
HARI Raya Aidilfitri tidak lama lagi tetapi kami sebagai penduduk Kampung Kuala Krau sering diselubungi kebimbangan ekoran masalah air yang kerap terputus sejak hampir empat bulan lalu.

Masalah tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) namun hingga kini pihak berkenaan masih gagal memberikan sebab bekalan air kerap terputus.

Kami mahu mengetahui apa punca sebenar kerana sebagai pengguna sudah pasti mempunyai hak untuk mengetahui masalah atau kerosakan yang berlaku.

Kami di sini risau kerana pada Hari Raya Aidilfitri nanti, air sangat diperlukan.

Kami berharap masalah itu dapat diselesaikan segera dan JBA dapat menanganinya secepat mungkin.

Sejak Julai lalu, lebih daripada lima kali bekalan air terputus dan adakala ia berlarutan hampir seminggu.

Jika bekalan air dibaiki, tekanan air yang diterima pula sangat rendah.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan rendah mereka mendapat bekalan yang sangat kecil menyebabkan mereka perlu bangun pada awal pagi sekitar pukul 1 atau 2 pagi untuk menadah air.

Bagi penduduk yang tinggal di kawasan tinggi dan berbukit, mereka langsung tidak menerima bekalan air. Sampai bila kami harus menderita sebegini.

Selama ini, penduduk menerima bekalan air bersih dari Loji Kampung Batu Sawar selain mendapatkan bekalan daripada Sungai Pahang.

Bagaimanapun kami tidak mahu mengambil risiko membawa anak kecil mandi di sungai itu kerana malang tidak berbau.

Kami juga tidak mahu minum air sungai itu kerana bimbang dengan masalah pencemaran.

Bagi golongan warga emas, mereka tidak mampu untuk mengangkut air dari Sungai Pahang.

Hakikatnya, penduduk memerlukan perkhidmatan terbaik daripada JBA kerana mereka juga membayar bil setiap bulan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mohon jalan sejak 20 tahun lalu

Posted:

Mohon jalan sejak 20 tahun lalu

Mohon jalan sejak 20 tahun lalu

ZAINAL IBRAHIM, Kampung Batu Kapor, Mentakab


ZAINAL Ibrahim menunjukkan lorong masuk ke rumah pusaka ayahnya yang dijanjikan pihak berkenaan untuk membina jalan tar.


Saudara pengarang,
SAYA penduduk Kampung Batu Kapor, Mentakab ingin menuntut janji yang dibuat 20 tahun lalu untuk membina jalan masuk ke rumah saya.

Pihak berkenaan membuat janji tersebut kepada Allahyarham abang saya, Harith Azmi Ibrahim pada 1991 tetapi tidak pernah ditunaikan sehingga arwah meninggal dunia pada 2008.

Pihak berkenaan berjanji akan membina jalan tar ke rumahnya sejauh kira-kira 50 meter.

Ketika masih hidup, arwah sentiasa berjumpa dengan pihak berkenaan untuk memastikan janji itu ditunaikan.

Bagaimanapun, hasrat arwah untuk mendapatkan jalan itu tidak kesampaian. Jalan itu sangat diperlukan kerana apabila hujan, jalan menghala ke rumahnya itu becak dan mengotorkan.

Saya berharap pihak berkenaan dapat menunaikan janji ke atas arwah abangnya itu kerana kami tidak mampu untuk membina jalan tar untuk keluar masuk.

Pihak yang berkenaan pernah datang ke rumah arwah untuk kerja-kerja mengukur bagi membina jalan tar tersebut.

Selepas pihak berkenaan mengukur, kami sangkakan akan mendapat jalan yang diminta.

Bagaimanapun kami hampa kerana dari sehari ke sehari menunggu, jalan tar yang diharapkan tidak kesampaian.

Jalan itu tidaklah terlalu panjang atau lebar tetapi cukup untuk kemudahan kenderaan keluar masuk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Perbaiki kabel elektrik 'menjalar' atas jalan

Posted:

Perbaiki kabel elektrik 'menjalar' atas jalan

Perbaiki kabel elektrik 'menjalar' atas jalan

AZIZ MANAN, Kampung Darling Hulu, Lipis

Saudara pengarang,
SAYA mewakili penduduk Kampung Darling Hulu, Padang Tengku, Lipis ingin menarik perhatian pihak berwajib mengenai langkah-langkah keselamatan yang semakin dipandang remeh.

Isu yang ingin dikemukakan ialah mengenai kabel dari tiang elektrik ke rumah yang terbiar di atas tanah sejauh lebih 200 meter sehingga mendedahkan penduduk kepada risiko keselamatan.

Keadaan kabel elektrik yang 'menjalar' di atas tanah boleh dilihat di kawasan dusun buah-buahan dan kebun getah sejak empat tahun lalu tanpa diambil peduli oleh pihak berkaitan.

Senario sama juga berlaku apabila terdapat tiang elektrik diperbuat daripada kayu yang semakin usang dan reput sehingga hampir menyembah bumi yang masih digunakan untuk memasang kabel berkenaan.

Menerusi ruangan Rakan Pahang ini, kami kesal dan kecewa kerana setiap aduan yang dibuat menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seberang Jelai tidak diendahkan oleh pihak pengurusan berkenaan.

Apa yang mengecewakan apabila pihak JKKK sendiri menyifatkan senario itu perkara biasa dan meminta penduduk jangan melintasi kawasan berkenaan.

TNB pula dilihat melengah-lengahkan usaha membaik pulih keadaan kabel di atas tanah itu dan menukarkan tiang elektrik reput tersebut.

Dalam tempoh empat tahun ini, saya dan beberapa penduduk kampung telah membuat aduan berhubung isu itu kepada JKKK Seberang Jelai dan TNB Lipis tetapi aduan berkenaan bagai 'dibawa angin lalu' tanpa tindakan drastik terhadap langkah keselamatan penduduk.

Apakah pihak berkenaan ingin melihat ada nyawa insan yang tidak berdosa dan ternakan terkorban akibat terpijak kabel berkenaan?

Ini kerana kawasan berkenaan kerap dilalui oleh pekebun dan sering dilintasi oleh kanak-kanak.

Mungkin sesetengah pihak mendakwa kabel berkenaan dibaluti penebat tetapi saya melihat ada penebat kabel yang bocor dan menyerlahkan logam yang boleh mengundang padah apabila pejalan kaki terpijak terutama ketika basah akibat hujan atau embun pagi.

Menerusi Rakan Pahang ini, kami merayu JKKK bertindak aktif supaya jangan ada insan yang terkujur kaku akibat renjatan elektrik hanya disebabkan mentaliti pengurusan berkenaan mengambil sikap acuh tidak acuh mengenai aspek keselamatan penduduk di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved