Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Guan Eng dibidas keluar kenyataan biadab

Posted:

Guan Eng dibidas keluar kenyataan biadab

Guan Eng dibidas keluar kenyataan biadab

NIBONG TEBAL 18 Ogos – Badan Perhubungan UMNO negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kejadian membakar Pejabat DAP Pulau Pinang, awal pagi ini.

Sambil menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai biadab, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menegaskan, tuduhan tersebut amat keterlaluan malah dibuat tanpa menyatakan sebarang bukti.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis tujuh hari meminta Guan Eng menyatakan bukti berhubung kenyataan tersebut atau tampil meminta maaf secara terbuka jika gagal berbuat demikian.

''Bagi saya, kenyataan ini sangat biadab dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Menteri, beliau (Guan Eng) sepatutnya malu kerana membuat tuduhan cukup berat tanpa menyatakan sebarang bukti," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang dipetik beberapa blog dan portal berita bahawa UMNO menjadi punca berlakunya ketegangan agama di Pulau Pinang sehingga membawa kepada kejadian membakar Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi ini.

Guan Eng dipetik portal pembangkang, The Malaysian Insider sebagai berkata: ''Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran".

Guan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.

Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.

''UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.

''Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu," katanya.

Beliau menambah, kes tersebut merupakan kes jenayah dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mencetuskan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian sesuatu kaum kepada kaum yang lain.

''Kita sedang meneliti beberapa laporan mengenai kenyataan tersebut, Guan Eng perlu mengemukakan bukti dan jika beliau gagal, kita akan bawa perkara ini ke mahkamah," tegas beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kota Siputeh kekal milik Abu Hassan

Posted:

Kota Siputeh kekal milik Abu Hassan

Kota Siputeh kekal milik Abu Hassan

Oleh NORLIZAH ABAS
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 18 Ogos – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang dikosongkan hampir dua tahun lalu dikembalikan kepada bekas wakil rakyatnya, Datuk Abu Hassan Sarif (gambar) selepas Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan tiada pengosongan kerusi di kawasan itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Abu Hassan.

Mahkamah turut memerintahkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail selaku responden membayar kos RM5,000.

Hakim Ramly ketika menyampaikan keputusan ringkas itu menolak permohonan lisan responden agar keputusan hari ini ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan dan mencadangkan ia dibuat secara rasmi.

Dengan itu, keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 16 November 2009 yang mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh ekoran kegagalan Abu Hassan menghadiri dua persidangan Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009, diketepikan.

Hakim Datuk Alizatul Khair Othman Khairuddin ketika membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Speaker DUN Kedah, membatalkan keputusan SPR pada 1 September 2009 yang memutuskan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan.

Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh yang mewakili SPR berhujah, hakim berkenaan tersilap ketika menimbang maksud 'kegagalan menghadiri sidang Dewan secara berturut-turut' yang menjadi asas kepadanya membenarkan permohonan semakan kehakiman itu.

Beliau menghujahkan, Abu Hassan tidak hadir kali pertama pada 19 April 2009 iaitu ketika Mesyuarat Kelima Penggal Pertama sidang Dewan manakala kali kedua pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua iaitu pada 9 April 2009.

Amarjeet menghujahkan, mahkamah tersilap ketika mentaksir maksud 'berturut-turut' ketika membuat keputusan mengisytiharkan kekosongan kerusi berkenaan.

Beliau menjelaskan, perkataan 'berturut-turut' bermaksud seseorang ADUN menghadiri penggal yang sama sedangkan dalam persidangan DUN dimaksudkan, ia berlangsung pada penggal yang berbeza.

Menurut Amarjeet, hakim berkenaan sepatutnya meneliti peruntukan undang-undang yang berlainan yang turut membawa tafsiran bahawa mesyuarat selesai sebaik sahaja penggal ditamatkan.

Sementara itu, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Abu Hassan menyatakan, pihaknya turut mengguna pakai hujah SPR bahawa Mahkamah Tinggi perlu membezakan maksud 'mesyuarat', 'sidang' dan 'penggal' dan membaca ketiga-tiganya secara harmoni.

Beliau turut menyatakan, Speaker sepatutnya menerima sijil sakit dan penjelasan Abu Hassan berhubung tahap kesihatannya selepas membuat pemeriksaan ekoran diserang sakit di bahagian dada.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved