Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Bukti keikhlasan kerajaan – PM

Posted:

Bukti keikhlasan kerajaan – PM

Bukti keikhlasan kerajaan – PM

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak memberi sumbangan Hari Raya kepada warga emas pada Majlis Bersama Imarahkan Ramadan Al-Mubarak di Pangsapuri Sri Perantau, Selat Klang, Klang semalam. – Bernama


KLANG 17 Ogos – Datuk Seri Najib Razak menegaskan keputusan kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya bukan bermakna perjalanan pilihan raya di negara ini songsang.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut mencerminkan keikhlasan kerajaan untuk mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini selain membuktikan kerajaan sedia membuat pembaharuan agar sistem pilihan raya lebih baik.

"Ini bukan pengakuan tidak langsung menyatakan pilihan raya songsang dalam negara kita. Kalau songsang, kita tak serah Selangor kepada pembangkang. Kita kalah pada pilihan raya lalu tetapi kita pinjamkan sementara sahaja kepada pembangkang.

"Kita boleh melakukan yang terbaik dan perbaiki proses pilihan raya. Kita tidak takut kepada pembaharuan tetapi ingin memastikan siapa yang memerintah negara mesti berasas kehendak rakyat sebenar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Pangsapuri Seri Perantau, Selat Klang, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Najib berkata, beliau sebagai Perdana Menteri berasa amat bertuah kerana penduduk di negara ini hidup dalam keadaan aman dan harmoni berbanding rakan sejawatannya di Britain yang baru berdepan rusuhan.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat agar tidak memperkecilkan keamanan dan keharmonian yang dikecapi sekarang.

"Saya dapat merasakan perasaan rakan saya, PM (Perdana Menteri) Britain (David Cameron) yang berdepan dengan rusuhan. Bukan sekali tetapi menjangkau beberapa hari dalam sebuah negara yang dulunya menjajah kita yang dianggap sebagai negara yang telah membawa kepada amalan demokrasi berparlimen.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain menyatakan bahawa masyarakat negaranya sudah dinodai akhlaknya yang membawa kepada masyarakat yang banyak penyakit," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan hasrat rakyat setempat sebagai mana yang disuarakan oleh UMNO Bahagian Kapar agar kerajaan membuka Kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia.

Katanya, ini adalah bagi memberikan kemudahan kepada hampir 50,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang.

Selepas berbuka puasa dan mengerjakan solat Maghrib di Surau An-Nur di pangsapuri berkenaan, Najib kemudian beredar ke Masjid As-Syaadah di Bandar Sultan Sulaiman untuk menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KDN, SPR jalin kerjasama kekal, pastikan senarai daftar pemilih bersih

Posted:

KDN, SPR jalin kerjasama kekal, pastikan senarai daftar pemilih bersih

KDN, SPR jalin kerjasama kekal, pastikan senarai daftar pemilih bersih

PUTRAJAYA 17 Ogos - Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini menjalin kerjasama kekal bagi memastikan senarai daftar pemilih dibersihkan daripada pengundi yang tidak layak mengundi, telah meninggal dunia dan bukan warganegara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, langkah itu penting bagi membolehkan kedua-dua pihak menjawab apa sahaja persoalan yang akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen dan juga tuduhan dari pihak-pihak tertentu.

"Saya lihat penubuhan jawatankuasa itu merupakan sesuatu yang ada kaitan secara dekat dengan kementerian, khususnya berhubung kait dengan pendaftaran pengundi yang layak, kewarganegaraan dan mereka yang telah meninggal dunia.

"Serentak dengan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengadakan pertemuan dengan SPR semalam untuk menyelaraskan pangkalan data bagi daftar kewarganegaraan, kematian dan mereka yang layak mengundi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet KDN di sini, hari ini.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan SPR sebelum dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Hishammuddin percaya kerjasama sebegini merupakan satu platform yang terbaik untuk kerajaan yang memerintah menjawab apa sahaja tuduhan yang berkaitan tanpa sebarang masalah.

Malah, beliau menambah, ia juga adalah satu tindakan yang proaktif kerajaan bagi memastikan senarai daftar pemilih yang ada benar-benar tulen.

"Kalau tidak, setiap kali isu berkaitan dibangkitkan dan kemudiannya diselesaikan tetapi dibangkitkan lagi isu sama, maka cara macam itu, tidak selesai kerja kita," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menyarankan agar media arus perdana mewujudkan satu majlis kawal selia antara media bagi memastikan bahan berita yang diterbitkan tidak akan memudaratkan masyarakat.

"Kita mahu bukan hanya kawalan itu datang dari pihak media sendiri tetapi mereka juga mesti bertanggungjawab terhadap apa yang diterbitkan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

3,000 anggota periksa dan pantau harga barang

Posted:

3,000 anggota periksa dan pantau harga barang

3,000 anggota periksa dan pantau harga barang

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menempatkan seramai 3,000 anggota bagi membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap para peniaga sepanjang musim perayaan ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka terdiri daripada 2,000 pegawai penguatkuasa dan 1,000 pegawai pemantau harga yang ditempatkan di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai di seluruh negara seperti pasar awam dan pasar tani.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan melindungi kepentingan pengguna khususnya untuk mengelak daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh para peniaga terutama apabila Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011 yang dikuatkuasakan bermula 23 Ogos hingga 6 September ini.

"Selain menempatkan para pegawai, kita masih memerlukan sokongan daripada pengguna untuk sama-sama bertanggungjawab dan bertindak terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan kepada semua pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan seluruh negara atau e-mel kepada e-aduan@kpdnkk.gov.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman Harga Maksimum Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011 di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, di bawah skim tersebut yang dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang berkuatkuasa 1 April lalu itu, para peniaga dan syarikat yang ingkar dan gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata, bagi kesalahan menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum yang ditetapkan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,0000 manakala syarikat pula akan dikenakan didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal, ujar beliau, individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 20 jenis barang termasuk semua jenis bawang dikategori sebagai barangan harga terkawal pada musim perayaan Hari Raya tahun ini berbanding hanya 18 jenis barang pada tahun lalu.

Menurut beliau, peniaga diwajibkan menjual barang harga terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan kerajaan serta meletakkan tanda harga berwarna merah jambu sebagai membezakan barang harga terkawal dengan barangan lain.

"Penentuan harga siling maksimum itu dibuat setelah berunding dengan pengeluar, pemborong dan peruncit dan kebanyakan harga siling yang ditetapkan tidak banyak bezanya dengan perayaan musim Tahun Baru Cina sebelum ini

"Bagaimanapun, kita mengalu-alukan para peniaga untuk menjual barang-barang tersebut lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah daripada harga maksimum," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved