Khamis, 18 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


RM9.4 juta ganti paip usang

Posted:

RM9.4 juta ganti paip usang

RM9.4 juta ganti paip usang

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 17 Ogos – Kira-kira RM9.4 juta akan dibelanjakan bagi menampung kos kerja penggantian paip saliran air yang telah usang di lima kawasan yang dikenal pasti sekitar bandar ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peruntukan yang disalurkan Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) itu akan digunakan bagi menggantikan paip jenis simen asbestos (AC) kepada paip besi yang lebih tahan lama jenis mild steel (MS) di kawasan terbabit.

Menurutnya, kerja yang dikendalikan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) itu telah dijalankan dan dijangkakan siap pada penghujung September ini.

"Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan pengguna di seluruh negeri ini menerima bekalan air berkualiti secara efisien sekali gus mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di negeri ini.

"Ini kerana paip sedia ada jenis AC ini didapati telah melampaui usia 40 tahun, ia didapati kerap bocor dan pecah sehingga mengakibatkan bekalan air terhadap penduduk terjejas," katanya.

Mohamad berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya, lima kawasan yang terlibat itu adalah sekitar Jalan Temiang, Jalan Pekeliling, Bukit Tembok, Bukit Kaya dan Jalan Za'aba, dekat sini.

"Oleh itu, saya berharap orang ramai serta penduduk sekitar kawasan ini dapat bersabar kerana pelaksanaan kerja ini mungkin akan menjejaskan bekalan air mereka.

"Jika bekalan air terputus melebihi dua jam, saya menasihatkan agar penduduk dapat menghubungi pihak Sains bagi membolehkan bekalan air dihantar segera ke kawasan terlibat menggunakan lori," ujarnya.

Di samping itu, Mohamad turut memberitahu, pelaksanaan projek menaik taraf paip tersebut juga mungkin akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas berikutan penutupan beberapa laluan di kawasan terlibat.

Tambah Mohamad, sebaik selesai kerja penggantian paip itu, Sains akan terus menjalankan kerja penggantian paip secara berperingkat ke seluruh negeri ini.

"Kita juga telah memohon peruntukan sebanyak RM500 juta dari PAAB untuk tujuan tersebut," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Projek berkelompok ternakan

Posted:

Projek berkelompok ternakan

Projek berkelompok ternakan

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanmelaka@utusan.com.my

SEREMBAN 17 Ogos – Jabatan Perikanan negeri memperkenalkan projek penternakan berkelompok melibatkan 28 kolam ternakan ikan tilapia dan udang galah bagi membantu para peserta yang terdiri daripada golongan berkemampuan.

Pengarahnya, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, program tersebut yang melibatkan kawasan seluas 70 hektar di beberapa daerah di negeri ini adalah inisiatif kerajaan bagi meningkatkan pendapatan peserta.

''Setiap peserta diperuntukkan sebanyak RM15,000 bagi menampung kos perusahaan masing-masing yang akan dipantau oleh jabatan dan syarikat dilantik.

''Setakat ini, kita mempunyai 60 peserta terlibat di bawah projek ini yang mana ia membabitkan 12 kolam ternakan ikan tilapia dan 16 kolam ternakan udang galah di sekitar Jelebu dan Rantau," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jelasnya lagi, peserta terbabit akan menerima dividen setiap bulan termasuk bonus hujung tahun hasil daripada jualan ternakan mereka.

''Dividen bulanan sebanyak RM350 akan diberikan kepada peserta ternakan udang galah, manakala RM300 bagi peserta ternakan ikan tilapia.

''Peserta juga layak menerima bonus setiap penghujung tahun hasil jualan keseluruhan mereka," ujarnya.

Tambahnya, peserta terlibat juga tidak perlu mengeluarkan sebarang modal dan lebih menarik kesemua perbelanjaan pelaksanaan projek ditanggung sepenuhnya melalui peruntukan yang diterima termasuk makanan dan benih ternakan.

''Peruntukan tersebut turut meliputi perbelanjaan pembinaan infrastruktur seperti kolam dan saliran perusahaan," katanya.

Dalam pada itu, Wan Muhammad Aznan memberitahu, hasil ternakan projek itu turut dieksport ke Eropah dan Singapura.

''Udang galah kita eksport ke Singapura, manakala ikan tilapia baru-baru ini pula mendapat permintaan yang tinggi di beberapa negara di Eropah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

99 pelajar KAYM terima anugerah pelajar cemerlang

Posted:

99 pelajar KAYM terima anugerah pelajar cemerlang

99 pelajar KAYM terima anugerah pelajar cemerlang


Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Belia dan Sukan, Datuk Gan Tian Loo menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar KAYM pada majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang di KAYM Bukit Sebukor, Melaka, semalam.


MELAKA 17 Ogos – Seramai 99 pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) menerima anugerah pelajar cemerlang selepas mempamerkan prestasi terbaik dalam semua peperiksaan dengan mencapai Purata Nilai Gred Semester (PNGS) antara 3.75 dan 4.00.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, daripada keseluruhan pelajar yang menerima anugerah itu, 91 daripadanya menerima Anugerah Dekan dengan pencapaian PNGS 3.75 hingga 3.99 dan tujuh pelajar menerima Anugerah Naib Presiden Akademik beserta wang tunai RM100 selepas memperoleh PNGS 4.00.

Menurutnya, pencapaian cemerlang pelajar terbabit membuktikan proses pengajaran dan pembelajaran di KAYM adalah pada tahap yang terbaik dan akan sentiasa dipertingkatkan secara berterusan bagi melahirkan lebih ramai pelajar terbaik di dalam bidang akademik.

"KAYM menetapkan dua objektif kualiti akademik iaitu yang pertama memberi 100 peratus perkhidmatan berkualiti melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.

"Kedua adalah merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti pengurusan akademik untuk mendapatkan kelulusan akademik sekurang-kurangnya 85 peratus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved