Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Elak kenderaan dikapit

Posted:

Elak kenderaan dikapit

Elak kenderaan dikapit

Oleh HAMDEN RAMLI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 6 Ogos - Pemilik kenderaan di bandar raya ini diberikan tempoh sehingga November ini bagi menjelaskan tunggakan saman lalu lintas atau berdepan tindakan kenderaan dikapit.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pada dasarnya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan dua sistem pengapit terhadap pesalah tegar yang memiliki tunggakan kompaun melebihi 50.

''Berdasarkan rekod, sejak 2008 terdapat 1,234 pesalah kenderaan yang mempunyai kompaun melebihi 50 dan mereka merupakan pesalah tegar yang tidak menjelaskan kompaun lalu lintas secara berterusan.

"MBI berharap dengan pelaksanaan tindakan mengapit ini akan memberi kesedaran dan mendisiplinkan pesalah tegar, selain mengurangkan bilangan kompaun yang tertunggak," katanya di sini, hari ini.

Roshidi berkata, dua sistem pengapit yang akan digunakan dengan mengunci bahagian cermin sisi pemandu tanpa menutup keseluruhan cermin sisi tersebut.

Pesalah katanya, akan sekadar terganggu akibat pengapit yang tergantung itu, manakala pengapit kedua pula merupakan pengapit tayar.

''Pengapit hanya akan dibuka sekiranya pesalah membayar tunggakan kompaun bersama caj pentadbiran iaitu RM50 untuk pengapit cermin dan RM200 pengapit tayar," katanya.

Katanya, pesalah lalu lintas mempunyai kira-kira tiga bulan untuk membuat rujukan dan menjelaskan tunggakan kompaun di bahagian Penguatkuasa Lalu Lintas MBI sebelum 1 November.

Katanya, MBI juga bersetuju memberi diskaun bagi menggalakkan orang ramai menyelesaikan kompaun tertunggak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SKN buka bazar, ekspo Ramadan

Posted:

SKN buka bazar, ekspo Ramadan

SKN buka bazar, ekspo Ramadan


Ahmad Bashah Md. Hanipah (kiri) melawat gerai-gerai pada majlis perasmian Bazar Ramadan dan Expo Koperasi Malaysia Negeri Kedah di Mergong, kelmarin. – UTUSAN/HALIM KHALID


ALOR SETAR 6 Ogos – Suruhanjaya Koperasi Negeri Kedah (SKN) dengan kerjasama Koperasi Kedah Lestari Sdn. Bhd. membuka sebuah bazar dan ekspo di hadapan Tesco Mergong di sini, mulai awal Ramadan tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, bazar dan ekspo itu disertai oleh 70 koperasi di negeri ini yang menjual pelbagai barangan keperluan Ramadan seperti makanan dan pakaian.

"Selain itu, usahawan-usahawan muda yang lain turut berniaga di bazar ini yang mempunyai kira-kira 110 tapak.

"Bazar ini merupakan bazar baharu dan terletak di kawasan yang agak jauh dari bandar dan tidak berlaku kesesakan yang teruk jika pembeli datang ke sini untuk membeli-belah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bazar itu di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Kedah, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah berkata, bazar serta ekspo tersebut adalah yang pertama dibuka oleh pihak SKN dan Koperasi Kedah Lestari Sdn. Bhd.

"Pihak kami dimaklumkan bazar ini akan terus dibuka di kawasan ini setiap tahun ketika Ramadan.

"Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ini merupakan petanda yang baik bagi peniaga di sini," katanya.

Dalam pada itu, Bashah berkata, setiap minggu di bazar itu juga SKM dan Koperasi Kedah Lestari Sdn Bhd. akan menjual gula dan beras dengan harga yang lebih murah kepada pengguna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bot nelayan ditahan di kawasan larangan

Posted:

Bot nelayan ditahan di kawasan larangan

Bot nelayan ditahan di kawasan larangan

PULAU PINANG 6 Ogos - Sebuah bot nelayan tempatan dari Kuala Sala, Kedah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan awal pagi kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 2, Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, bot kelas C itu ditahan pukul 1.15 pagi pada kedudukan 2.8 batu nautika (5.1 kilometer) dari Tanjung Dawai oleh Bot Kilat yang diketuai oleh Bintara Kanan Azhar Hassan.

Katanya, turut ditahan ialah dua rakyat tempatan dan empat warga Thailand berusia antara 21 hingga 38 tahun.

"Bot nelayan kelas B dan C kerap kali memukat ikan kurang 12 batu nautika di mana hanya bot kelas A dibenarkan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved