Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk patut turut bantu DBKL

Posted:

Penduduk patut turut bantu DBKL

Penduduk patut turut bantu DBKL

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


PENDUDUK memikul salah satu papan iklan haram untuk diisi ke dalam lori DBKL. sewaktu operasi menanggalkan iklan haram di Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur semalam. - utusan/ Irwan Majid


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Pencemaran pemandangan atau vandalisme yang berpunca daripada iklan-iklan haram yang terdapat di merata ibu negara tidak akan dapat diatasi jika tugas mengatasi masalah itu diserahkan bulat-bulat kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebaliknya, tanggungjawab itu seharusnya dipikul bersama dengan penduduk Kuala Lumpur dan sehubungan itu DBKL mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama menurunkan iklan-iklan haram yang mencemarkan keindahan ibu negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz, menyeru orang awam memainkan peranan mereka dengan membantu pihak berkuasa membasmi masalah tersebut.

Katanya, orang awam mempunyai hak untuk menurunkan iklan tersebut kerana ia bukan sahaja mencacatkan pemandangan malah menyusahkan orang ramai kerana banyak iklan haram yang ditampal pada papan tanda jalan.

"DBKL tidak pernah memberikan lesen kepada mereka ini untuk melekatkan iklan di merata-rata tempat. Jadi orang awam digalakkan untuk sama-sama menurunkan iklan haram tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan operasi menanggalkan iklan haram di sekitar Taman Wilayah Selayang, di sini hari ini.

Operasi yang melibat 50 anggota itu telah disertai oleh pejabat DBKL cawangan Segambut, Batu dan Wangsa Maju serta lapan buah persatuan penduduk di sekitar kawasan itu.

Ini merupakan operasi kali ketiga yang diadakan oleh DBKL dengan melibatkan persatuan penduduk yang sebelum ini diadakan di Taman Segar dan Bangsar Baru.

Tegas Mhd. Amin, DBKL telah menurunkan sebanyak 278,000 iklan haram sejak awal tahun sehingga Julai dalam usaha menangani masalah iklan-iklan haram itu.

"Bagi iklan yang mempunyai nombor telefon, sebanyak 500 nombor telefon tersebut telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan seterusnya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penduduk kesal dituduh curi arus elektrik

Posted:

Penduduk kesal dituduh curi arus elektrik

Penduduk kesal dituduh curi arus elektrik


Yew Teong Look (duduk tiga dari kiri) mengumpulkan notis tuntutan TNB yang diterima penduduk semasa sidang akhbar di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 7 Ogos - Penduduk di sekitar Parlimen Wangsa Maju mengadu menerima notis tuntutan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mendakwa mereka telah mencuri arus elektrik.

Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look berkata, dalam tahun ini sahaja dia telah menerima 50 aduan mengenai perkara tersebut daripada penduduk, yang menafikan sekeras-kerasnya mereka berbuat seperti yang didakwa oleh TNB.

Katanya, ada di kalangan penduduk yang menerima notis itu merupakan mereka yang tinggal di kondominium dan juga pangsapuri kos rendah yang mustahil untuk mencuri arus elektrik kerana tidak mempunyai akses ke bilik kawalan.

"Saya akan menghubungi TNB dan tegaskan supaya mereka tidak dengan sesuka hati mengeluarkan surat daripada peguam sehingga membuatkan penduduk berasa terganggu dan tertekan.

"Perjumpaan itu akan diaturkan tidak lama lagi bagi membincangkan mengenai perkara tersebut," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Taman Danau Kota, Setapak, di sini.

Sementara itu, seorang penduduk di Taman Setapak Indah Jaya, Soo Lai Wong, 42, berkata ibunya yang merupakan pemilik rumah mereka telah menerima tiga surat notis tuntutan yang menuntut mereka membayar kerugian kecurian arus dalam masa 14 hari dari tarikh notis iaitu pada 28 Julai.

Menurutnya, ketiga-tiga notis itu meminta mereka membayar ganti rugi sebanyak RM8,678.07, RM9,086.62 dan RM14,738.25.

"Selama kira-kira sembilan tahun kami tinggal di sini, kami tidak mendapat sebarang masalah begini. Malah ibu saya tidak pernah gagal membayar bil TNB setiap bulan.

"Perkara ini telah membuatkan ibu saya susah hati. Kami tidak akan membayar tuntutan tersebut kerana kalau kami membayar seolah-olah memang kami mencuri arus elektrik sedangkan kami tidak membuatnya," ujarnya.

Dalam pada itu, penduduk di Kampung Lee Kuan Cheng, Jalan Gombak, Lee Chan Leong, 42, berkata, dalam tahun ini TNB ada datang ke rumah mereka untuk menukar meter baru dan selepas penukaran meter itu bil mereka telah meningkat dengan mendadak.

"Sebelum ini, bil kami hanya antara RM100 ke RM200 sahaja setiap bulan. Tetapi selepas meter itu ditukar bil telah naik sehingga menjangkau RM500 ke atas.

"Namun kami tetap membayar bil seperti biasa sehinggalah mendapat notis tuntutan yang mengatakan bahawa kami telah mencuri arus elektrik. Oleh itu, saya telah mengambil keputusan membuat laporan polis mengenai hal ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tabung Budi berbakti pada 8 lagi keluarga di Kuala Langat

Posted:

Tabung Budi berbakti pada 8 lagi keluarga di Kuala Langat

Tabung Budi berbakti pada 8 lagi keluarga di Kuala Langat

KUALA LANGAT 7 Ogos - Sebanyak lapan lagi keluarga di daerah ini mendapat sumbangan bekalan air percuma daripada Tabung Budi yang diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pemberian sumbangan itu menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 124 orang terdiri dari kalangan orang miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim yang bekalan air ke rumah mereka telah dipotong kerana terlalu banyak tunggakan bayaran.

Seorang penerima, Bugasia Buasing, 27, melahirkan rasa syukur kerana ada pihak yang datang membantu keluarganya terutamanya di bulan Ramadan ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, sepanjang tidak mendapat bekalan air, dia terpaksa meminta bantuan jiran tetangga bagi mendapatkan bekalan air bersih.

"Keluarga kami tidak mempunyai pendapatan tetap kerana suami hanya bekerja mengutip hasil laut dan hutan dengan pendapatan bulanan lebih kurang RM500.

"Terima kasih kepada penyumbang kerana dengan adanya bekalan air ini dapatlah melancarkan kehidupan seharian kami sekeluarga terutamanya di bulan puasa," ceritanya yang menetap di Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey di sini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som memberitahu, buat pertama kali pada program tersebut, para penerima bantuan Tabung Budi diberikan garis panduan cara menggunakan air secara berhemat dan mengelakkan pembaziran.

Katanya, tip-tip penjimatan air itu akan ditampal di tempat strategik di ruang premis kediaman penerima.

"Usaha itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat yang perlu dilaksanakan bagi melahirkan pengguna air yang berhemat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved