Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kaji pembelajaran B.I

Posted:

Kaji pembelajaran B.I

Kaji pembelajaran B.I

SEGAMAT 6 Ogos — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris (B.I) di sekolah-sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu.

Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

"Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid- murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

"Saya sendiri tidak mampu menjawabnya," katanya ketika berucap sempena lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Maokil, Labis di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh berkata, kajian itu yang akan dikendali Bahagian Kurikulum Bahasa Inggeris akan melihat sama ada kelemahan itu berpunca dari kekurangan guru Bahasa Inggeris, peralatan atau punca-punca lain.

Katanya, murid-murid mungkin beranggapan bahawa kemampuan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu tidak penting untuk mereka, sehingga mengakibatkan mereka berhadapan dengan masalah ketika di peringkat universiti.

Beliau menolak tanggapan pelaksanaan dasar "Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" (MBMMBI), telah mengakibatkan Kementerian Pelajaran mengabaikan penguasaan Bahasa Inggeris.

"Itu tanggapan yang salah, saya dan Kementerian Pelajaran sentiasa menekankan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," katanya.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya telah melakukan audit menyeluruh tentang kedudukan infrastruktur pendidikan negara, dalam usahanya untuk menyediakan keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh sekolah-sekolah.

Walaupun kementeriannya menerima peruntukan pembangunan di antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setiap tahun, tetapi katanya, ini tidak mencukupi kerana bilangan sekolah di negara ini adalah besar serta pertumbuhan penduduk yang pesat memerlukan pembinaan sekolah-sekolah baru.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Felda. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pendakwah dinasihat turun padang - Sheikh Idris

Posted:

Pendakwah dinasihat turun padang - Sheikh Idris

Pendakwah dinasihat turun padang - Sheikh Idris


SHEIKH Idris Ismail Al Hafiz (dua dari kanan) ketika sesi soal jawab bersama kakitangan Utusan Malaysia selepas majlis berbuka puasa dan solat tarawih di Surau Al Huda, Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, kelmarin. - MINGGUAN/SAIFUL BAHARI ASHARI


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Para pendakwah di negara ini dinasihat supaya jangan ego dan berat kaki melawati tempat-tempat tumpuan golongan muda dalam berdakwah.

Nasihat tersebut dibuat oleh Imam Masjidil Haram, Sheikh Idris Ismail Al Hafiz ketika sesi soal jawab selepas majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kakitangan Kumpulan Utusan, di sini semalam.

Idris menggesa para pendakwah agar membuangkan sifat 'taraffuq' (ego/meninggi diri) dan memilih untuk hanya berdakwah di tempat, medium dan masa tertentu.

Menurut beliau, dakwah memerlukan sifat 'tanazzul' (merendah diri) bagi mendekati kumpulan sasar terutamanya golongan muda.

"Sekiranya para pendakwah terlalu ego dan memilih tempat, medium serta masa untuk berdakwah, siapa pula yang akan mendekati golongan yang jauh daripada Islam?

"Ia tugas pendakwah untuk turun padang mendekati golongan muda di tempat mereka bagi menarik mereka daripada 'kegelapan' dan kejahilan," kata beliau.

Selain itu, ujar beliau, dalam menyebarkan syiar Islam, seseorang Muslim itu perlu mengamalkan apa yang diajarkan dan menjauhi daripada menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

"Bersyarah tetapi tidak mengamalkan apa yang disyarah bukan satu contoh yang baik dan tidak akan mendatangkan kesan kepada sesiapapun.

"Sebelum kita berdakwah, kita sendiri perlu membetulkan hati dan diri bukan sebaliknya," tegas Idris.

Idris turut menyatakan, umat Islam boleh memperoleh perpaduan dan kekuatan yang kukuh seandainya saling memaafkan.

Beliau menjelaskan, berdasarkan sebuah hadis, saling memaafkan akan membolehkan jiwa seseorang Muslim itu lebih baik dan ia akan terpancar serta mendatangkan kebaikan kepada saudaranya yang lain.

Kata-kata Idris yang berada di Malaysia sebagai imam jemputan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan itu diterjemahkan oleh Pensyarah di Pusat Tahmidi, Universiti Sains Islam Malaysia, Muhammad Ridhwan Rajendra Abdullah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makarudin; Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Nasir Ali dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Othman Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kejatuhan saham Asia tidak jejas ekonomi Malaysia

Posted:

Kejatuhan saham Asia tidak jejas ekonomi Malaysia

Kejatuhan saham Asia tidak jejas ekonomi Malaysia

KEPALA BATAS 6 Ogos - Kejatuhan pasaran saham Asia yang disebabkan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak akan memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, perkembangan tersebut hanya bersifat sementara dan belum ada petunjuk kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dalam masa terdekat.

''Saya fikir keadaan ini tidak akan menjejaskan kita kerana ekonomi negara tidak terdedah secara terus dengan krisis yang sedang berlaku di AS dan Eropah," katanya selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal bagi Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kejatuhan pasaran saham Asia berikutan keadaan ekonomi di AS dan Eropah sekali gus mencetuskan kebimbangan fenomena kemelesetan ekonomi dunia akan berulang.

Semalam, Dow Jones mencatatkan kejatuhan paling teruk iaitu 4.3 peratus dalam tempoh sehari sejak 2008.

Nor Mohamed berkata, senario tersebut banyak dipengaruhi kebimbangan terhadap cara AS mengurus perbelanjaannya selain pertumbuhan ekonomi yang sangat perlahan.

Beliau bagaimanapun berkata, perkembangan itu hanya bersifat sementara dan proses pemulihan ekonomi dunia yang menjadi perlahan banyak bergantung kepada pertumbuhan ekonomi di China dan India.

''Dalam hal ini, kita mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk berdepan apa juga kemungkinan ekoran ketidaktentuan yang sedang berlaku.

''Kita juga bernasib baik kerana mempunyai hubungan dagang dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara ini juga merupakan faktor penting kepada pemulihan ekonomi dunia," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved