Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Tangani masalah komputer digodam

Posted:

Tangani masalah komputer digodam

Tangani masalah komputer digodam

SEKIRANYA komputer saya sudah digodam, apakah yang perlu saya buat?
– Yusof, Lubuk Ayam.

PERTAMANYA, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang menghantar soalan di ruangan sembang ICT ini.

Saya meminta maaf kepada semua pembaca kerana tidak semua soalan yang dapat dibalas dengan segera disebabkan oleh kesuntukan masa dengan kerja-kerja hakiki.

Kebanyakannya saya akan membalas jawapan kepada soalan-soalan yang kritikal terlebih dahulu. Insya'allah, saya akan cuba menjawab kesemua soalan-soalan tersebut secepat yang mungkin.

Terdapat banyak tanda-tanda bagi sesebuah komputer itu telah digodam seperti menjadi perlahan, capaian Internet juga perlahan.

Komen daripada pihak penyedia Internet mengatakan terdapat trafik yang tinggi dan tidak diperlukan berpunca daripada komputer anda.

Terdapat laporan daripada pihak bank mengatakan akaun bank anda di Internet ada melakukan aktiviti-aktiviti yang anda tidak lakukan dan lain-lain.

Sekiranya berlaku keadaan sebegitu iaitu berkemungkinan komputer anda sudah digodam, ada beberapa perkara yang boleh diambil untuk menjadikan kembali keadaan komputer kembali normal.

Pengasingan komputer anda

Disebabkan komputer anda telah digodam, penggodam akan menghubungi komputer anda dengan trojan, malware dan sebagainya menerusi rangkaian Internet.

Jadi, putuskan segala sambungan rangkaian komputer anda menerusi wayar atau tanpa wayar.

Putuskan segala jenis sambungan ini secara fizikal iaitu dengan mencabut kabel dan menyahaktifkan kad rangkaian tanpa wayar.

Selain untuk memutuskan hubungan dengan penggodam, ia juga satu cara untuk mengelakkan berlakunya jangkitan sebarang virus komputer merebak menerusi rangkaian ke komputer yang lain.

Padamkan komputer dan tanggalkan cakera keras

Seterusnya padamkan komputer dan tanggalkan cakera keras. Jadikan cakera keras tersebut sebagai pemacu kedua dan unbootable pada komputer yang lain.

Sebelum itu, pastikan pada komputer tersebut, program Windows, perisian antivirus dan sebagainya telah dikemas kini. Muat turun dan pasangkan perisian pengimbas rootkit seperti Sophos.

Cakera keras tersebut boleh menggunakan sambungan USB untuk memudahkan kerja.

Sekiranya masih ragu-ragu atau tiada komputer kedua, bolehlah menghantar cakera keras tersebut ke kedai membaiki komputer.

Imbas cakera keras

Pada komputer kedua, imbas cakera keras yang digodam tadi dengan menggunakan perisian antivirus, antispyware dan antirootkit. Baiki dan buang segala jangkitan yang ada pada sistem fail dalam cakera keras itu.

Bina salinan pendua data-data yang penting

Salin mana-mana fail atau data yang penting daripada cakera keras yang dibaiki ke mana-mana media storan yang patut dan bebas daripada sebarang jangkitan virus.

Pasang kembali cakera keras

Seterusnya, cakera keras tersebut ditanggalkan daripada komputer kedua dan pasang kembali pada komputer yang sudah digodam. Pastikan kesemua fail-fail penting sudah dibuat salinan pendua.

Format cakera keras

Langkah yang seterusnya adalah format dan membuat semula partition pada cakera keras tersebut.

Ia penting untuk membuang segala jenis Malware, jangkitan atau pencerobohan yang telah dibuat oleh penggodam terhadap cakera keras tersebut.

Perkara yang paling berbahaya adalah sekiranya pihak penggodam telah menjangkitkan cakera keras kita dengan mana-mana program Buffer over Flow (BoF).

Dengan BoF, kita sukar untuk menjangkakan atau mengimbas masalah ini dengan mana-mana program komputer kerana ia telah mengubah suai sistem komputer yang berjalan normal.

Format yang dilakukan bukan format yang biasa yang dilakukan tetapi menggunakan program komputer tertentu atau dikenali sebagai disk wipe utility.

Ia akan mengambil masa yang lama untuk mengosongkan kesemua sektor yang terdapat dalam cakera keras.

Contoh program yang boleh digunakan adalah seperti Spin Rite, Disk Manager dan lain-lain.

Ini penting untuk membersihkan cakera keras tersebut daripada segala jenis ancaman dan penggodaman.

Pemasangan sistem pengoperasian

Pasangkan kembali sistem pengoperasian kepada komputer tersebut.

Seterusnya pastikan anda muat turun dan pasang kesemua program kemas kini dan patches pada sistem pengoperasian yang digunakan.

Pemasangan perisian keselamatan

Pasang dan kemas kini perisian keselamatan seperti perisian antivirus, perisian antispyware dan lain-lain.

Kembalikan salinan fail-fail

Fail-fail yang penting tadi perlu diimbas keselamatannya terlebih dahulu sebelum disalin kembali ke dalam komputer.

Bina sistem sokongan (back up)

Bangunkan sistem back up (sokongan) untuk sistem keseluruhan cakera keras untuk memudahkan proses kembalikan semula sistem komputer sekiranya berlaku kegagalan fungsi yang disebabkan oleh virus, malware, penggodaman atau lain-lain.

Ia dibina menggunakan mana-mana perisian back up dengan membuat pengimejan cakera keras yang bootable sebagai fail back up kepada keseluruhan sistem komputer dalam cakera keras.

Inilah beberapa langkah penting yang perlu dilakukan terhadap sistem komputer yang telah digodam.

Penggodaman ini bukan sahaja menyebabkan masalah kepada anda tetapi kadang kala mereka menggunakan komputer anda sebagai salah satu alat untuk melakukan serangan siber terhadap rangkaian atau sistem komputer yang lebih besar lagi atau jenayah siber yang lain.

Semoga ia bermanfaat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Penunjuk kiblat elektronik

Posted:

Penunjuk kiblat elektronik

Penunjuk kiblat elektronik

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Yawila Samae menunjukkan reka bentuk prototaip Penunjuk Kiblat Elektronik ciptaannya pada Pameran Kajian Reka Cipta dan Inovasi UIAM, Gombak, Selangor baru-baru ini.


BIARPUN memiliki kekurangan, tidak dapat melihat namun ia tidak menjadikan orang buta terus mengalah dalam setiap perkara dalam kehidupan seharian mereka.

Malah golongan kelainan upaya tersebut memiliki deria sentuhan serta pendengaran yang lebih sensitif berbanding orang normal.

Justeru mereka perlu berusaha dua kali ganda dalam menjalani kehidupan seharian yang mana ia menjadikan mereka lebih tabah dan cekal.

Namun, bagi Yawila Samae, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) yang berasal dari Bangkok, Thailand ini keperluan bagi membantu golongan kelainan upaya yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah diutamakan.

Ujarnya, antara kesukaran yang dialami oleh golongan ini apabila mahu menentukan arah kiblat untuk mendirikan solat.

Justeru, Yawila hadir dengan sebuah alat yang boleh membantu golongan tersebut untuk menentukan arah kiblat dengan cepat dan tepat.

"Dikenali sebagai Penunjuk Kiblat, penggunaannya adalah melalui konsep Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan berkonsepkan alatan pelbagai guna.

''Alat ini mampu menentukan arah kiblat, waktu solat dan kegunaan berzikir," katanya ketika ditemui di Pameran Kajian Reka Cipta dan Inovasi UIAM, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Biarpun ia hanya merupakan konsep semata-mata tetapi penunjuk kiblat elektronik boleh dibangunkan menjadi alat sebenar sekiranya ada pihak yang berminat untuk tujuan komersial.

Jelas Yawila lagi, alat tersebut hanya menggunakan bateri dan perisiannya boleh dinaik taraf selain dilengkapi dengan pembesar suara dan butangnya arahannya menggunakan tulisan braille untuk kegunaan orang buta.

''Alat ini juga bukan sahaja untuk kegunaan mereka yang memiliki kekurangan deria penglihatan semata-mata, malah ia juga turut sesuai digunakan oleh orang biasa," katanya.

Malah ciptaan beliau itu juga berjaya merangkul pingat emas di Pameran Inovasi Antarabangsa Seoul, Korea baru-baru ini.

Apa yang jelas, Petunjuk Kiblat elektronik tersebut pasti akan mendapat sambutan hangat di kalangan Umat Islam sama ada daripada golongan normal mahupun kelainan upaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved