Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


MB nafi rombak Exco negeri

Posted:

MB nafi rombak Exco negeri

MB nafi rombak Exco negeri

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


ADNAN Yaakob menerima replika kunci van jenazah yang disampaikan oleh Pengarah Negeri Bank Simpanan Nasional Pahang, Roslin Marjumin untuk kegunaan masyarakat Kampung Simpang Pelangai di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Simpang Pelangai, kelmarin.


BENTONG 7 Ogos – Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan khabar angin kononnya beliau akan melakukan rombakan kecil terhadap Exco kerajaan negeri tidak lama lagi.

Beliau menegaskan, tiada sebab untuk melakukan rombakan tersebut memandangkan semua anggota Exco telah menjalankan tugas dengan baik.

"Soal rombakan Exco tidak timbul sama sekali. Saya berpuas hati dengan semua anggota Exco dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

"Berita tersebut mungkin sengaja digembar-gemburkan atau hanya cakap-cakap kedai kopi yang tidak boleh dipakai," katanya kepada pemberita selepas majlis Titipan Kasih di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung Simpang Pelangai semalam.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan zakat yang disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan kepada 1,000 penerima yang terdiri daripada fakir miskin, warga emas, ibu tunggal dan anak- anak yatim.

Pada majlis yang sama, Adnan turut menerima sebuah van jenazah yang disumbangkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kampung Simpang Pelangai.

Adnan berkata, khabar angin seperti itu adalah perkara biasa dan mainan politik pembangkang yang bertujuan mengelirukan rakyat.

Tambahnya, pembangkang memang terkenal dengan kerja-kerja menyebar fitnah termasuk isu kilang memproses nadir bumi, Lynas di Kuantan sehingga berjaya menimbulkan persepsi buruk segelintir penduduk Kuantan terhadap kerajaan BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kedudukan Hasan dibincang selepas JAIS serah laporan

Posted:

Kedudukan Hasan dibincang selepas JAIS serah laporan

Kedudukan Hasan dibincang selepas JAIS serah laporan

SHAH ALAM 7 Ogos - Kedudukan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali sebagai Exco hanya akan dibincangkan selepas kerajaan negeri menerima laporan lengkap mengenai serbuan gereja yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini baru-baru ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan tersebut dijangka siap sepenuhnya dan diserahkan kepada kerajaan negeri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak terutama media agar menghentikan sebarang spekulasi mengenai kedudukan Hasan yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor.

"Kita tidak akan bincang perkara ini (mengenai kedudukan Hasan) sehingga JAIS selesai beri laporan lengkap mengenai serbuan mereka.

"Saya minta semua pihak hentikan perbincangan terhadap perkara ini kerana soalan-soalan media kadangkala agak mengelirukan," kata beliau selepas menyampaikan sumbangan kepada bekas peneroka bandar Kampung Rimba Jaya di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Hasan yang menjadi tanda tanya berikutan ketegasannya mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama yang dilihat bercanggah dengan kenyataan Abdul Khalid yang kesal dengan insiden itu.

Ketegasan Hasan itu turut dibidas beberapa pemimpin pembangkang malahan, ada pemimpin Pas sendiri menganggap beliau tidak mewakili parti tersebut.

Ketegasan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu juga menerima tamparan hebat apabila Abdul Khalid baru-baru ini mengeluarkan arahan supaya semua Exco Kerajaan Negeri 'menutup mulut' daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini, Hasan bagaimanapun berkata, beliau rela di-pecat sekiranya ketegasannya mempertahankan Islam serta menjaga kepentingan ummah tidak disenangi banyak pihak termasuk beberapa Exco kerajaan negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved