Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mesin kuih pelbagai guna

Posted:

Mesin kuih pelbagai guna

Mesin kuih pelbagai guna

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


Norizan Kamarudin melihat suaminya mencuba mesin kuih tat yang telah ditempah mereka di kilang Zull Design Autotronic (ZDA), Sungai Choh di Rawang, Selangor baru-baru ini.


"Mula-mula saya cari mesin yang mampu menghasilkan kuih raya ini di serata Kuala Lumpur. Namun sukar untuk menjumpai mesin tersebut. Jika ada pun, semuanya amat mahal untuk ditempah.

"Malah, saya juga pernah ke Pulau Pinang semata-mata mahu mencari mesin yang sesuai dengan keperluan saya untuk menghasilkan kuih raya dengan kadar yang banyak," ujar pengusaha kuih raya, Norizan Kamarudin.

Namun, penat lelah Norizan ke hulu hilir mencari mesin yang sesuai akhirnya menemukannya dengan syarikat Zull Design Autotronic (ZDA), di Rawang, Selangor.

Jelas Norizan, pada mulanya dia dan suami tidak pernah terfikir akan kemampuan syarikat ZDA untuk menghasilkan mesin kuih seperti yang dikehendaki.

Setelah puas mencari menerusi Internet, akhirnya mereka terjumpa iklan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut yang mana mampu menghasilkan sebuah mesin mengikut keperluan dan kehendak pengusaha.

"Saya dan suami kemudian mengambil keputusan untuk ke sini (ZDA).

"Di sini bukan sahaja kami dapat mesin yang mengikut spesifikasi yang dikehendaki. Malah ia juga boleh direka berdasarkan kemampuan kami," katanya.

Tambah Norizan, dia dan suami kini sedang mengusahakan perniagaan kuih dan biskut sempena musim perayaan.

Justeru, penggunaan mesin khas untuk menghasilkan kuih dalam kuantiti banyak dalam masa yang singkat amat diperlukan.

Malah, mesin yang ditempah khas daripada ZDA mampu menghasilkan tiga hingga lima jenis kuih.

"Kami kini menerima banyak tempahan. Jika kuih dihasilkan secara manual semenangnya tidak sempat untuk memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Sementara itu ,menurut pereka mesin ZDA, Zamadauwiyah Wahab, mesin yang dikenali sebagai Mepek dihasilkan oleh syarikat berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan.

"Kita ada menghasilkan mesin yang telah siap, namun ia kebiasaan perlu dinaik taraf mengikut kesesuaian kehendak pelanggan.

"Bagi harga sebuah mesin Mepek semi automatik kebiasaannya di bawah RM10,000 dan automatik sepenuhnya di bawah pada harga RM20,000," katanya.

Mepek dijana oleh kuasa angin (pneumatik) yang dihasilkan oleh pemampat elektrik yang dibekalkan bersama mesin tersebut.

Bergerak secara mekanikal, pengendali Mepek harus meletakkan adunan kuih secara manual dan mengawal mesin tersebut sehingga mendapat bentuk kuih yang dikendaki.

Mepek, dapat membantu pengusaha dalam mempercepatkan proses membentuk acuan kuih sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga manusia jika dilakukan secara manual.

Sehingga kini beberapa buah mesin Mepek telah dijual. Kebanyakannya dibeli oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam bidang perusahaan secara kecil-kecilan.

Ujar Zamadawiyah, apabila perniagaan pengusaha terbabit semakin meningkat, ZDA akan turut membantu bagi menaiktaraf mesin sesuai dengan keperluan serta penggunaan mesin oleh pengusaha yang semakin berkembang.

Biarpun harga mesin tersebut dilihat agak kompetitif dan berpatutan namun masih terdapat pengusaha yang tidak mempunyai modal besar meskipun amat memerlukan bantuan mesin seumpamanya.

Di sini ZDA memainkan peranannya yang utama dalam membantu mereka yang memerlukan.

Jelas Zamadauwiyah, ada pelanggan yang memiliki modal kecil namun amat memerlukan mesin sedemikian kerana baru mula berniaga.

"Untuk pelanggan yang tidak mempunyai modal yang besar kita akan bina mesin tersebut mengikut keperluan dan kemampuan mereka.

"Katakan jika mereka memiliki modal hanya RM5,000 maka kita akan cipta mesin pada harga tersebut. Namun objektifnya tetap sama agar dapat membantu meningkatkan perniagaannya," kata beliau.

Ujar beliau, selain mudah dihasilkan, Mepek juga boleh diubah suai mahu pun dinaik taraf pengunaannya dari semasa ke semasa.

Beliau turut berkesempatan menunjukkan demonstrasi mesin pembuat kuih semperit dan kuih dahlia yang berfungsi secara automatik sepenuhnya.

Kuasa bagi mesin tersebut digerakan oleh beberapa motor dan dikawal secara terus dari kotak kawalan.

Justeru, pelanggan boleh menentukan sendiri acuan, jenis dan saiz kuih yang ingin dihasilkan.

Namun, selain kuih semperit dan dahlia, terdapat pelbagai lagi jenis kuih lain dapat dihasilkan oleh mesin yang sama.

Pemiliknya hanya perlu menukar acuan mengikut jenis kuih yang ingin dihasilkan.

Ditanya bagaimana dengan permintaan pelanggan terhadap mesin tersebut, ujar Zamadauwiyah, pada bulan biasa mereka dapat tempahan dua hingga tiga mesin yang sama.

Namun, menjelang musim perayaan atau bulan Ramadan, permintaan tersebut meningkat dan ia tidak termasuk permintaan terhadap pelbagai lagi mesin lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerisauan Zull Design

Posted:

Kerisauan Zull Design

Kerisauan Zull Design


Adakah ini mesin MOSTI yang dimaksudkan oleh Zulkifli?


DI sebalik namanya yang gah sebagai pereka cipta yang terkemuka di negara ini, jauh di sudut hati Zulkifli Haron masih mempunyai kerisauan berkenaan situasi yang dihadapi remaja masa kini.

Beliau yang turut dikenali sebagai MacGyver Malaysia menzahirkan kebimbangan itu berikutan budaya inovasi yang dilihat kurang menyerlah di kalangan masyarakat negara ini terutamanya golongan remaja.

Jelas beliau, rata-rata ibu bapa sentiasa mahukan anak-anak mereka menggapai cita-cita atau profesion yang popular seperti jurutera, doktor, pegawai tinggi kerajaan namun mengetepikan pekerjaan sebagai pereka cipta.

"Kita tidak nafikan pekerjaan seumpama itu (jurutera, doktor) bagus dan menjamin masa depan mereka (remaja).

"Namun pernahkah kita fikirkan tentang mereka yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Malah jika belajar tinggi masih adakah tempat untuk mereka jika peluang pekerjaan itu terhad," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabat barunya di Rawang, baru-baru ini.

Katanya, ibu bapa yang menggalakkan anak mereka untuk menjadi seorang pereka cipta amat kurang, malah boleh dikatakan hampir tiada.

"Jika kita lihat di luar negara, pereka cipta mampu menjadi jutawan segera dengan menghasilkan pelbagai rekaan berguna kepada masyarakat.

"Namun, budaya tersebut amat kurang di negara ini, malah golongan remaja masa kini juga menjadi kurang berdaya saing dan kreatif kerana dilambakkan dengan kemudahan yang sedia ada," katanya.

Jelas Zulkifli, negara sedang beransur-ansur maju dan berteknologi tinggi di samping kedudukan ekonomi yang semakin stabil menjadikan masyarakat amat selesa.

"Kita mudah untuk ke mana-mana, rezeki melimpah ruah tetapi itu tidak seharusnya menjadikan kita sebagai rakyat yang malas bekerja dan malas untuk berdaya saing," katanya.

Kerjaya sebagai pencipta sebenarnya setanding dengan kerjaya lain yang mampu memberikan pulangan gaji yang lumayan.

Malah, kerjaya sebagai pencipta juga merupakan kunci terhadap pembangunan teknologi serta ketamadunan manusia hari ini.

Justeru, pesan Zulkifli, ibu bapa yang memiliki anak-anak yang kreatif seharusnya menggalakkan mereka mencuba dan menghasilkan reka cipta.

"Biar mereka bermula dari sekecil-kecil rekaan, asuh dan galakan mereka agar minat mereka (anak-anak) dalam menghasilkan inovasi tidak akan tersekat dan terpendam begitu sahaja," ujarnya.

Malah, katanya, semua pihak perlu memainkan peranan dalam mendidik masyarakat agar berinovasi bermula dari bangku sekolah lagi.

Jelas Zulkifli lagi, setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang reka cipta beliau hanya ingin melihat legasi yang dicipta mampu bertahan dan dikekalkan oleh anak didiknya.

Akui beliau, adalah amat sukar untuk mendidik apatah lagi menjadikan seseorang itu benar-benar mampu bertahan sepertinya.

Sepanjang 30 tahun dalam bidang tersebut beliau hanya mampu menghasilkan individu yang benar-benar mahir mereka cipta kurang daripada 20 orang.

Ini bermakna, untuk mendapatkan tenaga mahir dalam bidang reka cipta setiap tahun agak mustahil.

Walhal, dalam keadaan negara yang sedang pesat membangun dan mengejar wawasan 2020, Malaysia memerlukan tidak kurang dari 300 orang tenaga mahir di dalam bidang reka cipta, saintifik dan inovasi setiap hari!

Jika negara mampu menghasilkan tenaga mahir hampir kepada bilangan tersebut setiap hari, maka pastinya pembanguan serta permodenan negara akan berjalan lancar malah mampu mengatasi negara-negara maju yang lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved