Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Peniaga Cina agih derma

Posted:

Peniaga Cina agih derma

Peniaga Cina agih derma

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


BRIAN Tan Chong Beng (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal di Flat PPR Taman Desa Mutiara, kelmarin.


JOHOR BAHRU 6 Ogos - Pesanan bapa supaya menghormati bangsa lain dan membantu mereka yang memerlukan, mendorong Pengarah Eksekutif Scenic Route Sdn. Bhd., Brian Tan Chong Beng menghulurkan bantuan kepada 100 ibu tunggal yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, di sini.

Bantuan sempena sambutan Ramadan berupa makanan keperluan harian itu disampaikan sendiri oleh beliau di pekarangan Blok 8 di sini.

Chong Beng ketika ditemui berkata, program perintis syarikatnya itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung golongan berkenaan.

"Ia salah satu daripada tanggungjawab sosial kami terhadap masyarakat dan berharap ia dapat meringankan beban mereka terutama dalam menjalani ibadah puasa dan menyambut Aidilfitri," katanya.

Chong Beng berkata, sekiranya projek perintis itu berjaya, pihaknya bercadang menjadikan ia sebagai acara tahunan syarikat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ahli perniagaan dakwa ditipu agensi pelancongan

Posted:

Ahli perniagaan dakwa ditipu agensi pelancongan

Ahli perniagaan dakwa ditipu agensi pelancongan

JOHOR BAHRU 6 Ogos - Seorang ahli perniagaan mendakwa ditipu oleh sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian lima hari empat malam bermula 19 hingga 23 Julai di Bali, Indonesia yang dibelinya daripada syarikat itu baru-baru ini.

Lew Man Choi, 64, mendakwa pakej tersebut dibelinya daripada sebuah syarikat yang berpejabat di Petaling Jaya, Selangor pada satu ekspo di Danga City Mall di sini pada 8 Mei lalu.

Menurutnya, dia membayar deposit RM900 pada hari yang sama selepas berpuas hati dengan tawaran dan perkhidmatan diberi manakala bakinya RM1,650 dimasukkan ke dalam satu akaun pada 8 Jun lalu pada pukul 11.31 pagi.

"Pakej yang saya bayar meliputi penginapan di Hotel White Rose Bali di Jalan Ligian Kuta, seorang pemandu pelancong dan makanan manakala tiket kapal terbang saya beli sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Chia Song Cheng dan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Neo Khai Beng.

Tambahnya, dia mengetahui dirinya ditipu sejurus sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Ngurah Rai pada 19 Julai kira-kira pada pukul 2.45 petang selepas mendapati tiada mana-mana pihak datang menjemputnya.

Malah, katanya, hasil semakan ke atas hotel terbabit dan beberapa hotel lain di Bali mendapati, tiada bilik yang didaftarkan atas nama dia dan keluarganya, sekali gus menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk penginapan di sana.

"Saya telah cuba menghubungi syarikat berkenaan, tetapi tidak berjawab dan pada 3 Ogos lalu, saya dapat bercakap dengan pihak syarikat itu dan mereka berjanji akan memulangkan semula duit saya dengan segera.

"Namun sehingga ke hari ini, mereka masih belum memulangkan duit saya dan disebabkan sering sahaja diberi alasan, saya bertindak membuat laporan di Balai Polis Sentral semalam," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved