Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Inovasi penjagaan kepala

Posted:

Inovasi penjagaan kepala

Inovasi penjagaan kepala

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

KESIBUKAN bekerja sering menjadi halangan untuk wanita dan lelaki menjaga rambut. Pengabaian penjagaan rambut akan menyebabkan kulit kepala mengalami masalah. Dalam konteks ini, kepala akan mengalami kelemumur, berminyak dan gugur.

Antara masalah kepala yang sering dialami oleh wanita ialah kelemumur.

Setiap daripada kita berdepan dengan masalah kelemumur pada tahap keseriusan yang berbeza. Boleh dikatakan secara puratanya, 50 peratus daripada populasi penduduk negara menderita masalah kelemumur .

Namun fenomena ini adalah perkara biasa, tidak kurang yang hilang keyakinan dan imej diri apabila berdepan dengan masalah kelemumur yang serius.

Penderita kelemumur berasa malu kerana kepingan-kepingan kering berwarna putih bertaburan di kolar baju, bahu dan rambut.

Bahkan wanita yang bertudung secara senyap-senyap menyembunyikan masalah kelemumur yang mereka hadapi.

Hakikatnya masalah ini dikaitkan dengan kebersihan peribadi yang lemah, penggunaan produk kurang yang berkualiti atau tidak bersesuaian serta berkongsi sikat dengan penderita kelemumur.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, syampu anti kelemumur, Clear bekerjasama dengan Akademi Dermatologi Antarabangsa (IACD) untuk menghasilkan kaedah penyelesaian terbaru untuk tujuan pemulihan dan kesuburan kulit kepala.

Kajian tersebut dilakukan selama empat tahun dan berjaya menghasilkan Nutrium 10 bagi penjagaan kulit kepala wanita dan Pro Nutrium 10 untuk lelaki.

"Terdapat perbezaan ketara antara jantina dan keperluan kulit kepala.

Ujian dan kajian semasa yang dijalankan mendapati kulit kepala lelaki dan wanita berbeza daripada segi fisiologi.

Penemuan ini mendorong saintis Clear untuk membentuk dan mengolah rumusan Nutrium 10 untuk menangani masalah kulit kepala berbanding syampu biasa yang hanya membilas kepingan kelemumur iaitu penyelesaian sementara," ujar Pengurus Jenama Clear, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Vicky Lim.

IACD mengesahkan rumusan ini dapat menangani isu perlindungan kulit kepala dengan tiga langkah iaitu menyingkirkan kulat yang mengakibatkan kelemumur dan kemudiannya meletakkan bahan aktif antimikrobial di seluruh kulit kepala. Bahan berkenaan akan menembusi kulit kepala sedalam tiga lapisan bagi tujuan pemulihan, memberi khasiat serta perlindungan bagi membina sistem pertahanan untuk melawan kulat yang mengakibatkan kelemumur (Malassezia).

Justeru itu, penggunaan secara berterusan dapat membantu memberi rawatan optimum untuk setiap helaian rambut, sekali gus menjadikan serat rambut lebih lembut, licin dan mudah diurus.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berjaya hasilkan produk sendiri

Posted:

Berjaya hasilkan produk sendiri

Berjaya hasilkan produk sendiri

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Cuaca panas di awal Ramadan lalu tidak menjadi penghalang wanita ini meneruskan sesi fotografi di luar studio.

Memilih sebuah kelab rekreasi menunggang kuda, pemilik nama sebenar Farahsuzie Suleiman sebenarnya minat pada aktiviti lasak.

Berpuasa bukan halangan Farahsuzie melakukan sesuatu yang digemarinya lebih-lebih lagi aktiviti itu baik untuk kesihatan fizikal.

"Tidak semestinya kita hanya berehat di rumah di bulan puasa. Aktiviti seperti menunggang kuda akan menjadi seronok lebih-lebih lagi ia dilakukan bersama keluarga. Cuma kita perlu berpada-pada melakukan aktiviti luar agar tubuh badan tidak terlalu lemah. Tenaga perlu disimpan untuk meneruskan amal ibadat pada waktu malam seperti Tarawih dan membaca al-Quran," jelasnya yang kini menjual kerongsang Korea Selatan.

Berkongsi rahsia penampilan, Farahsuzie memilih untuk menggunakan minyak tanpa alkohol agar lebih segar di bulan puasa.

Jika orang lain mengutamakan solekan untuk kelihatan cantik, berbeza dengan wanita ini kerana dia yakin wangian boleh menyerikan wajah dan memberi kesegaran.

"Kebetulan saya meminati minyak wangi sejak remaja lagi. Justeru itu, minyak wangi tidak pernah lekang daripada beg tangan saya. Saya juga telah memulakan perniagaan sendiri hasil bantuan suami, Ahmad Kamil Arifin Mokhtar, saya berjaya menghasilkan produk haruman tanpa alkohol yang diberi nama, Dd's Perfume," ujarnya yang ligat menceburi pelbagai bidang perniagaan sejak remaja lagi.

Dengan moto, 'dekat di hati selalu', Farahsuzie berharap minyak wangi ini menjadi pilihan umat Islam tatkala mencari alternatif haruman tanpa alkohol ketika menjalankan ibadat puasa.

Farahsuzie boleh dihubungi di talian 012-3422271 atau layari www.ddsperfume.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved