Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


‘Geng Mercedes’ tumpas

Posted:

'Geng Mercedes' tumpas

'Geng Mercedes' tumpas

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


Noor Rashid Ibrahim melihat ruang khas yang terdapat dalam salah sebuah kereta jenis Mercedes yang terbabit di IPK Kedah, semalam.


ALOR SETAR 7 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah terbesar di utara dikenali sebagai 'Geng Mercedes' selepas menahan 10 individu termasuk dua remaja dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6.5 juta dalam beberapa serbuan di negeri ini kelmarin.

Sindiket itu digelar 'Geng Mercedes' berikutan modus operandi mereka menggunakan pelbagai kereta jenis Mercedes-Benz model lama untuk membawa masuk dadah tersebut dari negara jiran menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, dekat sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil intipan pihak polis selama beberapa bulan sebelum melancarkan gerakan khas bersama Biro Pencegahan Narkotik Thailand (PNSB).

"Kerjasama ini berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah terutama heroin nombor empat dari Thailand ke negara ini yang dikesan sejak 10 bulan lalu.

"Sindiket ini sering menggunakan ruang khas dalam kereta Mercedes model lama untuk menyembunyikan dadah yang diseludup," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Othman Harun dan Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Noor Rashid berkata, dalam operasi antara pukul 8.30 pagi hingga 9.30 pagi itu, 10 individu yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dewasa, empat wanita termasuk dua warga Indonesia dan dua remaja lelaki yang kesemuanya berusia antara 14 dan 46 tahun.

Katanya, rampasan dadah melibatkan heroin nombor empat sebanyak 88 ketul bernilai RM3.08 juta, 16.1 kilogram syabu (RM3.22 juta), 30 kilogram ganja (RM60,000), 1,999 biji pil WY (RM59,970) dan satu kilogram heroin (RM26,400).

"Turut dirampas, enam buah kereta Mercedes-Benz, sebuah kereta Perodua Kenari dan wang tunai berjumlah RM46,076," kata beliau.

Noor Rashid memberitahu, operasi bermula menerusi tangkapan sepasang suami isteri di sekatan jalan raya di Changlun dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi Jumaat lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas Mercedes yang dipandu lelaki terbabit, pihaknya menemui 16 bungkusan disyaki syabu disorok di ruang khas di tempat duduk belakang.

Tambah beliau, susulan tangkapan itu, pihaknya memberkas seorang lelaki di Plaza Tol Sungai Petani yang juga menaiki kereta Mercedes dan menemui sebanyak 1,999 biji pil WY serta seketul heroin nombor empat sebelum menyerbu dua lokasi lagi iaitu masing-masing sebuah rumah di Taman Berlian dan Sungai Kob, Kulim kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kata beliau, dalam serbuan di Taman Berlian, pihaknya menahan enam individu termasuk seorang lelaki dan wanita serta masing-masing dua remaja lelaki dan dua wanita Indonesia.

"Hasil pemeriksaan ke atas sebuah Mercedes di hadapan rumah tersebut, polis menjumpai 26 ketul heroin nombor empat, 31 ketul ganja, 534 gram heroin dan 203 gram syabu yang disorok di ruang khas," katanya.

Serbuan di sebuah rumah di Sungai Kob pula, katanya, polis menahan seorang lagi lelaki dan pemeriksaan ke atas sebuah kereta Mercedes di luar rumah itu menemui 61 ketul heroin nombor empat, 445 gram heroin dan 375 gram ganja selain 12 gram ganja diisi dalam buluh lemang yang disembunyikan di dalam rumah.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pengedar dadah rakyat Nigeria mati dalam pesawat ke Malaysia

Posted:

Pengedar dadah rakyat Nigeria mati dalam pesawat ke Malaysia

Pengedar dadah rakyat Nigeria mati dalam pesawat ke Malaysia

NEW DELHI, 7 Ogos — Seorang pengedar dadah rakyat Nigeria, yang dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyerahkan barangan seludup itu, mati dalam sebuah pesawat pada Selasa, selepas dadah yang ditelannya pecah dalam perut. Akhbar Daily Sun di Lagos hari ini melaporkan lelaki itu, Chilaka Ogbonna Emmanuel, 25, meninggal dunia dalam pesawat Qatar Airways yang menuju ke Malaysia melalui Doha.

"Ketika mangsa berdepan komplikasi akibat dadah yang ditelannya, anak-anak kapal cuba memberikan bantuan.

"Namun selepas mendapati keadaan lelaki itu semakin teruk, pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di India untuk membolehkan mangsa diberikan rawatan sewajarnya," lapor akhbar berkenaan.

Menurut akhbar harian itu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan di Mumbai.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan Nigeria (NDLEA) Jarikre Ofoyeju berkata hasil bedah siasat menunjukkan Emmanuel menelan dadah, dan punca kematian adalah disebabkan komplikasi akibat perbuatannya itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Nigeria tidak mendedahkan kuantiti atau jenis dadah yang cuba diseludup si mati ke Malaysia.

NDLEA turut mendedahkan sejumlah 68 individu yang disyaki pengedar dadah ditahan di Lapangan Terbang Lagos Airport dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved