Ahad, 7 Ogos 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


AS mahu berbaik-baik dengan semua

Posted:

AS mahu berbaik-baik dengan semua

AS mahu berbaik-baik dengan semua


BERMULA tahun 2009, Amerika Syarikat (AS) telah mewujudkan satu jawatan Wakil Khas Masyarakat Islam dalam jabatan kerajaan negara berkenaan. Farah Pandith, 43, yang beragama Islam diberi kepercayaan memegang jawatan yang pertama kali diwujudkan oleh kuasa besar dunia itu. Beliau berkhidmat sebagai wakil khas kepada Setiausaha Negara, Hillary Clinton yang mengendalikan komuniti masyarakat Islam.

Pelantikan tersebut dikaitkan sebagai usaha Presiden Barack Obama untuk memperbaiki hubungan dengan umat Islam di seluruh dunia. Isu ini yang menjadi antara agenda utama beliau semasa berkempen menjadi Presiden AS.

Minggu lepas Farah yang dilahirkan di India dan dibesarkan di AS telah mengadakan lawatan selama tiga hari ke Malaysia. Lawatan tersebut adalah yang kedua selepas pelantikannya. Ikuti wawancara wartawan FAUZIAH AROF, IRMAN HASHIM dan jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN dalam pertemuan singkat dengan beliau di Kuala Lumpur baru-baru ini.

UTUSAN: Apa tujuan AS mewujudkan jawatan Wakil Khas Masyarakat Islam bermula tahun 2009 dan bukan pada tahun-tahun sebelumnya?

FARAH: Ia bermula ketika AS berada dalam era pimpinan Obama. Beliau merasakan amat perlu dan penting untuk membentuk satu hubungan yang lebih baik dan akrab dengan masyarakat Islam di seluruh dunia.

Langkah serta usaha beliau ini dapat dilihat, apabila Obama melaksanakannya sejak dari awal lagi iaitu ketika mula-mula memegang jawatan sebagai Presiden.

Ketika berucap pada ucapan pertama sebagai Presiden, beliau berjanji dan memberi jaminan untuk mewujudkan banyak sesi dialog serta kerjasama dengan penganut-penganut Islam di seluruh dunia dan sentiasa melaksanakan misi itu sejak mula sehingga sekarang.

Kesungguhan ini boleh dilihat ketika beliau berucap di Turki beberapa bulan selepas memegang jawatan berkenaan dan di Kaherah pada Jun 2009.

Dalam ucapan tersebut, beliau mahu membina hubungan yang lebih baik dengan masyarakat Islam di seluruh dunia berdasarkan kepentingan bersama dan ingin kedua-dua pihak mewujudkan suasana hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan dari segi agama.

Sehubungan itu, sejak awal pentadbiran Obama, setiap jabatan kerajaan di AS telah dan sedang melaksanakan visi berkenaan dengan sebaik mungkin.

Oleh itu, kedutaan AS di seluruh dunia sama ada masyarakat Islam merupakan anggota majoriti atau minoriti di sesebuah negara, kita cuba untuk menjalinkan hubungan dan jaringan kerjasama dalam pelbagai bentuk dan dengan menggunakan pelbagai pendekatan.

Ia termasuk dalam menjalinkan hubungan yang melibatkan bidang sains dan teknologi, pendidikan, kesihatan dan hal-hal berkaitan kebajikan. Kami ingin membina banyak lagi peluang dan perkongsian dengan masyarakat Islam pada masa sekarang dan akan datang.

Sebagai wakil khas berkenaan, apa sebenarnya peranan anda?

Jawatan saya diletakkan di bawah Setiausaha Negara. Ia adalah jawatan pertama seumpamanya dalam sejarah AS. Hillary Clinton meminta saya memfokuskan kepada anggota masyarakat Islam berumur 30 tahun ke bawah terutama pada peringkat akar umbi di seluruh dunia.

Oleh itu, saya telah bekerjasama dengan kedutaan di seluruh dunia untuk membuka peluang dalam pelbagai perkara berbentuk kepentingan bersama dan melakukan banyak sesi dialog.

Saya telah dilantik untuk jawatan ini lebih daripada dua tahun dan kini saya telah melawat lebih 40 buah negara.

Fokus kita sebenarnya adalah kepada masyarakat Islam berusia 30 tahun ke bawah jika tanpa melihat agama, demografinya sangat besar. Contohnya, kita melihat ramai anak muda dalam Facebook, ia seperti boleh membentuk sebuah negara ketiga terbesar.

Kami mendengar pandangan mereka dan mahukan perbincangan secara aktif dalam apa jua bidang, kami melihat potensi mereka dan mahu mereka mengambil bahagian.

Saya dapat melihat potensi mereka melalui perbualan serta perbincangan saya dengan golongan muda dari Surinam sehinggalah ke Malaysia.

Saya tahu kebanyakan orang muda merasakan mereka tidak diberikan peluang untuk mengemukakan pandangan mereka dan media sosial seperti Facebook dan Twitter memberikan peluang itu.

Apa reaksi atau pandangan golongan ini terhadap AS terutama hubungannya dengan negara-negara Islam?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pas - 'Parti Aloh Sokmo'

Posted:

Pas - 'Parti Aloh Sokmo'

Pas - 'Parti Aloh Sokmo'

DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM ialah Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

SEBAIK-BAIK Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP).

Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.

Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan Pas. Sebagaimana konsep negara Islam, Pas bercakap dulu, fikir kemudian.

Dan dalam hal ini, Pas kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. Pas kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi.

Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "Pas aloh ko DAP". Walaupun pemimpin Pas memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh.

DAP anggap keputusan kerajaan Pas Kedah sebagai "tidak cerdik" (baca: bodoh) dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti. Andainya tiada ugutan kes ini dibawa ke mahkamah, masakan pucuk pimpinan Pas terbabit sehingga mendesak kerajaan negeri mengubah pendirian.

Dalam kes terbaru, wakil Pas di Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, dikecam teruk oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Theresa Kok atas pendirian terbukanya mempertahan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Serbuan itu dibuat atas laporan adanya usaha menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam atau memurtadkan mereka.

Sebelum episod ini, "Pas aloh ko DAP" di Selangor. Exco DAP Selangor, Ronnie Liu perjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut, Pas tidak boleh berbuat apa.

Dia arah Majlis Bandaraya Shah Alam kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual. Dia juga arahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak.

Pemimpin-pemimpin DAP dibenarkan masuk masjid atas urusan politik dan ada yang masuk dalam keadaan tidak ikut adab tertib Islam.

Melihatkan kuatnya tekanan DAP (dan pihak lain, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, dari PKR) ke atas Hasan, nampaknya Pas akan 'aloh' lagi kepada DAP dalam hal ehwal agama dan orang Islam di Selangor.

Di Pulau Pinang pun sama, "Pas aloh ko DAP". Exco DAP berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sampai perarakan Maulidur Rasul pun dibatalkan.

Lim Guan Eng sudah wujudkan Exco bagi bukan Islam. Sedikit demi sedikit hal-hal Islam diceroboh, dan umat Islam pula yang bertelagah sesama sendiri.

Sebelum ini, Pas memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak Pas mula menjalin hubungan politk dengan DAP?

Selepas pilihan raya 2008, orang Pas tolong jaja cerita mengenai kepimpinan Lim Guan Eng ala Khulafah Al-Rasyidin. Penceramah-penceramah Pas tolong kempen termasuk waktu kuliah maghrib di masjid-masjid mengenai idola Guan Eng iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

Malah ada ustaz-ustaz Pas mengumumkan Guan Eng akan peluk Islam, tetapi terpaksa menunggu sehingga bapanya Lim Kit Siang peluk Islam dulu dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya pakatan pembanghkang berjaya menawan Putrajaya kelak.

Sudahlah Pas gagal melaksanakan sebarang undang-undang Islam setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, mereka meletakkan pula tanggungjawab hendak melaksanakan undang-undang Islam ke atas bahu Guan Eng dan Kit Siang.

Amat malang, terlalu ramai pengikut Pas yang mempercayai momokan ustaz-ustaz Pas ini, yang berjaya mewujudkan segolongan pengikut yang taksub dan mempercayai apa saja yang diucapkan.

Apa yang Pas berjaya lakukan ialah memberi dorongan kepada pemimpin DAP menghina Islam, menghina al-Quran dan menghina masjid. Pemimpin-pemimpin DAP sesuka hati memetik ayat al-Quran semasa berceramah politik dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti hati orang Islam.

Tapi Pas mempertahankan mereka walaupun hadis dan ayat al-Quran dipersenda. Soalnya: dakwah macam mana yang Pas buat untuk DAP sampai DAP jadi berani begitu?

Pemimpin PKR dan Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi berani bercakap mengenai kepentingan Melayu dan kedaulatan Islam kerana dicap sebagai rasis. Kononnya atas dasar 'tahaluf siyasi', Pas berpakat dengan DAP untuk mendapat kuasa, seterusnya untuk mengembang Islam.

Hakikatnya Islam bukan sahaja tidak berkembang, malah pemimpin Pas sibuk pula mencari ayat-ayat Quran sebagai rujukan untuk menghalalkan tindakan-tindakan DAP.

Nampak sangat kedudukan Pas yang sedang berkecamuk dan pemikiran pemimpin yang bercelaru. Negara Islam pun dah jadi Negara Kebajikan. Slogan 'Membangun Bersama Islam' kini tukar jadi 'Pas Untuk Semua. '

Dulu Karpal Singh kata Pas kena langkah mayat dia jika mahu tubuh negara Islam. Baru-baru ini, pemimpin Pas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yakni bekas Speaker DUN Kelantan, pula kata langkah mayat dia jika ada sesiapa mahu serang Karpal Singh.

Kalau Pas mendalami pengertian bahawa khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang pemimpin DAP anti-Islam setaraf Khalifah al-Rasyidin.

Bila timbul cerita Tengku Razaleigh Hamzah, dan bukannya Abdul Hadi Awang mungkin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang untuk menawan Putrajaya, sekali lagi 'Pas aloh'.

Padahal, di kalangan penyokong Pas, Abdul Hadi adalah calon mereka dan pernah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Nampaknya, Pas kecewa lagi. Tidak hairanlah jiwa Pas kini sakit, hatinya penuh dengan dendam dan nafsu Qarun yang semakin membuak. Saya percaya ramai pemimpin dan ahli Pas asal menangis melihat rupa wajah Pas hari ini: parti pak turut yang melukut di tepi gantang, parti yang aloh sokmo.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved