Utusan Online - Selatan |
Posted: Hukum peniaga kotorOleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR SEREMBAN 6 Ogos - Peniaga khususnya pengusaha makanan di bazar Ramadan seluruh negeri ini diingatkan tidak memandang ringan terhadap peraturan kebersihan yang ditetapkan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan tegas. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengamalkan sikap sambil lewa berhubung aspek kebersihan menyedia serta menjual makanan sepanjang Ramadan. Katanya, langkah itu penting bagi mengelakkan orang ramai daripada terdedah kepada risiko penyakit selain keracunan makanan. ''Justeru, Jabatan Kesihatan negeri akan menjalankan pemantauan secara berkala setiap hari di bazar Ramadan seluruh negeri ini. ''Mereka (petugas Jabatan Kesihatan) bersama pihak majlis perbandaran di daerah masing-masing tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang ingkar dengan pematuhan kebersihan ini. ''Peniaga yang degil walaupun telah diberi amaran awal mungkin akan berhadapan dengan tindakan kompaun termasuk larangan menjaja,'' katanya pada sidang media Aktiviti Pemeriksaan Bazar Ramadan Negeri Sembilan 2011 di sini, hari ini. Jelas Ismail, program pemantauan itu akan dijalankan terhadap 50 bazar Ramadan di seluruh negeri ini yang melibatkan hampir 1,200 peniaga berdaftar. | ||
Bubur lambuk Permaisuri, Utusan habis Posted: Bubur lambuk Permaisuri, Utusan habis
MELAKA 6 Ogos - Pemandu yang melalui jalan raya di hadapan pusat membeli belah Melaka Mall menghala ke bandar raya ini pelik mendapati kesesakan luar biasa berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam. Mereka mula tertanya-tanya kelibat beberapa lelaki berpakaian warna merah di tengah-tengah kesesakan jalan raya sambil membawa beberapa bungkusan. Bagaimanapun, pengguna jalan raya yang tiba di khemah hadapan Melaka Mall mengukir senyuman dan tidak kurang yang ketawa terbahak-bahak melihat gelagat anggota Senario, Lan Pet Pet dan Azli menahan kereta semata-mata hendak menghulurkan bubur lambuk. Disertai oleh Man Raja Lawak, Ali bekas penyanyi rock kumpulan XPDC (sekarang Ali Mpire) dan Asheed Def Geb C, mereka mengedar 3,000 bungkusan bubur lambuk sumbangan Permaisuri Hotel dan Resort bersama Utusan Malaysia cawangan Melaka. Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman; Pengarah Urusan Permaisuri Hotel dan Resort, Norlidah Said dan Pengurus Besar Kumpulan, Aswandy Hasan. Gelagat Lan Pet Pet sudah cukup membuatkan pengguna jalan raya dan orang ramai yang berada di situ 'tidak kering gusi' dibuatnya. Bayangkan, Lan Pet Pet duduk di tengah jalan raya dengan kotak berisi bubur lambuk dan menahan bas Panorama, bas persiaran serta bas ekspres semata-mata untuk memberikan bubur lambuk. Azli pula berceloteh bersama Ali Mpire sepanjang program itu berlangsung membuatkan orang ramai khususnya pengunjung pusat membeli belah Melaka Mall dan kakitangan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya tersenyum panjang. Kira-kira pukul 4.30 petang, 3,000 bungkusan bubur lambuk yang dimasak oleh chef Mustafa habis diedarkan. | ||
Posted: Letak berasingan Golden ChurnKUCHING 6 Ogos - Semua pasar raya di negeri ini diarah mengasingkan Golden Churn Creamery Butter daripada produk halal yang lain supaya umat Islam tidak keliru sehingga terbeli mentega itu. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta setelah mentega tersebut disahkan tidak halal baru-baru ini. Jika gagal berbuat demikian katanya, mereka boleh didakwa di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 yang membawa kepada denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun kerana melakukan penipuan berkaitan logo halal. "Kita tidak boleh memberi arahan untuk memusnahkan atau menarik balik mentega ini daripada pasaran memandangkan ada pelanggan bukan Islam menggunakannya. "Bagaimanapun, kita telah mengarahkan semua pasar raya meletakkan mentega ini di bahagian produk tidak halal serta menutup atau memadamkan logo halal yang tertera pada labelnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak baru-baru ini mengesahkan mentega Golden Churn Creamery Butter tidak halal kerana mengandungi Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi. Pengesahan itu mengejutkan banyak pihak memandangkan mentega berkenaan dipercayai digunakan secara meluas dalam industri roti dan kek di negeri ini, termasuk perusahaan kek lapis Sarawak. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan