Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


BN sudah sedia hadapi PRU ke-13

Posted:

BN sudah sedia hadapi PRU ke-13

BN sudah sedia hadapi PRU ke-13

KUALA KLAWANG 21 Ogos - Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Katanya, kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa PRU ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.

Menurutnya, negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada golongan miskin di Masjid Simpang Durian dekat sini, semalam. - BERNAMA

Khairy akur jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13

Posted:

Khairy akur jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13

Khairy akur jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13

KOTA BHARU 21 Ogos - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersedia untuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang sekiranya kepimpinan parti mendapati beliau bukan calon yang boleh menang.

Beliau berkata, keputusan untuk memilih calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) adalah kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua pihak perlu akur serta mengelakkan perasaan tidak puas hati bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.

"Saya tidak tahu (akan dicalonkan atau tidak), Perdana Menteri kena nilai sama ada saya calon boleh menang atau tidak. Mungkin laporan saya bukan calon boleh menang, kalau saya bukan calon boleh menang, saya kena terima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

"Yang penting siapa saja yang jadi penyandang hari ini atau siapa ada jawatan dalam parti kalau sekiranya Perdana Menteri bagi tahu awak bukan seorang calon boleh menang maka kita kena terima jangan anggap diri terlalu hebat atau tidak boleh diganti kerana sikap seperti itu mungkin boleh menjejaskan jentera sekiranya tidak dipilih," katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Jom Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu di Masjid Bahagia di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian dan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail.

Pada program Jom Ramadan, Pemuda UMNO telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada masjid tersebut untuk kerja-kerja baik pulih termasuk pemasangan satu unit penghawa dingin.

Khairy berkata, penyandang kerusi atau mana-mana individu yang bercita-cita untuk dipilih sebagai calon harus berkerja kuat dari sekarang untuk memikat hati rakyat.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved