Isnin, 22 Ogos 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM343,400 ihsan Ramadan diagih

Posted:

RM343,400 ihsan Ramadan diagih

RM343,400 ihsan Ramadan diagih

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


DALI Hussin (tengah) menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di rumahnya di Taman Chempaka, Kota Bharu, kelmarin. - utusan/Rosni Masri


KOTA BHARU 21 Ogos - UMNO Bahagian Pengkalan Chepa membelanjakan RM343,400 wang ihsan sepanjang Ramadan ini untuk membantu golongan memerlukan terutama warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan keluarga yang ditimpa malang bagi meringankan beban mereka meneruskan kehidupan seharian.

Ketuanya, Dali Hussin berkata, selain itu, RM100,000 lagi dikeluarkan oleh UMNO bahagian tersebut untuk disampaikan kepada para pelajar daerah itu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tahun ini.

"Wang ihsan ini diagihkan kepada lebih 500 penerima di seluruh kawasan Parlimen dan ia juga termasuk bayaran zakat kepada golongan yang memerlukannya.

"Peruntukan ini bukan untuk kepentingan parti, tetapi atas dasar tanggungjawab kita membantu golongan yang memerlukan kerana inilah tujuan wang ihsan itu digunakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Ihya Ramadan dan Penyampaian Wang Ihsan di rumahnya di Taman Chempaka di sini, petang semalam.

Pada majlis tersebut, Dali turut mengagihkan wang RM100,000 kepada 220 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi, diploma dan ijazah di seluruh negara.

Selain itu, beliau turut menyampaikan bantuan RM3,000 setiap keluarga kepada tiga keluarga yang kebakaran rumah baru-baru ini.

Dali berkata, beberapa lagi program Ihya Ramadan akan diadakan di seluruh kawasan Parlimen tersebut, terutama program pemberian zakat termasuk sayap bahagian seperti Pergerakan Wanita.

Dalam pada itu, menurut beliau, satu program rumah terbuka Aidilfitri secara besar-besaran akan diadakan di kediamannya pada 3 September nanti sempena Aidilfitri.

Polis buru empat lelaki bantu kes jenayah

Posted:

Polis buru empat lelaki bantu kes jenayah

Polis buru empat lelaki bantu kes jenayah


Beginilah lakaran wajah empat lelaki yang diburu oleh polis bagi membantu siasatan.


BESUT 21 Ogos - Polis mengedarkan gambar lakaran wajah empat lelaki bagi membantu menyelesaikan lima kes jenayah jalanan di empat kampung di daerah ini sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd Zakaria berkata, lakaran tiga suspek dan seorang lagi yang pernah ditahan kerana kesalahan sebelum ini diperoleh menerusi laporan dan pengecaman yang dibuat oleh mangsa mereka.

Katanya, kesemua dikaitkan dengan kes samun dan ragut di Kampung Padang Landak, Gong Bayor, Gong Duek dan Pengkalan Sentul yang melibatkan mangsa kerugian kira-kira RM20,000.

Menurutnya, suspek yang dipercayai berketurunan Melayu melakukan jenayah itu dengan menggunakan kenderaan seperti Perodua Kancil, Myvi, Satria yang juga dipercayai disewa.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di Kampung Raja dekat sini semalam, Kamarudin berkata, suspek biasanya memilih waktu di antara pukul 2 petang hingga Maghrib untuk melakukan jenayah.

"Sasarannya ialah wanita yang tinggal di rumah yang terletak agak jauh dari pandangan umum supaya tidak dapat meminta pertolongan dan bantuan daripada orang lain.

"Mereka berpura-pura bertanyakan sesuatu untuk memastikan mangsa bersendirian di rumah dan kemudiannya menggunakan parang atau pisau pemotong daging untuk mengugut mangsa," ujarnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penjenayah yang agak berani itu kerana setakat ini suspek tidak memakai penutup muka semasa melakukan samun atau rompakan.

Dalam perkembangan yang sama, Kamarudin berkata, bagi menangani dan bertindak pantas ke atas kes sedemikian, pihaknya telah menubuhkan 10 pasukan yang terdiri daripada dua hingga lima sepasukan.

"Dengan adanya pasukan itu, polis mampu bertindak lebih pantas jika ada sesuatu kes dilaporkan. Orang ramai juga dinasihatkan agar turut membantu pihak polis menangani jenayah ini," katanya.

Pas kian terdesak sehingga memburukkan BN - Dali Hussin

Posted:

Pas kian terdesak sehingga memburukkan BN - Dali Hussin

Pas kian terdesak sehingga memburukkan BN - Dali Hussin

KOTA BHARU 21 Ogos - Tindakan Pas mewujudkan pelbagai isu dan tuduhan palsu terhadap Barisan Nasional (BN) membuktikan mereka semakin tertekan dalam menghadapi cabaran pilihan raya umum akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata, akibat tekanan tersebut maka pembangkang cuba mewujudkan pelbagai persoalan palsu untuk mengelirukan rakyat dengan harapan dapat meraih sokongan mereka kelak.

"Pas sudah ketandusan isu apabila pelbagai perkara cuba dibangkitkan seperti soal kerakyatan yang sudah terbukti tuduhan palsu lepas itu kata pengundi hantu.

"Apabila kerajaan nak buat sistem biometrik mereka juga menentang sedangkan inilah cara untuk pastikan pilihan raya lancar tetapi turut ditentang kerana merasakan ia akan merugikan mereka sendiri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Ihya Ramadan dan Penyampaian Wang Ihsan di kediaman beliau di sini petang semalam yang turut dihadiri kira-kira 2,500 masyarakat sekitar.

Sementara itu, mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa beliau mempunyai senarai nama termasuk calon muda yang dijangka bertanding pada pilihan raya umum akan datang, Dali menganggap ia satu keputusan yang pasti mendapat sokongan.

Menurut beliau, Mustapa mempunyai pengalaman yang cukup, justeru yakin ia adalah keputusan terbaik dilakukan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Kelantan.

Dali bagaimanapun berharap pemimpin muda di negeri ini dapat mempersiapkan diri masing-masing memandangkan pentas politik adalah satu bidang yang sangat mencabar untuk diceburi.

"Bagi saya itu satu perkara yang cukup baik supaya tokoh-tokoh muda ini dapat memberi sumbangan mereka terhadap rakyat.

"Tetapi kita pula mengharap agar pemimpin muda ini adalah cukup bersedia dan tidak hanyut dalam arus, selok-belok politik yang cukup mencabar," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved