Isnin, 22 Ogos 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Kompas mohon maaf kepada Najib

Posted:

Kompas mohon maaf kepada Najib

Kompas mohon maaf kepada Najib

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


Jimmy S. Harianto memohon maaf kepada Najib Tun Razak mewakili akhbar Kompas di Putrajaya, baru-baru ini.


JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

"Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya "Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga," kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita

Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu

Posted:

Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu

Rakyat berpendapatan kurang RM3,000 dibantu

IPOH 21 Ogos – Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sedang mengenal pasti langkah terbaik bagi membantu mengurangkan beban hidup rakyat akibat kenaikan harga barang.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan kurang RM3,000.

Menurutnya, kajian yang mengambil masa selama dua minggu itu akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diteliti sebelum dibentangkan pada belanjawan akan datang.

"Menerusi kajian ini, kita akan mengenal pasti pilihan terbaik bagi membantu masyarakat agar ia dapat dilaksanakan secara efisien dan efektif.

"Apa yang penting, langkah atau inisiatif yang dilaksanakan nanti dapat mencapai matlamat untuk membantu golongan tersebut dalam meringankan beban mereka," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bantuan dan sumbangan raya, Teman 1Azam, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini hari ini.

Seramai 636 penduduk di Parlimen Tambun menerima sumbangan raya dan bantuan peralatan untuk usahawan yang kesemuanya bernilai RM680,000.

Ahmad Husni berkata, kerajaan memandang serius perkara itu kerana mendapati golongan yang berpendapatan kurang RM3,000 menerima kesan secara langsung ekoran kenaikan harga barang.

Negara makmur bukti ekonomi baik

Posted:

Negara makmur bukti ekonomi baik

Negara makmur bukti ekonomi baik

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada warga emas, fakir miskin dan anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat Selangor di Dataran Usahawan, Batu 14, Hulu Langat semalam. Beliau kemudiannya menunaikan solat Isyak dan tarawih di Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Semenyih. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN


HULU LANGAT 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan berjaya menguruskan ekonomi negara dengan baik ketika beberapa negara maju sedang berhadapan krisis ekonomi yang begitu teruk ketika ini.

Menurut Perdana Menteri, sehingga saat ini semua kakitangan awam bukan sahaja menikmati gaji dan ganjaran seperti ditetapkan malah turut diberikan bonus setengah bulan gaji sebagai persiapan menghadapi hari raya tidak lama lagi.

Selain itu, beliau berkata, kesemua program yang digariskan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) juga berjalan seperti dirancang.

"Ini membuktikan ekonomi negara kita makmur. Berbanding dengan beberapa negara maju yang lain ada antaranya pada masa ini terpaksa memotong beberapa peruntukan termasuk bayaran pencen ekoran masalah kewangan.

"Di negara kita, bayaran pencen berjalan seperti biasa dan selain kakitangan awam, kerajaan juga bersetuju memberi bonus RM500 untuk semua pesara kerajaan. Alhamdulillah rahmatnya hidup di bumi Malaysia ini," katanya.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 5,000 hadirin pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat Selangor di Dataran Usahawan Masjid Hishamuddin Alam Shah, Batu 14 di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar; Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan warga emas termasuk pemberian komputer riba 1Malaysia serta pelancaran Dataran Usahawan.

Perdana Menteri berkata, kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) tidak terkecuali berhadapan dengan masalah kewangan apabila saham di negara itu jatuh merudum, hutang berada pada tahap maksimum serta kadar pengangguran melebihi sembilan peratus.

"Negara maju di Eropah seperti Britain juga berhadapan dengan masalah sama. Begitu juga dengan negara lain di benua berkenaan.

"Ada antaranya terpaksa memohon bantuan negara lain bagi menyelamatkan keadaan ekonomi negara mereka yang begitu teruk," ujarnya.

Sementara itu, ketika memberi reaksi permintaan penduduk di kawasan ini supaya salah satu tol Lebuh Raya Grand Saga ditutup, Najib berjanji perkara itu akan dikaji oleh Kementerian Kerja Raya sedalam-dalamnya sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Begitu juga cadangan untuk menaik taraf Hospital Kajang ekoran keperluan yang mendesak, satu kajian mengenainya juga akan dibuat sebelum kerajaan mengambil satu ketetapan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved