Isnin, 22 Ogos 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bekalan raya dijamin cukup

Posted:

Bekalan raya dijamin cukup

Bekalan raya dijamin cukup

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 21 Ogos – Bekalan bahan makanan keperluan, terutama makanan basah di negeri ini menjelang Aidilfitri dijangka mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, kerajaan negeri peka dengan keperluan orang ramai, terutamanya masyarakat Islam sempena perayaan itu.

Tambahnya, ini termasuklah bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam serta daging bagi orang ramai di negeri ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dengan bahan keperluan makanan bagi menyambut Aidilfitri kali ini kerana kita telah pun mengambil inisiatif untuk memastikan barang keperluan mencukupi.

"Tambahan pula beberapa projek yang dijalankan seperti Ladang Rakyat, kini telah mengeluarkan hasil untuk keperluan setempat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Yunus juga menjelaskan, kesemua barangan keperluan akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mencukupi untuk orang ramai.

Bagaimanapun kata beliau, sekiranya barangan makanan tidak mencukupi, pihaknya akan mengimport bekalan dari negeri lain bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Bahkan, kata beliau, kebanyakan barangan ketika ini dijual dengan harga yang berpatutan, termasuk di beberapa kawasan seperti di Jelebu, Seremban dan beberapa kawasan lain di negeri ini.

Bubur lambuk Utusan Malaysia, TM dapat sambutan

Posted:

Bubur lambuk Utusan Malaysia, TM dapat sambutan

Bubur lambuk Utusan Malaysia, TM dapat sambutan


Salmah Mohd. Taufek (dua dari kiri) bersama Muhamad Rais Yeop Johari (kiri) mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di hadapan Ibu Pejabat TM di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 21 Ogos - Sebanyak 3,000 bungkus bubur lambuk Utusan Malaysia dan Telekom Malaysia (TM) habis dalam tempoh kurang sejam setengah selepas mula diedarkan pukul 3 petang kelmarin.

Eksekutif Jualan Zon Tengah 1, Zairina Lubis Nordin berkata, sebaik diedarkan, orang ramai khususnya warga bandar ini mula mendapatkan bubur tersebut untuk berbuka puasa.

"Sambutan amat baik dan kita berjaya mengedarkan 3,000 bungkus bubur lambuk dalam tempoh 30 minit sahaja di hadapan tangga besar bangunan Bangunan TM dekat Masjid Negeri di sini.

"Apa yang dapat kita lihat sambutan daripada orang ramai cukup menggalakkan. Insya-Allah kita akan membuat bubur lambuk lagi dalam jumlah yang lebih besar selepas ini," katanya.

Hadir sama pada program itu ialah Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Salmah Mohd. Taufek dan Pemangku Ketua Biro Utusan Malaysia Negeri Sembilan, Muhamad Rais Yeop Johari.

Jelas Zairina, program pengedaran bubur lambuk adalah kali kedua diadakan pada bulan Ramadan yang mana sebelum ini dilakukan bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada tahun ini.

Pengedaran bubur lambuk itu turut mendapat kerjasama sokongan Majlis Perbandaran Seremban.

1,330 peneroka Felda Melaka terima duit raya

Posted:

1,330 peneroka Felda Melaka terima duit raya

1,330 peneroka Felda Melaka terima duit raya


MOHD. Ali Rustam (dua dari kanan) menyampaikan replika cek bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan di Felda Tun Ghafar Kemendor, Jasin, kelmarin.


JASIN 21 Ogos - Seramai 1,330 peneroka Felda dari lima tanah rancangan di negeri ini tersenyum lebar apabila menerima duit raya dengan nilai keseluruhannya RM448,200 sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Bantuan duit raya itu disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kepada pengurus Felda setiap tanah rancangan sebelum diagihkan kepada para peneroka di kawasan masing-masing.

Pengurus Besar Felda Wilayah Segamat, Kasimon Salleh berkata, setiap peneroka yang menghantar hasil kepada Felda menerima RM400 manakala mereka yang melaksanakan tanam semula persendirian diberi RM200 setiap seorang.

Menurutnya, Felda Tun Ghafar Kemendor menerima RM115,600 untuk diagihkan kepada 380 peneroka, manakala Felda Tun Ghafar Hutan Percha yang mempunyai 285 peneroka menerima RM89,200.

Bagi Felda Tun Ghafar Machap dan Menggong yang mempunyai 217 peneroka pula menerima RM86,400 dan Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh mendapat sumbangan tertinggi iaitu RM157,000 untuk 448 peneroka.

"Setiap tahun Felda tidak akan melupakan golongan peneroka yang menjadi tunjang utama kemajuan Felda. Tahun ini, duit raya yang diberikan telah meningkat daripada RM350 tahun lalu kepada RM400 bagi setiap peneroka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Rahmat Ramadan Warga Felda Parlimen Jasin 2011 di Felda Tun Ghafar Kemendor di sini, semalam.

Turut hadir dalam program itu ialah Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah; Ahli Dewan Undangan Negeri Rim, Mohd. Yazed Khamis dan Pengarah Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri, Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved