Isnin, 22 Ogos 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Kurma dan ‘bubur lambuk’ Meera

Posted:

Kurma dan 'bubur lambuk' Meera

Kurma dan 'bubur lambuk' Meera

Oleh AZELI ALI
pengarang@utusan.com.my


Seorang pekerja mengeluarkan produk kurma daripada kontena yang diimport dari Arab Saudi untuk dijual di Kedai Meera Sahib di Lebuh Chulia.


PULAU PINANG 21 Ogos – Setiap kali Ramadan pastinya kita tidak dapat dipisahkan dengan kurma. Safawi, Khudri, Shazwin, Alisha, Ajwa, medjoul dan banyak lagi sering menjadi sebutan.

Ini kerana khasiat kurma atau tamar tidak perlu dipertikaikan kerana diangkat tinggi oleh Rasulullah S.A.W. selain ia memberi tenaga selepas seharian berpuasa dan membekalkan pelbagai zat yang diperlukan ketika bersahur.

Hari ini kurma mampu diperoleh setiap hari melalui pembekal yang membawa masuk pelbagai jenis dari negara Timur Tengah seperti Tunisia, Arab Saudi, Oman, Mesir, Iran, Emiriah Arab Bersatu, Jordan dan Pakistan.

Di Pulau Pinang, salah satu syarikat pembekal yang tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan untuk mendapatkan bekalan kurma adalah syarikat Mohamed Meera Sahib (M) Sdn. Bhd. (Meera) yang diuruskan oleh Mohamed Meera Sahib Mohamed Noordin.

Beliau adalah pewaris kepada perniagaan yang diasaskan datuknya, Mohamed Meera Sahib yang datang ke negara ini pada 1900 ketika berusia 18 tahun untuk bekerja sebagai kerani di syarikat pembekal rempah ratus sebelum menjadi rakan kongsi syarikat terbabit 20 tahun kemudian.

"Pada tahun 1954, datuk saya mengambil alih syarikat tersebut dan menjadi pembekal rempah ratus serta barangan runcit dari India dan negara-negara Timur Tengah terbesar di negeri ini selain turut menjual kurma pada bulan Ramadan sebelum legasi diteruskan bapa saya, Mohamed Noordin Mohamed Meera Sahib.

"Bermula saat itulah nama syarikat ini terus berkembang dan menjadi sebutan serta pilihan kepada pengguna di sekitar Pulau Pinang mendapatkan bahan mentah untuk menyambut perayaan," katanya ketika ditemui di kedainya di Lebuh Penang di sini baru-baru ini.

Jelasnya, sebulan sebelum Ramadan pihaknya mula sibuk kerana bekalan kurma yang ditempah mula sampai melalui kontena.

Pihaknya juga sibuk menguruskan tempahan yang diterima melalui pesanan atas talian menerusi laman sesawang www.kurma.com.my sejak tiga tahun lalu selain turut memanfaatkan laman sosial Facebook dengan nama Kurma Meera yang kini memiliki lebih 1,600 pengikut serta blog http://blog.kurma.com.my/.

"Kita memperkenalkan kemudahan ini bagi memberi kesenangan kepada pelanggan untuk membeli kurma.

"Dengan sekali klik (selepas membuat bayaran secara atas talian), pesanan akan dihantar terus ke rumah pelanggan menerusi penghantaran kurier dan bagi tempahan di Semenanjung Malaysia, pesanan akan diterima sehari selepas pesanan," ujarnya.

Akuinya, kaedah tersebut memang memudahkan pelanggan kerana buktinya kira-kira 15 peratus jualan Meera adalah menerusi pesanan atas talian.


MOHAMED Meera Sahib (kiri) bersama pekerjanya membungkus barangan mentah serta rempah ratus yang akan disumbangkan untuk membuat bubur lambuk di Masjid Kapitan Keling sepanjang bulan Ramadan.


"Pada masa ini Kurma Meera mempunyai satu atau dua pengedar tetap di setiap negeri seluruh Malaysia selain rangkaian pengedar di beberapa negara jiran seperti Singapura, Thailand, Brunei dan juga membuka syarikat di Indonesia menerusi anak syarikatnya, PT Mohamed Meera Sahib yang beroperasi di Medan, Indonesia sejak beberapa tahun lalu," katanya.

Harga yang ditawarkan oleh Meera amat berpatutan berbanding pembekal lain di pasaran antaranya kurma Alwani hanya RM11 sekotak, kurma Alwani Ambera pula RM35, manakala kurma madu Rotab atau Bam pula hanya RM7 setiap satu.

Bagi jualan pukal pula, pelanggan ditawarkan harga serendah RM25 sekilogram (kg) bagi kurma Safawi, Medjool (RM51), Ajwa (RM85) di samping buah-buah kering seperti apricot (RM35) dan buah tin (RM30).

Ditanya kurma yang paling mendapat sambutan, Mohamed Meera Sahib berkata, kurma Ajwa atau lebih dikenali dengan nama kurma Nabi mempunyai nilai tersendiri yang menjadikannya paling popular.

Menurutnya ia berharga antara RM80 dan RM85 sekilogram untuk harga borong manakala harga runcitnya pula boleh mencecah sehingga RM120 sekilogram.

Terbaharu, Meera menjadi syarikat pertama dari Malaysia yang membawa masuk buah kurma Barhi istimewa yang lazat dari bumi Rajasthan, India.

Pada masa sama, Mohamed Meera Sahib tidak lupa untuk bersedekah sepanjang bulan Ramadan yang mana menjadi amalan mereka sekeluarga sejak sekian lama untuk menyumbang bahan-bahan mentah untuk memasak bubur lambuk di Masjid Kapitan Keling.

Menurutnya, setiap hari sebanyak tiga periuk bubur lambuk dimasak di masjid itu dan bahan-bahan mentah seperti beras dan rempah ratus disediakan secukupnya sebelum kerja-kerja memasak dimulakan kira-kira pukul 10 pagi.

"Selain itu saya juga menyumbangkan kurma percuma kepada masjid-masjid di sekitar Seberang Perai dan Pulau Pinang untuk majlis berbuka puasa," katanya.

Keenakan buah kabung

Posted:

Keenakan buah kabung

Keenakan buah kabung


Mohd. Kassim Sudin menunjukkan isi buah kabung yang sudah siap direbus.


BALING 21 Ogos - Kelembutan isinya seumpama gula-gula getah dan rasanya manis. Malah ia juga boleh diibarat seperti kurma Malaysia dan permintaan terhadapnya kini begitu tinggi sekali.

Daripada penjaja air batu di tepi jalan hingga ke hotel-hotel bertaraf lima bintang, apatah lagi pada bulan puasa atau Ramadan, ia mendapat tempat.

Namun, ramai tidak mengetahui kaedah memprosesnya.

Pokok kabung merupakan satu spesies pokok palma dengan batangnya mempunyai pelepah dan banyak ditemui hidup liar di hutan belantara negara ini.

Di sesetengah tempat buah kabung dikenali sebagai enau atau nau. Buahnya bertangkai dan berbentuk seakan-akan buah pinang.

Bagi pasangan Mohd. Kassim Sudin, 51, dan Siti Fatimah Md. Daud, 48, dari Kampung Kaki Bukit, Rambong dekat sini, kerja memetik buah kabung agak sukar kerana memerlukan kepakaran tertentu.

Mohd. Kassim yang telah berpuluh tahun mengusahakan perniagaan buah kabung berkata, selain pandai memanjat, pemetiknya juga perlu lasak kerana tandan dan tangkai buah mempunyai debu dan mengeluarkan getah yang menyebabkan badan menjadi gatal.

"Proses mengeluarkan isi kabung bermula dengan merebus buahnya dalam air yang mendidih. Buah itu kemudian dipotong pada tampuknya bagi membolehkan isinya keluar dengan mudah menggunakan pengepit kayu.

"Setiap biji buah kabung mempunyai tiga ulas isi yang berwarna putih jernih tetapi isi buah itu tidak boleh dimakan selagi ia tidak direndam dalam air bersih selama tiga hari," jelasnya.

Mohd. Kassim berkata, selain dengan cara merebus, satu lagi kaedah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan isi buah kabung ialah dengan membakar tandan buah itu dalam api yang marak.

Tambahnya, isi buah kabung yang siap diproses amat enak dimakan sebagai kudapan iaitu dengan mencampuri air sirap, puding atau ais kacang.

"Namun, isi buah kabung segar juga boleh dimakan begitu saja kerana lembut dan manis secara semula jadi," jelasnya.

Ditanya tentang hasil yang diraih, peniaga itu berkata, walaupun mengusahakan secara kecil-kecilan, dia dan isteri mampu memperoleh hampir RM1,000 sebulan dengan menjualnya di pasar malam.

"Harga yang dijual adalah sekitar RM13 sekilogram atau RM3 bagi setiap bungkusan kecil yang mengandungi kira-kira 10 biji buah kabung yang siap diproses," katanya ketika ditemui pemberita dekat sini baru-baru ini.

Tambahnya, harga buah kabung juga dikesan meningkat sejak kebelakangan ini ekoran diancam kepupusan.

"Banyak kawasan hutan diterokai di samping pokok-pokok mati akibat keadaan cuaca tidak menentu," katanya.

MADA perlu fokus 5 perkara

Posted:

MADA perlu fokus 5 perkara

MADA perlu fokus 5 perkara

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 21 Ogos - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menggariskan lima fokus yang perlu diberi perhatian dan ditambah baik bagi merealisasikan sasarannya untuk kekal sebagai sebuah agensi pertanian unggul dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tumpuan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan menambah pendapatan petani dengan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion kepada agensi tersebut sehingga 2020.

Beliau berkata, fokus pertama yang diberi tumpuan ialah menaik taraf tahap kemudahan infrastruktur di kawasan lembaga berkenaan terutama bagi memastikan kawasan jelapang padi mempunyai sistem pengairan terbaik.

"Kita juga akan melakukan penambahbaikan terhadap teknologi yang boleh meningkatkan hasil padi serta memberikan pulangan lumayan kepada petani," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan untuk 186 kakitangan MADA dan balu-balu di pejabat agensi itu di Ampang Jajar di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha meningkatkan hasil tuaian padi turut melibatkan penggunaan benih padi bermutu tinggi seperti padi hibrid untuk dibekalkan kepada para petani.

Katanya, MADA dan agensi-agensi berkaitan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan bekerjasama mencari benih padi baru yang berkualiti tinggi dan boleh mengeluarkan hasil melebihi 10 tan sehektar.

"Langkah ini perlu kerana jika petani masih menggunakan benih seperti sekarang, hasil pengeluaran akan terus berada di tahap yang hampir sama," katanya.

Selain itu, kata beliau, lembaga berkenaan akan menambah keluasan kawasan estet padi yang mengamalkan sistem pengurusan secara cekap dan tersusun.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran padi negara menerusi pengurusan pertanian baik seperti yang diamalkan dalam projek pembangunan estet padi.

Bagaimanapun, kata beliau, sikap petani itu sendiri mesti diubah dan MADA akan mempergiatkan usaha untuk mengubah persepsi yang pelbagai mengenai projek estet padi yang pada hakikatnya membawa kebaikan yang besar kepada golongan itu serta industri padi negara.

"Kerjasama semua pihak termasuk daripada media amat penting untuk menerangkan kepada petani mengenai kelebihan menyertai projek berkenaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved