Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Masjid, surau perlu ada akaun bank

Posted:

Masjid, surau perlu ada akaun bank

Masjid, surau perlu ada akaun bank

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my


Ahmad Maslan (empat dari kiri) menyaksikan penyerahan kunci oleh Mohd. Fauzi Bachok (kiri) kepada Sariman Mardi di Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 20 Ogos – Masjid dan surau yang belum mempunyai akaun bank diminta berbuat demikian supaya pengurusan kewangan kedua-dua institusi itu dapat ditadbir dengan baik sekali gus mengelak daripada berlakunya usur penyelewengan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, walaupun individu yang memegang amanah kewangan boleh dipercayai, namun penyimpanan di bank lebih selamat dan teratur.

"Bagi masjid dan surau yang tidak mempunyai sumber kewangan tetap perlu mempunyai akaun di bank dan tidak menyimpan sumbangan yang diterima daripada orang ramai di rumah.

"Ia juga memudahkan pengagihan bantuan kepada kedua-dua institusi tersebut," katanya pada majlis penyerahan kunci Masjid Jamek Parit Wak Jabir oleh Pejabat Agama Daerah Pontian kepada ahli jawatankuasanya di Benut, kelmarin.

Hadir sama Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian, Zaid Abdul Rahman; Penghulu Mukim Benut, Abdul Jabal Kiman dan Ketua Kampung Kawasan (9) Mukim Benut, Pungot Selamat.

Penyerahan dilakukan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Pontian, Mohd. Fauzi Bachok kepada Pengerusi Masjid Jamek Parit Wak Jabir, Sariman Mardi.

Masjid berharga RM1.2 juta itu mula dibina setahun lalu menerusi peruntukan Jabatan Perdana Menteri.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyampaikan sumbangan RM170,000 untuk 55 buah masjid dan 115 buah surau di kawasan Parlimen itu.

Pada majlis sama, RM30,000 turut diagihkan kepada 5,748 pelajar tingkatan lima dalam bentuk akaun di Lembaga Tabung Haji bagi mendidik amalan menabung.

519 golongan kurang bernasib baik terima bantuan raya

Posted:

519 golongan kurang bernasib baik terima bantuan raya

519 golongan kurang bernasib baik terima bantuan raya

KOTA TINGGI 20 Ogos - Seramai 519 golongan kurang bernasib baik menerima sumbangan wang tunai dan beras dari UMNO Bahagian Kota Tinggi di Masjid Jamek Al-Hadi di Kampung Makam di sini baru-baru ini.

Ketuanya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, UMNO tidak pernah melupakan peranan menjaga kebajikan fakir miskin terutama golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal yang memerlukan bantuan.

"Bantuan ini diharap dapat meringankan lagi beban yang ditanggung oleh fakir miskin terutama dari segi keperluan harian," katanya.

Bantuan itu diberikan sempena Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2011.

Hadir sama isteri beliau, Puan Sri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Arif dan Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kota Tinggi, Saiful Azam Abdul Latif.

Seramai 110 pengerusi masjid dan surau di dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi turut menerima sumbangan bagi mengisi tabung institusi tersebut.

Pada majlis itu, Bank Rakyat Cawangan Kota Tinggi turut menyampaikan sumbangan zakat sebanyak RM10,000 menerusi Syed Hamid yang juga selaku Ali Parlimen Kota Tinggi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved