Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Keunikan bedak emas ZMasha

Posted:

Keunikan bedak emas ZMasha

Keunikan bedak emas ZMasha

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto SAIFUL BAHARI ASHARI

SUDAHKAH anda menemukan bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah anda? Mungkinkah bedak asas yang bukan saja memberikan kemasan sempurna pada wajah tetapi mencerah dan menyerikan kulit?

ZMasha kini memberikan jawapan bagi pencarian tersebut dengan bedak asas terbaru, Bedak Emas, Miracle Gold Shine.

Bedak asas itu menawarkan ton warna yang sesuai serta teksturnya yang lembut pada wajah malah menjadikan wajah berseri-seri dan bersinar.

Kesempurnaan kulit wajah amat bergantung kepada kandungan emasnya yang padat. Hanya bedak asas seperti ini mampu menutup kekurangan wajah dengan warna keemasan dan kilauan yang bersinar.

Ingin tahu apa rahsianya? Ternyata bahan kandungan emas dengan mudah memberikan kemasan lembut pada wajah dan menutup celaan seperti pori-pori dan bintik-bintik hitam.

Kulit wajah juga terjaga dengan bedak emas yang menggunakan formula Paris yang secara tidak langsung mencerahkan kulit.

Kemasan lembut nyaman itu menjadikan tekstur yang ringan mudah bersatu dengan kulit wajah anda. Tidak hairan jika kulit kelihatan mulus, sempurna dan natural. Ia juga bebas wangian dan direka khas untuk kulit wanita Asia.

Sesuai untuk semua warna kulit, ia akan memberikan kemasan yang sempurna pada kulit anda daripada ton warna cerah, sederhana dan gelap.

Tidak kira apa juga situasi kulit anda termasuk yang mempunyai tona warna tidak sekata atau pigmentasi, ia akan hilang dengan bedak asas Bedak Emas ZMasha.

Untuk hasil yang lebih memuaskan, gunakan pada sentuhan terakhir produk ZMasha dan sapukan bedak ini di seluruh wajah mengikut kehendak wajah.

Jurucakap Bedak Emas ZMasha, Emma Akma juga mengakui seronok dengan sensasi bedak asas tersebut.

"Seronok kerana akhirnya saya menemui bedak asas yang dapat melindungi kulit saya dan pada masa yang sama menyerlahkan ia. wajah. Ia mudah disapu dan kulit saya kelihatan berseri-seri sepanjang masa," ujarnya.

Dijual pada harga RM69 di Semenanjung Malaysia dan RM 75 di Sabah dan Sarawak, orang ramai boleh menghubungi 012-2215942 atau layari www.zzbeauty.com.my.

Wynn pentingkan kecantikan

Posted:

Wynn pentingkan kecantikan

Wynn pentingkan kecantikan

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Solekan Lancome

SEPERTI wanita kacukan lain, wajah pan Asia yang dimilikinya sangat menawan. Senyuman dan lirikan matanya sudah cukup membuatkan orang di sekelilingnya selesa mendekatinya.

Memiliki diploma dalam bidang Mikrobiologi dan Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian), anak kelahiran Perak ini memilih kerjaya sebagai model.

Mengakui sibuk dengan jadual kerja, dia mempunyai hobi yang sama dengan wanita lain.

Siapa menyangka wanita moden sepertinya gemar memasak.

"Saya mula suka memasak sejak kecil lagi apabila saya selalu turun ke dapur melihat ibu memasak. Antara masakan yang menjadi kegemaran seisi keluarga ialah masakan Melayu seperti lauk-pauk dan gulai," ujar model, Syazwin Nasution atau mesra dengan panggilan Wynn, 27 ketika ditemui di sidang media solekan Aidilfitri Lancome baru-baru ini.

Bercerita tentang kariernya, Wynn menceburi bidang peragawan secara kebetulan sahaja.

"Pada mulanya, saya hanya menjadi pengganti kepada seorang model yang tak dapat hadir untuk sesi penggambaran fesyen seorang pereka tanah air.

"Dari situlah saya memulakan karier sebagai model. Kebetulan, pada masa itu, saya baru sahaja menamatkan pengajian ijazah," ujarnya yang mementingkan penjagaan kecantikan dan kesihatan tubuh badan.

Sebagai seorang model, Wynn juga tidak alpa tentang penjagaan wajahnya. Justeru itu, untuk mengelakkan wajah dan tubuh tampak kering dan kusam sewaktu bulan Ramadan, Wynn akan memakai krim pelembap muka dan losen badan yang secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

"Untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri secara optimum, saya akan memakai masker muka Lancome Genifique dua minggu sekali. Tanpa memakainya, kulit tampak kurang anjal dan kusam malah saya menjadi kurang yakin bila berdepan dengan orang ramai," ujarnya yang mengakui Lancome adalah jenama kosmetik yang amat dikenali dan dipercayai di Malaysia.

Sejak universiti lagi, wanita ini tidak mempunyai sebarang masalah memakai produk Lancome yang amat sesuai dengan penduduk Asia.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved