Ahad, 21 Ogos 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


40 ahli PKR Gombak sertai UMNO

Posted:

40 ahli PKR Gombak sertai UMNO

40 ahli PKR Gombak sertai UMNO

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
kota@utusan.com.my


Megat Zulkarnain Omardin (tengah) melihat Hairul Jasry Jamaluddin mengoyakkan kad keahlian PKR semasa majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO Bahagian Gombak di Taman Selayang, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Tawar hati dan kecewa dengan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), seramai 40 ahli parti itu dari Cabang Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Megat Zulkarnain Omardin pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Borang Keahlian UMNO di Taman Selayang dekat sini.

Wakil bekas ahli PKR itu, Hairul Jasry Jamaluddin, 31, berkata, dia mengambil keputusan keluar dari parti itu kerana tidak lagi yakin dengan perjuangan pembangkang yang disifatkannya semakin menyimpang daripada matlamat asal.

Katanya, malah tindakan pembangkang mempersoalkan isu pilihan raya adalah mengarut kerana dia dapat menyaksikan sendiri perjalanan pilihan raya selaku ejen pengundi PKR pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya, mereka pasti akan pertikai keputusan itu namun sebaliknya berlaku jika PKR yang menang.

"Setelah saya berdebat dan berbincang dengan Megat Zulkarnain sejak tiga bulan lepas, saya mendapat gambaran dan tidak lagi yakin dengan perjuangan PKR," katanya pada majlis berkenaan.

Bekas Setiausaha Biro Keusahawanan Cabang PKR Gombak, Azhar Abd. Aziz berkata, tindakan PKR mengabaikan perjuangan ahli yang bekerja keras untuk parti itu pada pilihan raya 2008 membuatkannya tawar hati dengan PKR.

Pada masa sama katanya, tindakan pembangkang yang mengetepikan kepentingan agama sebagaimana yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang juga mendorong kepada tindakannya itu.

"Saya berasa lega dapat menyerahkan borang keluar parti hari ini dan bercadang untuk membantu jentera UMNO di Gombak," katanya.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, keputusan bekas ahli PKR itu merupakan penghijrahan yang baik dan tamparan kepada pimpinan parti itu khasnya Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Katanya, majlis itu diadakan bagi mengambil keberkatan Ramadan dan supaya tidak timbul fitnah di kalangan pembangkang.

"Mereka keluar parti setelah menyedari matlamat sebenar PKR dan pimpinan parti itu yang hanya mahu mendapatkan kuasa dengan mengetepikan kepentingan rakyat.

"Ia juga petanda kepada perubahan dan kebangkitan di kalangan generasi muda untuk meninggalkan PKR dan menyertai BN," katanya.

Pemandu teksi mohon carum Perkeso, KWSP

Posted:

Pemandu teksi mohon carum Perkeso, KWSP

Pemandu teksi mohon carum Perkeso, KWSP


Maglin Dennis D'Cruz (tengah) menyerahkan sijil persatuan kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor, M. Manickam (kanan) pada majlis pelancaran logo persatuan itu, kempen derma darah serta kibar Jalur Gemilang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor mencadangkan pemandu teksi mencarum ke dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjamin kebajikan golongan itu.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'cruz berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepadanya menerusi satu memorandum yang diserahkan kepadanya baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu diserahkan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan untuk kajian dan penelitian lanjut.

"Bagi saya, perkara seperti Perkeso dan KWSP ini memang bagus kerana jika mereka jatuh sakit atau sudah berhenti kelak, ini boleh membantu mereka.

"Kita akan berbincang dengan kementerian dan jabatan tertentu untuk membantu mereka kerana mereka ini juga memainkan peranan penting dengan menyampaikan kisah positif tentang negara kepada pelancong," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan logo persatuan tersebut, Kempen Derma Darah dan Kibar Jalur Gemilang di Pusat Darah Negara di sini baru-baru ini.

Memorandum persatuan pemandu teksi itu diserahkan oleh Pengerusinya, M. Manickam kepada Maglin pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh 50 wakil pemandu teksi.

MPKj lewat serah semula kunci dewan

Posted:

MPKj lewat serah semula kunci dewan

MPKj lewat serah semula kunci dewan


LIEW Yuen Keong (lima dari kanan) dan ahli-ahli MCA Bahagian Serdang menunjukkan pintu dewan milik parti itu di Batu 11 Cheras yang masih berkunci, baru-baru ini.


CHERAS 21 Ogos - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu menyegerakan penyerahan kunci dewan milik MCA di Batu 11, Cheras di sini kerana arahan itu adalah perintah mahkamah tinggi.

Penyelaras Parlimen Serdang, Datuk Liew Yuen Keong berkata, MPKj sepatutnya memulangkan semula dewan itu pada minggu lalu tetapi tiada wakil pihak berkuasa tempatan itu yang hadir pada hari penyerahan itu sepatutnya dilakukan.

Beliau berkata, peguam MCA telah berjumpa dan memberi surat kepada peguam MPKj untuk memaklumkan waktu dan hari penyerahan kunci itu ialah pada pukul 12 tengah hari Sabtu minggu lalu.

Namun, katanya, pihak MPKj gagal mematuhi perintah mahkamah itu dan ini menunjukkan bahawa MPKj tidak ikhlas untuk memulangkan semula dewan komuniti ini dan secara tidak langsung mereka telah mengingkari perintah mahkamah.

Menurut Yuen Keong, dewan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti komuniti secara percuma itu telah dirampas oleh MPKj pada 24 Disember tahun lalu tanpa memberi sebarang notis.

Beliau berkata, sepanjang lapan bulan dewan itu disita, banyak aktiviti komuniti di dewan itu seperti kelas tuisyen Bahasa Inggeris, kelas seni kaligrafi Cina serta permainan ping-pong tidak dapat dijalankan.

"Tindakan menyita dewan itu telah menyebabkan aktiviti komuniti di sini terganggu dan menyusahkan mereka yang bersemangat melakukan aktiviti itu setiap minggu," ujarnya.

Jelasnya, apa yang mengecewakan ialah dewan tersebut disita disebabkan wujudnya golongan yang mempunyai kepentingan politik telah menyalahgunakan agensi kerajaan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved